Tuesday, May 31, 2011

Soft HONEY Bun

Selamat petang semua....
Tengah hari tadi, cheq sue ada buat satu roti... selalu dok campak dalam BM je...kali ni nak guna handmaker lak. Resepi ni cheq sue dapat dari e-book Ros JM... bahan2 dia tak banyak, cuma kena buat water roux dulu.
Jom kita semak resepi.. Ros, cheq sue CnP ye...senang nak tengok...

Rupe xde...rasa okeh

SOFT HONEY BUN
Sumber : Ros Jintan Manis

Bahan-bahan :
  • 250gram tepung roti
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter/shortening
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu
  • 150ml susu segar atau air suam
  • 2 sudu besar water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh.  Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak  didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

CARA LAIN:
1.Masukkan semua bahan  ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12     bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. 

* Gliss  mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

Gambar????? ntah...xleh haplod lerrrr..................... tunggu naa 


Berjaya menghaplod gambar setelah berejam.... tuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii





Tapioca Marble Cake


Pergh.... tgk ke n3 gempak kemain ehh.... he he he
semalam mek ada bawak balik ubi kayu kuning...banyak la jugak. so cheq sue selongkar la MyResepi sebab dah pernah ternampak kek menggunakan ubi kayu ni. selalunya kalau ubi kayu mek buatkan poli, ataupun kato, ataupun rebus je (kuih ni nama lain cheq sue x tau plak...) tapi kali ni saje nak tunjuk lain plak. ye la...sape tau kek ni dapat sambutan hangat.... kek ni pun cheq sue buat semalam... boleh buat sarapan lagi pagi ni.. rasa dia unik...sedap pada tekak cheq sue. sesape yang ada stok ubi kayu tu better try this recepi

jom tengok resepi yang di CnP dari MyR


KEK UBI KAYU
Sumber : AlongRoz MyR

Bahan-bahan

  • 1½ cawan (375g) Mentega cheq sue guna majerin
  • 1½ cawan Gula Halus cheq sue masukkan 1 cwn je
  • 5 biji Telur
  • 1½ cawan Tepung
  • ½ tin Susu manis
  • 1 sudu makan Baking Powder
  • 3 cawan Ubi kayu (sagat & tapis)
  • 1 sudu makan Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan 
  2. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. 
  3. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka. cheq sue guna warna hijau je dan buat marble... tapi x berapa menjadi la. warna pun x terang
  4. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak. cheq sue bakar dekat sejam lebih
  5. * kek yang terhasil ni agak berminyak, sebab cheq sue guna majerin je kot... (len kali kena kurangkan la gamaknya)



