Friday, September 30, 2011

Kek Karamel ~ Cobaannnn..................................

Assalamualaikum & salam sejahtera

Akhirnya...demam kek karamel sudah pun singgah di bumi CH. Kemain lama rasanya dok pendam perasaan, asik nengok aje kawan2 dok tayang, mana boleh tahan beb.  Disabar sabar aje dalam hati sehinggalah petang semalam akhirnya terseru jugak untuk membuat kek karamel ni. Berpandukan helaian resepi yang diprint, memang terpampang di depan mata. Bismillahirrahmanirrahim....


Rasanya sebelum ni dah berapa kali khatam resepi tu sampai dah naik lunyai kertasnya. Tetapi ada jugak tersilap satu langkah semasa mengadun kek (bahan 1). Sepatutnya gula dimasukkan selepas telur kuning, minyak dan air dipukul tetapi cheq sue dah termasukkan gula awal2 dalam telur kuning. Aduhhhhhh mula la nak gelabah badak takot kek tu tak jadi. Tapi tetap jugak diteruskan. Kira tawakkal ajelah kalau jadi alhamdulillah kalau tak berapa nak jadi tu dapat satu pengajaran berguna. Ye dak? Begitulah kita hidup ni, belajar dari pengalaman, bukan dari cikgu aje!

Tengah2 dok bakar tu, tengok2 kek ni punya la gebu geban naiknya sampai menggelembung satu loyang. Aikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...mula la dok pikir bukan2, kotnya dibuat tersengih macam apam kembang abes la punah harapanku. Siap tanya member lagi, sebab dia dah beberapa kali buat. Katanya idok le kembang sesangat. Tapi bila dah abes masa bakar, lega jugak hati ni sebab kek tu mulai turun sikit demi sikit. Nasib baik ko...


Personally...apa yang korang rasa bila nengok kek jadi camni? siyes wehhhhh bedebar giler...kot tak jadik

Bahagian atas caramel tu ada retak2 sikit, tapi just nice rasanya tak manis sgt..

Untuk lapisan kek tu cheq sue hanya gunakan 3 warna sahaja...baru 1st time kan, nama pun baru cuba so xnak la buat kaler2 yang over sangat, kot dah pandai nanti baru buat warna2 pelangi... Untuk setiapa adunan yang menggunakan gula, cheq sue kurangkan kepada 50g sahaja. Bagi sape yang suka kek yang manis tu boleh guna sukatan yang asal. Tapi cheq sue ni lebih suka memaniskan senyuman daripada makanan. Wiwittt...

Pada sesape yang belum terbuat2 lagi tu, jangan takut untuk mencuba. Follow aje langkah2 yang dinyatakan insyaAllah... cheq sue pun ni rasa nak buat lagi nak dapatkan hasil yang betul2 memuaskan... Yang ni tahap2 okeh aje... Cuba tau...jangan lupa. Wassalam...

KEK KARAMEL
Resepi Asal : Munirah Baharum (FB)


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor cheq sue guna 50 g
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor (50 g)
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor (50 g)
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara-cara :
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.yang ni bergantung kepada warna2 yang digunakan...cheq sue guna merah. hijau dan kuning
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Vanilla Swiss Roll

Assalamualaikum & salam sejahtera



Pagi ni moh le layan swiss roll ni sambil meneguk ayaq teh. Ada ke? Kot2 tengah sibuk bekerja tak sempat nak minum2 dulu. Cheq sue xde pun minum teh, cuma susu + nestum + oat aje.  Teh tu kunun-kunun aje la... Resepi ni semalam cheq sue ternampak di blog Rahel...terus ingat nak cuba sebab nak habiskan aising belen princess cake haritu. Sebenarnya ada jugak koleksi resepi swiss roll yang lain tapi malas pulak nak selongkar. So tawakkal aje guna resepi dari seberang laut ni...