    Monday, May 30, 2011

    Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 13

    Iman memandang abahnya. Kemudian berpaling pada ibunya. Tiba-tiba dia terasa sangat sedih mengenangkan tindakan abahnya yang membuat keputusan tanpa meminta pendapatnya dulu. Namun sebagai anak sudah tentu dia yang terpaksa mengalah.
    Hari ini dia akan balik ke Butterworth. Paling menyakitkan hati, Rezal Arifin yang akan menghantarnya ke stesen bas. Abah dengan senang hati saja memberikan kebenaran. Malah abah pula yang menyuruhnya.
    Dari apa yang Iman tahu, Rezal adalah anak sahabat abah sewaktu berkhidmat dalam ATM dulu. Dan dengarnya memang abah dan berjanji untuk menjodohkan dia dengan anak sahabatnya itu , yakni Rezal.
    Dalam perjalanan ke stesen, Iman hanya diam. Dia tidak ada mood untuk berbual. Fikirannya lebih banyak tertumpu pada Firdaus. Dia kesal kerana tidak dapat bersama-sama menghadapi kedukaan ini.
    “Jauh termenung nampak.” Terdengar suara yang menegur. Rezal cuba memecahkan kesunyian yang melanda.
    Iman tidak menjawab.
    “Kenapa awak setuju untuk bertunang dengan saya?” Dia memberanikan diri. Ingin tahu. Dua bulan lagi dia akan ditunangkan dengan lelaki itu. Jika ada alasan sekurang-kurangnya dia masih ada masa untuk membatalkannya.
    “Awak nak tahu?”
    Rezal memberhentikan kereta. Tangannya memegang stering. Mencari kekuatan agaknya.
    “Sebenarnya ini adalah permintaan mama saya. Dia yang beria-ia mahu melihat saya disatukan dengan awak. Lagipun mama mengidap lemah jantung. Tak sanggup saya menolak permintaannya.”
    Ah…alasan memang dah sedia ada.
    “Tapi kita yang akan hidup bersama. Awak tak takut ke kita tak bahagia nanti? Kalau hubungan kita tak berpanjangan, apa yang awak akan cakap pada mama awak nanti.”
    “Sekurang-kurangnya dia tahu saya telah cuba menunaikan hasratnya.”
    Tiba-tiba Rezal berpaling.
    “Saya tahu awak ada teman lelaki. Saya tak akan mengongkong awak. Cuma kalaulah ini yang dinamakan pengorbanan seorang anak terhadap ibu bapanya, inilah yang sedang saya lakukan. Kita dah dewasa…dah matang, tahu membuat yang terbaik.”
    Ada betulnya apa yang dikatakan oleh lelaki yang berumur 27 tahun itu. Ada kematangan dalam ucapannya. Kalau dia sanggup berkorban, mengapa pula tidak baginya? Memang terlalu banyak yang telah dilakukan oleh ibu dan abah padanya sepanjang hidup ini. Apalah salahnya jika dia membalasnya kini.
    Tapi adakah dia perlu menggadai segala kebahagiaannya? Melupakan segala kenangan yang telah terbina sekian lama dengan Firdaus? Meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa remajanya?
    Arghh…sukarnya hidup ini!
    Memandang gambar konvo yang diambil bersama Firdaus minggu lalu, Iman terasa ingin menangis. Terlalu banyak yang terjadi kebelakangan ini. Sesungguhnya dia benar-benar rindu dengan lelaki itu. Segera dia mencapai telefon disisi dan mendail nombornya.
    Alhamdulillah…dapat!
    “Hello, abang ya? Iman ni.”
    “Iman. Ada apa telefon ni?”
    Ada apa? Macam mana Firdaus boleh tanya soalan macam tu padanya?
    “Kenapa? Iman dah tak boleh telefon abang lagi ke?” Kecil hatinya.
    “Bukanlah macam tu. Cuma abang ralat sebab nanti Iman akan jadi milik orang lain.”
    “Walaupun Iman tak rela?”
    “Jangan macam tu Iman. Abah Iman tahu apa yang dia lakukan. Dia buat yang terbaik untuk Iman.”
    “Abang tak mahu mempertahankan hubungan kita?”
    “Abang tak berdaya…tak ada kekuatan. Cuma abang harap Iman akan bahagia selalu. Kebahagiaan Iman adalah kebahagiaan abang juga.”
    Iman melepaskan keluhan. Tak guna jika hanya dia yang mahu mempertahankan percintaan mereka sedangkan Firdaus tidak bertindak dulu.
    Firdaus merenung gagang telefon yang sudah tidak ada apa-apa bunyi. Sebak hatinya mendengar luahan Iman. Bukannya dia tidak mahu mempertahankan hubungan mereka tapi dia  betul-betul tidak berdaya. Bukannya sekali dua dia menghadapi perkara seperti ini. Namun dia berazam dan berjanji dia akan mendapatkan Iman satu hari nanti, bukan dalam keadaan dia macam ni. Yang pastinya lebih baik, jika itulah yang dipandang oleh bapanya. Dia berjanji…walau apa jua rintangannya akan dia hadapi.