Cheq sue buat ni petang semalam, kurs semangat sampai 2 jenis cheq sue buat. Selalunya buat swiss roll ni tak mengambil masa yang lama. Cuma nak tunggu sejuk @ sedikit suam untuk menggulungnya. Sebelum ni dah ada beberapa kali buat swiss roll. Macam biasa la ada yang jadi ada yang jadi tak jadi.


Sebenarnya hasil swiss roll ni tak berapa menepati piawaian. Teksturnya agak padat sikit. Kalau nengok tu gulungan ada patah2 sikit. Cheq sue memang agak seram sejuk sikit bila buat kek yang melibatkan ovalet ni...jangan sampai kali ke 3 baru dapat hasil terbaik. Tapi xpelah boleh dimakan jugak sebenarnya. Xde masalah langsung..... heeeeeeeee ayat cover tu beb!

Kalau ada sape yang nak cuba tu bolehlah jengah ke blog Rahel, banyak koleksi resepi kek kat sana... memang terrer la dia tau. Okeylah... Wassalam...
 

VANILLA SWISS ROLL
Sumber : Rahel

Bahan:
4 biji telur
75g gula kastor
1 st ovalet
60g tepung superfine/tepung kek
10g susu tepung
1/2 st esen vanila
75g mentega,dicairkan cheq sue ganti dengan 1/8 cawan minyak jagung

Cara:
1.Pukul telur dan ovalet sehingga kembang. dalam langkah ni rahel terlupa kot nak masukkan gula, so cheq sue campurkan sekali dalam langkah 1 ni
2.Tambahkan tepung superfine dan susu tepung sambil diayak & digaul rata.Masukkan esen vanila.Gaul rata.
3.Masukkan mentega cair sedikit2 sambil digaul perlahan hingga rata.
4.Tuang ke dalam loyang 26x26x3cm yang telah digris dan dilapik dgn kertas pembakar.
5.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak pada suhu 170'C.
6.Biarkan sejuk baru beri krim dan gulung kemas.

Bahan Inti:
125g krimwell
75g gula aising,ayak

Cara:
1.Pukul krimwell dan gula aising sehingga berkrim dan mengembang.
2.Sapukan pada permukaan kek,kemudian gulung dengan kemas.

*Panaskan ketuhar 15 minit pd suhu 170'C sebelum bakar kek.

Thursday, September 29, 2011

Kasih Zakiah Ep. 8


Kelibat anak kecil yang berlari-lari di ruang dapur menarik pandangan Zakiah. Tetapi anehnya, tiada bunyi suara kedengaran, takkan lah anak itu bermain sendirian. Di mana Mak Mun? Kak Ana? Zakiah mendekati anak itu yang di agak adalah anak tirinya Ajmal.

"Ajmal... Ini Ajmal ya? Meh dekat makcik sayang..." Zakiah mendepakan tangan menggamit anak itu datang tetapi mereka hanya perpandangan. Mata bertentang mata. Penuh tanda tanya.

"Allah Ajmal, di sini rupanya ya. Puas Kak Ana cari tak jumpa.." Kak Ana menggerakkan tangannya, lincah menunjukkan bahasa isyarat yang mengatakan itu dan ini. Ajmal menggerakkan tangannya dan memandang Kak Ana. Lincah anak itu, berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan pengasuhnya.
"Kak Zakiah, inilah anak abang Azmi, Ajmal. Dia bisu sejak lahir." 

BISU? 

Subhanallah! Beginikah beratkah dugaanMu terhadap suami dan maduku? Zakiah merangkul Ajmal yang asyik tersenyum. Duhai anak, apalah yang engkau tahu. Bertalu-talu pipi mungil itu diciumnya. Sekali lagi air mata nya tumpah..

Bubur Som-Som

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua. Wah...berderet2 kuar juadah minum petang di bliglist cheqsue nih. Amboiiiiii bukan main lagi korang eh...bikin jeles cheq sue la tu. Bubur som-som ni cheq sue dah cuba beberapa hari lepas. Memang tak pernah buat dan tak pernah makan. Beli pun tak pernah. Bila tengok kak Gee buat, bahan2 pun dah ada kat rumah, cara buat pun senang, terus cheq sue nak cuba. Cuma daripada resepi tu cheq sue buat separuh adunan je supaya x pening nak habiskan.


Sekali rasa bubur som-som ni macam 'kepala santan' lompat tikam, cuma yang ni lebih keras sedikit dan agak kenyal. Yang dibuat ni pulak agak terasa ketepungannya sebab mungkin masaknya dengan api besar. Ye lah bila disebut 1st time tu banyak yang kita xleh nak agak2 lagi macam mana. Untuk 2nd time nanti insyaAllah hasilnya akan lebih memuaskan.

Nampak Kak Gee buat cantik aje guna acuan SM...cheq sue pun buat la jugak dalam acuan apam bentuk love tu yang agak susah sikit nak keluarkan. Herot berot bentuknya.


Rupanya bubur som-som ni sedap sangat dimakan tika sejuk @ dingin. Memang terasa ngamnya lemak2 dengan manis air gula tu. Kalau ada sape nak cuba tu bolehlah tengok resepi kat bawah ni ya... Wassalam...

BUBUR SOM-SOM
Sumber : Kak Gee

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara :
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api sehingga mendidih.  Masak hingga pekat dan berkilat hingga adunan meletup-letup. Pastikan dikacau sentiasa supaya adunan tidak berketul.  Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.  Sajikan bersama sirap gula melaka

Sirap gula melaka :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara :  
Masak gula melaka dan air hingga gula larut dan tapis. Sejukkan.

Upside Down Pizza

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmm...akhirnya resepi yang dibookmark pada 28 Jun 2011 telah pun dizahirkan ke bentuk yang sepatutnya pada petang terakhir Syawal, 28 September 2011... Kemain lame ye dok perap resepi Dak Tun nih... sebenarnya plan nak buat roti sosej, dok tergolek2 aje dalam esbox...tapi dari ke sari dok keluar masuk je dalam peri. Kes malas nak mengadun la tu..

Bila teringat je resepi simple ni terus nak cuba. Memang senang abes la nak buat upside down pizza ni. Cuma sediakan inti macam inti pizza tu or whatever yang dikehendaki dan tuang aje doh yang dimix. Cheq sue mix pakai food processor aje.


Cheq sue buat ni sebanyak 2 adunan sebab rasanya kalau 1 tu sikit aje. Bukan apa, kebetulan ada bekas member yang nak dipulangkan.  Tambah pulak nak membuat ni senang, sampai 10 adunan pun xde masalah. Huhhh...berlagak!


Tekstur pizza ni memang agak berbeza dengan pizza biasa apatah lagi dengan pizza di PIZZA HUT tu tetapi tang dohnya tu sesangat la lembut. Oleh sebab cheq sue xde stok susu segar, maka cheq sue guna aje bancuhan susu nesvita (masakan sehat la kunun2....) dan ternyata hasilnya x mengecewakan. * Ada susu segar strawberi tapi macam x kena pulak kalau nak guna

Kalau ada sape2 yang nak cuba resepi simple ni boleh la tengok di link bawah ni ye... Wassalam...

UPSIDE DOWN PIZZA
Sumber : Tun Telani

Doh :
-2 biji telur, 1 cawan susu segar,1 cawan tepung gandum, 1 sb minyak, 1/2 sk garam
* susu tu cheq sue guna bancuhan sus tepung nesvita. Cheq sue tambah 1 sb yis

Cara :-
- gaul sebati (guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling :

-1 keping dada ayam- kerat2
-4 sosej/hotdog- kerat2
-1/2 tin cendawan butang- hiris
-1/2 bawang besar- dadu
-3 ulas bawang putih- hiris halus
-1 sb cili boh
-2 sb tomato puree
-1 sb oregano
-1 sk paprika
-garam
* untuk filling ni cheq sue hanya guna sosej +daging kisar + bawang besar dadu + leek + cendawan butang + sos tomato, sos cili, oregano dan tomato puree. Cara2 memasaknya lebih kurang sama.