    *****

    Iman mencapai bungkusan plastik yang dihulurkan oleh Rezal. Hari ini mereka akan balik ke Muar. Sudah lima bulan mereka bertunang, inilah baru kali pertama Iman berkunjung ke rumah bakal mentuanya. Bukannya berpatah arang tapi kesibukan menghalangnya. Ini pun dia dapat balik setalah mengambil cuti tahunannya dan disambung sekali dengan cuti hujung minggu. Lamalah sedikit dia berada di kampung.
    “Apa khabar mama? Papa mana?” Iman menyalami Puan Sabrina yang dipanggilnya mama, seperti yang disuruh oleh Rezal.
    Dia pun masih dalam proses menerima Rezal. Kecewa dengan Firdaus, terpaksa dia rela kerana lelaki itu tidak mahu mempertahankan cinta mereka. Dia seorang tidak mampu menghalang kehendak abah. Walau seribu alasan diberikan, abah tetap abah.
    “Alhamdulillah sihat. Papa belum balik dari pejabat lagi. Ibu dan abah sihat?”
    “Sihat. Mereka berkirim salam pada mama. Ni ada sedikit buah tangan dari rumah.” Bungkusan bertukar tangan.
    “Buat susah-susah aje. Rezal…telefon papa. Tanya dia pukul berapa nak balik makan tengah hari. Boleh makan sama-sama dengan bakal menantu mama ni.”
    Ish Puan Sabrina ni…buat malu aku je…
    “Mama ada sesuatu nak cakap dengan Iman. Jom kita pergi ke taman.”
    Hal? Hal apa pulak ni?
    Iman memaut lengan Puan Sabrina dan bergerak ke kerusi rotan yang terletak di taman mini bersebelahan dengan garaj kereta.
    “Mama nak tanya Iman, macam mana layanan Rezal pada Iman. Pernah tak dia menyakiti hati Iman? Mama sebenarnya dah anggap Iman macam anak mama sendiri. Mama tak mahu Iman terasa atau kecil hati dengan dia.”
    Iman menarik nafas panjang sebelum menjawabnya.
    “Mama, abang Rezal tak pernah menyakiti hati Iman. Dia baik mama.” Dengan jujur dia memberitahu. Memang Rezal baik terhadapnya. Tidak ada sebab untuk wanita menolak lelaki yang sepertinya. Sama seperti Firdaus, mereka seimbang. Penyayang dan prihatin.
    “Baguslah kalau macam tu. Nak hidup bersama kita perlu ada kesefahaman dan saling bertolak ansur.”
    Iman hanya tersenyum.
    “Mama dah lama kenal kamu Iman. Mama tahu kamu boleh jaga dia dengan baik. Kamu akan bahagia dengannya nanti. Ini janji mama pada kamu.”
    Sayu hatinya memdengar kata-kata Puan Sabrina. Jika perempuan itu begitu yakin pada dirinya, kenapa dia masih hendak berfikir panjang?
    “Iman akan cuba mama. Iman akan cuba membahagiakan semua orang.”
    Rezal yang mendengar dari balik pintu tersenyum lebar. Iman sudah mula boleh menerima kehadirannya. Syukur pada tuhan!

    Hadirlah mustika
    Pujaan hatiku
    Ingin ku katakan
    Ku cinta padamu

    “Papa, mama, jom makan. Iman dah siapkan dah.” Iman memanggil dari dapur.
    “Hmm…masak apa? Sedapnya. Wah…asam pedas ni kesukaan Rezal ni. Mana dia?” Encik Roslan memuji.
    Kesukaan Rezal…juga kesukaan Firdaus.
    Iman tersipu-sipu malu. Ntah sedap entah tidak.
    “Menantu saya yang masak, mestilah sedap. Kan Iman.”
    “Iman bukannya pandai masak sangat. Kalau tak kena dengan selera mama dan papa, Iman minta maaf. Iman panggilkan abang Rezal dulu ya.”
    Mana pulak mamat ni?
     La, layan blues rupanya dia.
    Iman memerhatikan Rezal yang sedang bermain gitar di tempat dia berbual dengan Puan Sabrina tadi. Firdaus juga suka bermain gitar. Antara dia dan Rezal tak banyak bezanya. Mempunyai persamaan yang ketara.
    Entah mengapa Firdaus tak pernah hilang dari fikirannya. Membuang ingatan itu, dia berlalu ke arah Rezal.
    “Abang, jom makan.”
    “Iman duduk dulu. Abang ada lagu nak didengarkan pada Iman.” Kata Firdaus perlahan sambil menarik tangan Iman.
    Lagu? Lagu apa pulak.
    Iman menurut saja. Mendengar Firdaus memainkan lagu Miss You Like Crazy…hatinya benar-benar tersentuh. Lagu itu jugalah yang selalu Firdaus perdengarkan padanya. Kenapa setiap yang ada pada Rezal mengingatkan dia pada Firdaus? Air matanya mengalir tanpa sedar.
    “Kenapa ni Iman?” Rezal panik.
    Tujuannya untuk menyatakan perasaannya saja. Tak sangka pulak ia menagih air mata Iman. Dia menyapu lembut juraian air mata yang mengalir di pipi mulus itu.
    “Iman tak mahu abang mainkan lagu ni lagi. Iman tak mahu dengar,”
    “Ok. Maafkan abang! Jom kita masuk.”