Cara-cara :
- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam
**Keju secukupnya

Cara-cara :
- Panaskan oven 180 degree
- Letakkan filling dlm loyang
- tabur cheese atas filling.  
- cuahkan adunan 'dough' kat atas.  
- Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.  
- Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

    Wednesday, September 28, 2011

    Masak Lemak Keledek Dan Pucuk Meranti

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Petang ni macam petang2 yang biasa jugak, masih sunyi dan bening dengan segala kesepian merantai tangkai hati. Hanya suara dari tv yang menemani. Mendung...seperti selalunya dengan hujan renyai-renyai mendinginkan lagi jiwa yang sedia suram. Perhhhh... Macam intro novel la pulak!

    Bercerita tentang masak lemak ni, terdapat bermacam versi cara membuat dan bahan-bahannya. Ada masak lemak putih, ada jugak masak lemak kuning. Yang pastinya bila masak lemak ni memang akan menggunakan santan. He he he...

    Dekat CH ni, pucuk meranti adalah sayur kampung yang memang sangat mudah didapati. Pegi aje belakang rumah atau kawasan semak2 sikit memang ada la. Sebab tu la kalau korang perasan cheq sue selalu je masak sayur ni, samada untuk tumis air atau masak lemak. Bende tak berbayar beb... Sape yang tak kenal lagi pucuk meranti no boleh tengok di n3 ni...



    Dulu pernah jugak cheq sue post pasal masak lemak ni tapi yang tu masak lemak kuning dan tidak menggunakan keledek. Yang ini masak lemak paling koman dan sangat digemari oleh seisi keluarga. Kalau makan dengan ikan masin atau ikan goreng panas2 tu aduhhhhh sedapnya.

    Okaylah, pada sape2 yang nak mencuba tu bolehlah semak resepi ni ye.. Wassalam...

    MASAK LEMAK KELEDEK DAN PUCUK MERANTI
    Sumber : Cheq Sue

    Bahan-bahan :
    - seikat pucuk meranti (boleh ganti dengan bayam, pucuk labu, pucuk cemperai, pucuk manis, pucuk gemunggal atau sayur daun lain yang bersesuaian)
    - 2 biji bawang merah
    - 2 biji keledek kuning (sederhana) - potong kecil
    - 1/2 sk lada hitam
    - santan dari setengah biji kelapa
    - garam secukup rasa

    Cara membuatnya :
    - tumbuk lumat lada hitam dan bawang merah
    - masukkan santan ke dalam periuk
    - tambahkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan pucuk meranti serta keledek
    - masak hingga pucuk meranti layu dan keledek empuk
    ** kalau nak pedas boleh ketuk 2 3 biji cili api. Kalau nak tambah isi ikan pun boleh

    Apam Polkadot...Derhakakah???

    Assalamualaikum & selamat sejahtera


    Bila cerita tentang apam polkadot @ apam dot dot memang la cheq sue tak pernah dapat hasil yang betul. Sepanjang dok mengapam ni memang sentiasa dapat apam kembang macam pipi tuannya. Aduhhhh.... Yang bestnya walaupun kembang, xde pulak yang vantat, jadi kesimpulannya xde masalah dengan resepi tu kecuali teknik mengukus cheq sue yang tak betul2 sampai sekarang.



    Lama dah jugak x buat apam ni. Memang ada simpan resepi untuk apam ladybird, tapi mengenangkan yang polkadot ni pun tak lepas2 lagi, maka lady bird tu di KIV dulu. 2 3 hari lepas ternampak Bundo buat apam polkadot ni...dengan menggunakan sukatan cawan, senang sikit xyah nak nimbang2 bagai. Balik sekolah tu terus je cheq sue bancuh adunan tetapi dengan menggunakan SUSU STRAWBERI dan TELUR yang FRESH FROM ICE BOX. Ha ha ha... kat dalam resepi tu sebenarnya xde tulis nak susu dan telur sejuk, tapi 2 bende tu memang dah ada dalam peti. So cheq sue terus aje guna. Agaknya sebab tu lah kot yang membuatkan apamku kembang sengih-sengih semuanya.