    Ya Allah Ya Tuhanku,
    Engkau hilangkanlah dia dari jiwaku
    Peliharalah hati ini dari terus mengingatinya
    Berilah aku kekuatan untuk menyayangi Rezal
    Berilah kami kebahagiaan abadi…

    Rezal berjanji akan membahagiakan Iman dengan sepenuh jiwa dan raganya. Demi Iman yang bertakhta di hatinya. Demi Tuhan!

    My DAV

    cheq sue percaya kebanyakan dari kita semua ada kereta.. kan? x kiralah kete auto ke, manual ke, auta ke, m'sia ke, obersi ke... setiap tuan harus bertanggungjawab terhadap kepunyaannya. sepanjang 5 tahun berkereta ni, alhamdulillah x pernah lagi gewe no 2 cheq sue tu buat hal. hal2 kecik sakit demam sesikit tu biasalah. tadi, dalam dua jam td kereta dialignmentkan. melayang seratus dua tu adat dah... 
    cheq sue selalu mendengar ada suara2 sumbang berkata bahawa perempuan ni x tau nak jaga keter... cuma tau bawak dan isi minyak je. mmmmmmmm xleh terima tol fakta ni. kalau cheq sue lah... kereta ni ibarat nyawa dan teman setia. cukup masa, hantar servis sendiri, xde nak kirim2 pada orang lain. bila rasa x sedap di stering hantar worksyop baiki apa yang patut. bila tayar dah agak2 botak, pi servey dan beli. setakat ni semua yang berkaitan dengan kereta tu cheq sue lakukan sendiri. 
    bukan ape, sekali balik kg, 600 km pergi balik sudah tentunya kereta ini memerlukan penjagaan lebih daripada kereta yang digunakan untuk biasa2 je...
    so pada kawan2 semua, pastikan anda mengetahui dan memeriksa kereta anda. apa yang selalu cheq sue buat adalah:
    1. periksa angin tayar dan tahu berapa tekanan perlu dimasukkan
    2. periksa paras minyak hitam
    3. tengok kandungan air + coolant & air viper
    4. signal kiri kanan, lampu reverse, lampu brek & kecemasan pastikan berfungsi
    5. check kandungan air bateri, jika kurang, tambah le sendiri
    6. pastikan alat2 bantuan kecemasan (jumper bateri, jerk - betul ke tak ejaan ni???, penanda kecemasan, air bateri, air kosong) sentiasa ada dan boleh berfungsi sebaiknya
    7. sesekali tengok kandungan gas utk ekon, sebab kalau gas ni berkurang, ekon x wase sejuk...
    8. pastikan cash sentiasa mencukupi... he he he (penting sesangat nih... senang nak hantar pi woksyop)

    Katak Owh Katak

    Selamat pagi kawan-kawan...
    Mak ai... pagi lagi dah kuar n3 cek mek ni...
    bukan ape, just nk share satu cite sat tadi...
    alkisahnya hari ni nak sambung plan semalam, iaitu p buat alignment keter
    so pagi2 ni kena la siap2 bahan lunch
    arini cadangnya nak buat ikan percik
    budak syawal tu semalam dibelinya dua kg ikan kembung
    is is is...
    ape la budak2 sekarang ni tau
    dua kg tu ntah bila nak abes tau..
    tujuan cheq sue buat awal2 ni bukan ape
    nanti diorang blh la tlg percikkan
    kot2 la akak nan seorang ni terbalik lambat (terrrrrrrrrrrrrrrrrr....ok!!!)
    so cheq sue dengan penuh tanggungjawab la
    p blkg umah, ambik kelapa sebiji
    mujur dah kupas kulit, tinggal bersihkan je
    sekali tengah syok nak tarik sabut yang tertinggal (sambil bernyanyi riang..)
    ada katak lak wehhh
    kusssssssssssssssssssssss semangat
    kalau dibuatnya cheq sue terpegang katak tu...
    kot cheq sue terbaling kelapa tu...
    opocot mak hang...
    ????????????????????????????????
    katak oh katak...
    nasib baik umur hang panjang....