    Kat dalam apam ni cheq sue masukkan jem strawberi, konon2 nak fit dengan susu strawberi tu. Bila dah kembang ni meleleh2 jemnya. Kak Hawa ada tanya...kenapa kuih ni terbelah kat atas.. Dia dok ingat cheq sue ni belah agaknya apam2 tu... Ape kejadahnya Hawa oitttt....


    Antara banyak2 tu yang ni aje jadik polkadotnya (tapi hudoh benar)...Tapi apapun belum down lagi nak cuba apam polkadot ni. InsyaAllah next time akan dibuat lagi. **Maaf ya, cheq sue tak masukkan resepi tu kat sini. Kalau dapat hasil yang betul nanti baru dimasukkan. Wassalam...

    WW : Eh...

    Tuesday, September 27, 2011

    Kacang Botor & Bendi Dengan Sambal

    Assalamualaikum & salam sejahtera


    Wakpe petang2 ni? mesti tgh dok sibuk sediakan juadah minum petang. cheq sue petang ni ada jamuan mkn2 oleh sekolah rendah berdekatan. Sebelum tu nk share resepi ringkas yg cheq sue buat 2 3 hari lepas. He he he...

    Resepi simple ni sesuai sgt kalau dijadikan pembuka selera. Dah ramai yang buat macam ni. Ada yang guna cili padi @ sambal belacan tapi cheq sue ni jenis tak pemedas, tu yang guna cili kering aje, itupun cili kering yang jenis tak pedas... Mengalahkan kanak-kanak kan cheq sue nih...

    Kalau ada sape2 yang nak cuba tu boleh la guna resepi kat bawah ni ye... Wassalam...

    KACANG BOTOR & BENDI DENGAN SAMBAL
    Sumber : Cheq Sue

    Bahan-bahan :
    - 3 biji bawang merah, 1 biji bawang putih *
    - 1 sb udang kering & ikan bilis *
    - 2 biji cili kering *
    - 1 biji buah keras *
    - 15 biji kacang botor (hiris nipis)
    - 5 biji bendi (hiris nipis)
    - sedikit minyak untuk menumis
    - air secukupnya

    Cara-cara :
    - celur sebentar kacang botor dan bendi dalam air panas mendidih. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan minyak masak. Ketepikan
    - tumbuk lumat bahan *
    - panaskan kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing dan naik bau
    - masukkan sedikit air dan masak lagi sehingga agak kering.
    - bila dah masak bolehlah dituang ke atas kacang botor dan bendi yang telah dicelur tadi
    * tak perlu masukkan garam sebab dah ada ikan bilis dan udang kering

    Princess Cake 2 : Nur A'dani

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    N3 ni adalah untuk kenangan dan rujukan masa depan. Sebenarnya sebagai seorang yang x mengadap bende ni hari2 memang kering idea. Kena tgk kat tenet, buku dan pikir sikit2 untuk dapatkan designnya. Selalunya bila sebut aje princess ni memang dah terbayang gadis cantik pakai gaun kembang, pastu ada ropol2...pastu siap tata lagi ala-ala Lady D.

    Memandangkan ini baru kali ke 2 mendesign princess, agak blur jugak memula tu. Tambah2 stok kaler x berapa nak ada. Bila dah buat ni baru cheq sue perasaan yang pertama kali (kek oren) dulu pun purple + oren jugak warnanya.  Cuma yang ni cheq sue guna acuan no 1 dan 3 utk patungnya dan basenya tu loyang 10' x 10'. Sebab tu la tang skirtnya tu agak kembang di bahagian bawah. Nampak cantik jugak. Cumanya kedudukan kek ni agak ditengah2 sehingga xde ruang untuk tulis nama A'dani di kek @ papan kek tu. Mmmm xpelah..