    Sunday, May 29, 2011

    Singgang Tulang

    Selamat malam semua...
    sebenarnya lauk ni dah siap untuk lunch tadi...tapi cheq sue sengaja masukkan malam ni sebab masih ada lagi dua tiga ketui. tadi kan sengaja nak tayang budu dan ulam-ulam tu............ :)
    tulang ni cek cheq su beli sebaliknya dari pasir puteh tadi. dia dah pesan siap-siap supaya dibuat singgang, nak makan kuah katanya. kalau harap nak makan daging2 tu mau tercabut gigi yang tertinggal... oooohhhhh ayah den udah berumur hupenye... ibarat kata che mat gebu, ini adalah hidangan berprofil tinggi... ye lah... tengok le lemak2 di permukaan tu...
    Jom  tengok resepinya.. ajaran mek cheq sue... (cheq sue taruk bahan2 ni agak2 je ye...ni agak2 punye resepi)


    SINGGANG TULANG
    Sumber : Sendirian Berhad

    Bahan-bahan :
    • tulang + daging (dalam 1/2 kg) - rebus empuk (agak2 tulung sudah hampir tercabut dari daging - dalam sejam dua jugak)
    • ketumbar 1 sb
    • kunyit 1 cm
    • lengkuas 2 cm - mayang
    • halia 1 cm - mayang
    • cili boh 2 sb (boleh jgk guna cili kering)
    • asam gelugur 2 keping
    • bawang merah 4 biji - mayang
    • bawang putih 1 biji - mayang
    • gula & garam secukupnya
     Cara membuatnya :
    1. tumbuk ketumbar dengan kunyit hidup hingga lumat (kalau guna cili kering boleh tumbuk bersama)
    2. masukkan ke dalam air rebusan tulang
    3. masukkan bahan-bahan yang telah dimayang
    4. setelah mendidih, masukkan asam gelugur dan rasakan gula dan garamnya

    * singgang ni sedap dimakan panas2 sebab kalau dah sejuk, mudah je lemak tu membeku...

    Apam Karamel Tanpa Telur

    Jom menguih plak petang2 nih...
    Alkisahnya siap bancuh apam ni pukul 11 pagi tadi, kunun2 nak hidang bila mek ngan cek balik motong.. alih-alih 15 minit kendian dah balik dah eh... hummmmm x sempat nak kukus, so cheq sue peram la dulu sat
    Sebenarnya resepi ni dah nampak di MyResepi...kalau Kak Fida punya banyak yang eggless... sudah tentunya bagus untuk kesihatan...ye la... telur tu kan penyumbang kolesterol...
    pastu pagi td jugak tgk Mas ada tayang apam ni di blognya... tu yang teruja nak cuba jugak, bahan2 pulak x banyak, semua ada kat dapo...walaupun alat2 xcukup, selongkar la mana ada kat dapo mek ni . selalu time cuti memang cheq sue bwk balik semua bahan2 dan peralatan utk membaking, tapi kali ni termis penyukat ml pulak...ape lagi...guna botol air masak la... mujur ada gak

    Jom kita semak resepinya yang cheq sue ada oter sesikit
    APAM KARAMEL TANPA TELUR
    Sumber : Kak Fida MyR
    Cuci mata : Mas Duniaku

    Bahan-bahan:

    • 150 g gula pasir
    • 250 ml air 
    • 2 sb majerin
    • 150 g tepung gandum*
    • 1 sk baking powder*
    • 1/2 sk bicarbonate of soda*
    • 75 g gula halus (kurangkan jika tak makan dgn kelapa putih)
    • 2 sb susu sejat
    • 2 sb mentega cair
    • 1 sk esen vanilla
    • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
    • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan.

    Cara-cara

    1. Sediakan gula hangus dgn menggoreng gula pasir hingga kecoklatan, tuang air sedikit2 dan 2 sb majerin hingga cair.Sejukkan.
    2. Ayak bahan2 bertanda* ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula halus.Tuangkan air gula hangus sedikit2 dan kacau rata.Masukkan susu,esen dan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati dan tak berbintil2.
    3. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.Panaskan kukusan. Cheq sue guna paper cup, kukus dalam acuan tat. Tuang adunan 1/3 penuh acuan.Kukus selama 10-12 min.Angkat dan sejukkan.
    4. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus. 
    p/s : apam ni memang la sangat lembut walaupun tidak menggunakan telur...



      BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

      ni baru pestime cheq sue join mende2 yang sewaktu dengannya... memula dah tgk di satu web ni tapi hampeh blurr langsung x tau nak godek utk join. utk segmen REDAH BLOG BARU yang dibuat oleh encik ben hensem  ni, syaratnya adalah utk blogger yang ada follower less than 500. cheq sue??? jangan kata 500, 50 pun belum lagi... ke ke ke... xpelah...niat berblog untuk kepuasan sendiri kan...mungkin ramai yang belum sedar kewujudan blog ni...  masa tgk update dia tadi kat sini cheq sue try la tgk... mmmmmm apa salahnya mencuba, bukan berharap apa-apa tetapi lebih untuk menambahkan satu skill dalam berblog... belum try belum tahu kan....he he he

      Menu pilihan

      Selamat tengah hari... agak2 ada tak yang belum lunch? Cheq sue baru nak santap je tapi nk update dulu. Kali ni xmo cakap banyak..nak tayang2 je...
      mmmmm ada tak sape2 yang tak makan budu? hah? hilang satu nikmat dunia... he he he.. pada cheq sue budu ni adalah satu pembuka selera yang memang sangat-sangat memikat hati... pagi tadi keliling umah cari segala bagai pucuk2 nak dibuat ulam. kena pulak dengan ikan selayang bakar... huk alohhhhh... meleleh....

      eh eh... jom la lapar dah ni... (^_^)



      Timun batang, bunga kantan, pucuk ubi & pucuk ttere

      Sarapan : beli je

      Selamat pagi semua...
       hari ni terawal lak bangun (aikssss)... sebenarnya dah janji ngan member nak pi buat allignment keter tapi di pospon plk. so ape lagi...kemas2 umah le dulu. 3 beradik tu tengah dok sedap berdengkur... akak dah xleh join... x baik weh anak dara asik berlingkau jerk..


      pagi ni cheq sue bersarapan dengan murtabak ayam yang dibeli semasa ke pasar malam semalam. bungkus siap2 dan simpan lam peti sejuk. sebiji ni harganya RM2...mmmmm agak murah jugak sebab harga biasa RM2.50. cheq sue pi tu pun dah lewat, ada gerai yang dah tutup, tu yang dapat murah. sepanjang hidup ni, xde lagi yang dapat menandingi kesedapan murtabak made in kelantan ni. kalau di CH, murtabaknya penuh dengan kobis...harga je mahal tapi hampeh... kalau beli di Ipoh, isinya kering aje... kat tempat lain wallahu'alam... kot ada yang sedap lagi tak tau..
      atas meja, dah siap satu jag air teh... memang cheq sue ingat dari kecik sampai sekarang dah tak berapa kecik ni, mek memang sentiasa sediakan air teh ni every morning. sebelum dia pi motong memang dia akan buat sesiap (bertuah kan? bukan anak buat kat emak....huuuuuuuuuuuu). bukan ape, dia pepagi biasa makan dulu, tu yang dia buat lebih... (ayat cover). sebab tu la kami adik beradik ni suke bebenor la ayor teh ni..
      jom layannnn............


      Saturday, May 28, 2011

      Cinta & Kawan



      Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
      Tiba-tiba
      CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
      Kerana
      CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
      Kenapa?? Kerana...
      KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
      Di dalam telaga
      CINTA hilang... Kenapa??
      Kerana...
      CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
      sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
      Sedangkan
      KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
      Kenapa??
      Kerana...
      KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ??
       

      so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti...

      Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 12

      Bukan niat En. Idris mahu menghalang perhubungan Iman dan Firdaus namun dia hanya memastikan yang terbaik buat satu-satunya anak tunggal perempuan keluarga itu. Tanpa pengetahuan Iman dia menyelidiki latar belakang Firdaus. Bagaimana kehidupannya dan tahap pendidikannya. Yang dia tahu tiada apa yang istimewa pada lelaki itu. Dahlah hanya kerja di kilang saja.
      Patutlah Iman beria-ia benar nak bekerja dekat kilang tu. Rupa-rupanya ada yang menarik hatinya. Hari minggu pun jarang dia balik ke kampung…
      Ada hati pulak nak berdampingan dengan Iman yang jauh ‘lebih tinggi’ dalam segalanya. Tambah pula berita yang diberitahu oleh Cik Limah lagilah menambahkan marahnya. Tak sangka Iman sanggup berbuat begitu. Sebab itulah dia tidak mahu Iman terus bersama dengan lelaki itu.
      Pengalaman telah mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Dia tidak mahu perkara yang sama menimpa anaknya seperti yang terjadi pada anak saudaranya. Rumah tangga yang tidak bahagia…anak-anak yang menjadi mangsa.
      Yang pastinya dia sudah ada pilihan yang terbaik untuk Iman. Yang sama padan…berdiri sama rendah, duduk sama tinggi…walaupun perkara itu belum lagi dibincangkan lagi dengan tuan empunya diri…Yang dia tahu, kuasanya sebagai seorang ayah memastikan rancangannya berjaya.