    Nasib baik ada beli bende ni, kalau tak pening jugak nak tulis tu xde tempat... He he he



    Kat bahagia bawah kek ni cheq sue lapiskan dengan fresh krim dan peach untuk mengurangkan rasa muak kek. Sejujurnya kek ni memang sedap. Memang spongy abes lah.. Cuma bagi cheq sue, lagi elok kalau kandungan gulanya tu dikurangkan sedikit. Tapi kalau sape yang suka manis2 sikit tu dah okey dah...

    Semoga n3 ni dapat memberi sedikit panduan pada kawan2 yang nak mencuba... Wassalam...

    Monday, September 26, 2011

    Yang Bertuah...Pemenang "STRESS" Lucky Draw...Tahniah!!!

    Assalamualaikum & salam sejahtera


    Jom2 tgk sape yang bertuah untuk mendapat ole2 dari cheq sue... Yang dijanjikan dulu, hanya 5 cabutan aje tapi cheq sue tambah lagi satu kerana penyertaan yang sangat memberangsangkan.  Sebelum tu, suka cheq sue nyatakan kat sini, xde sebarang perancangan semasa mencabut LD ni, ianya dilakukan secara spontan oleh kawan cheq sue. Jadi cheq sue harap yang tak terpilih tu dapat menerima seadanya. InsyaAllah lain kali cheq sue cuba usahakan lagi.


    Dengan cabutan yang dilakukan pada jam 11.45 pagi oleh rakan sejawat, Mr Ooi maka inilah senarai 5 pemenang yang bertuah.


    Ini pula cabutan yang telah dilakukan oleh tuan tanah yang menganjurkan LD ni.



    Diharapkan 6 peserta yang bertuah ni dapat menghantar nama & alamat berserta no telefon
    ke kemren0104@yahoo.com ke untuk proses penghantaran hadiah.

    Wassalam...

    Beef Lasagna...Versi Jakun

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Meh nak tanya ni. Ada tak sape2 yang belum pernah makan lagi bende yang namanya "LASAGNA" ni. Ehhh jangan la malu nak ngaku, cheq sue pun umur 31 tahun baru makan tau. He he he... Sejujurnya selalu la nengok time ke pasaraya, tapi xde la rasa nak beli @ nak buat. Cuma beberapa ketika dulu je rasa sangat nak cuba setelah terjumpa satu resepi semasa merendek di blog DTS. Haaaaaaaaaa ape lagi, beli la sekotak. Sekali pandang ghupenye macam pasta aje, cuma bentuknya yang sekeping2 tu macam plastik.


    Secara jakunnya, rupanya lasagna ni kalau direbus banyak2 sekaligus dia akan melekat eh. Walaupun Che Mat dah mention dalam stepnya rebus sekeping2 tapi konon nak cepat, try bubuh 4 keping. Sekali depe melekat2 la pulok, yang nak cepat jadik makin lambat. Memang jakun sungguh!

    Jom kita nambah lagi episod jakun tentang lasagna ni. Biasanya camana kita pronounce kan dia ye? La-sag-na @ la-sa-nia @ la-sa-nyia? Cheq sue pakat2 gelak aje dengan kawan2...nak nyebutnya pun dah terbelit lidah. Kalau makan kat restoren kompom cheq sue tak oder bende ni. Kang salah sebut terguling2 kena gelak. Ha ha ha...


    Cheq sue buat ni Jumaat lepas ( 23 Sept) dalam seloyang, bawak makan di rumah member... Alhamdulillah tak bersisa. Kuantiti bahan2nya tu cheq sue buat ikut sedap je, ye lah, bergantung jugak dengan bahan2 apa yang ada kat rumah. Resepi ni sebenarnya menggunakan daging ayam kisar (chicken lasagna) tetapi cheq sue guna daging lembu sebab tu ditukar sedikit namanya kepada beef lasagna.