      *****

      Iman memandang sekeliling. Terlalu ramai orang yang berada di situ. Kehangatan membara ditubuhnya. Apatah lagi dia masih memakai jubah maroonnya, sempena hari penerimaan ijazah yang diadakan di PKSSAAS ataupun yang lebih glamour dengan nama Dewan Besar.
      Matanya melilau mencari Siti. Sudah berjanji hendak bertemu di hadapan parking pusat tapi entah kemana pulak perginya. Ibu dan abahnya sudah bising mengajaknya balik ke rumah sewa. Rimas dan pening kepala dengan keadaan yang panas dan hingar-bingar suara manusia.
      “Iman. Maaflah, aku lambat sebab nak tunggu Azali dulu.”
      Iman hanya tersenyum. Betapa bertuahnya Siti kerana dapat berkongsi kegembiraan hari ini dengan orang yang dicintai. Tapi dia…
      “Jom kita ambil gambar cepat. Ibu dan abah aku dah bising nak balik. Nanti marah pulak diorang.”
      “Sebenarnya Firdaus pun ada datang. Dia ada dengan Azali dekat sana. Jom pergi jumpa dia dulu.”
      Firdaus datang?
      Ada riak gembira diwajahnya. Namun memikirkan perintah abahnya yang masih terngiang-ngiang di telinga, dia menjadi tawar hati. Siti bukannya tidak tahu perkara itu.
      “Jomlah Iman. Kesian dia datang dari jauh semata-mata nak jumpa kau. Lagipun nanti Azali nak jumpa ibu dan abah kau.”
      Iman berbelah bagi. Bukannya dia tidak mahu tapi dia tidak ingin melukakan perasaan sesiapa. Biarlah dia yang menanggung duka itu sendirian.
      Tanpa menunggu jawapan dari Iman,  Siti menarik tangannya menuju ke arah Azali yang ketika itu bersama Firdaus, agak jauh dari keluarganya.
      Mata bertentang mata…tiada kata yang terucap. Lama.
      “Tahniah Iman.” Firdaus menghulurkan sejambak bunga mawar putih padanya. Iman menyambutnya gembira. Lupa seketika pada ugutan abahnya. Sempat juga mereka mengambil sekeping gambar bersama.
      Selesai bergambar, mereka menuju ke arah keluarga Iman yang sedang menunggu di bawah pokok berhampiran kereta. Tak sabar-sabar mahu balik.
      “Abah…ibu, ni kawan Iman. Azali dan Firdaus.” Agak gementar juga dia bila mengenalkan Firdaus dan Azali namun sempat di covernya.
      “Kawan Iman ya. Tak grad sekali ke?”
      Nasib baik abah tidak mengenali Firdaus. Hanya tahu pada nama sahaja. Jika tidak susah jadinya.
      “Tak lah pakcik. Kami dah kerja.” Azali menjawab bagi pihak Firdaus yang kehilangan kata-kata.
      “Baguslah macam tu. Ni pakcik kenalkan bakal tunang Iman, Rezal Arifin.”
      Semua orang kelihatan terkejut dengan pengumuman itu. Terutamanya Iman yang memang tidak mengenali lelaki itu dan tidak mengetahui rancangan abahnya. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Namun bila Firdaus dan Iman saling berpandangan, pelbagai persoalan yang tidak terjawab bermain di kepalanya. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali nekad abahnya. Terasa ada air mata yang mahu mengalir dihari bahagia itu…
      Terasa begitu bersalah pada Firdaus. Walaupun lelaki itu dapat memahami dan menerima permintaannya untuk memutuskan perhubungan dan hanya berkawan tapi tindakan abahnya boleh memburukkan lagi keadaan.
      Iman tak berniat untuk memainkan perasaan abang. Iman sayangkan abang sepenuh hati. Memang Iman tak sanggup berpisah dengan abang tapi ini kehendak mereka. Iman sebagai anak terpaksa menerimanya. Tak  berdaya menghalangnya. Maafkan Iman, bang!