    Gambar ni masa baru2 keluar oven. Kalau dinengokkan di bahagian tepi tu, ada kepingan lasagna yang garing sikit sbb ukuran loyang dengan lasagna tak ngam. Dek kerana jakun, cheq sue susun ikut suka aje, kalau tahu boleh potong2 dulu lasagna tu kasi fit dengan loyang. Mmmmmmm lain kali la ye.. Kalau ada sape2 yang nak cuba tu boleh la tengok resepi kat bawah ni okeh! ** Kalau sape yang dayet tu usahla makan ye, tengok aje! Makanan berprofil tinggi kata Che Mat... :)

    Wassalam...

    BEEF LASAGNA
    Sumber : Che Mat @ DTS

    BAHAN INTI AYAM :-)
    1 cawan isi ayam cincang (mat guna jenama Ayamas) cheq sue guna daging cincang
    1 biji tomato, buang biji dan cincang halus (mat guna plum tomato) xde stok
    1/2 camca besar rempah kari daging
    1 biji bawang holland, cincang halus
    2 ulas bawang putih, cincang halus
    2 keping hirisan nipis halia cincang halus
    2 camca besar sos tomato cheq sue masukkan 1/2 tin (kecil) pes tomato
    1/4 parutan biji buah pala xde stok
    Garam secukup rasa
    2 helai bay leaf cheq sue ganti dengan oregano
    Serbuk lada hitam secukupnya

    BAHAN SOS PUTIH :-)
    300 ml susu segar cheq sue guna full cream, tersilap beli susu
    1 1/2 camca besar tepung gandum
    1/4 camca teh parutan biji buah pala xde stok
    Lada hitam serbuk secukupnya
    1 keping keju cheesedale (optional)
    Garam secukup rasa
    ** cheq sue tambah 1 tin cendawan butang dadu

    BAHAN LAIN :-)
    Kepingan lasagne secukupnya
    Keju mozarella secukupnya, hiris nipis
    1 biji tomato hiris bulat x masukkan
    1/2 biji green capsicum, didadu x masukkan
    1/2 biji yellow capsicum, didadu x masukkan

    CARA MEMBUATNYA :-) 

    UNTUK INTI AYAM @ DAGING :-
    Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan bay leaf. Tumis hingga layu.
    Masukkan rempah hari, serbuk lada hitam, sebuk buah pala, sos tomato dan tomato cincang, kacau rata dan masak hingg rempah garing dan tomatu hancur.
    Tambah daging ayam tadi dan masak hingga kering dan ayam masak, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan. 

    UNTUK SOS PUTIH :-
    Masukkan tepung dalam periuk, tuang susu dan kacau dengan whisk hingga tepung larut. Masak atas api sederhana, dan kacau hingga pekat.
    Tambah keju cheesedale (jika guna), serbuk lada hitam dan serbuk buah pala tadi. Kacau rata, tambah garam jika perlu. Kacau sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, biar sejuk. 

    UNTUK LASAGNE :-
    Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak zaitun, celur kepingan lasagne satu persatu hingga lembut, tos dan letak atas bekas yang dilenser sedikit minyak zaitun (mat guna dalam 6 keping macam tu).
    Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas berukuran 7 inci x 5.5 inci x 2 inci dengan mentega. Susun 2 keping lapisan lasagne, sapu 1/2 bahagian sos putih, tabur 1/2 bahagian bahan inti, lapis dengan 2 keping lasagne, tabur sedikit parutan keju dan tabur cincangan capsicum, lapis dengan 2 keping lagi lasagne, sapu baki sos putih, tabur bahan inti, susun tomato yang dihiris dan susun kepingan keju mozarella yang telah dihiris nipis. Bakar dalam oven selama 35 minit atau hingga kuning keemasan. Hidangkan suam.....

    Cara Cheq sue :
    Lapiskan 4 keping lasagna di dalam loyang yang telah dilenser
    Tuang inti daging dan sos putih, kemudian tabur mozarella (Pada lapisan ke2 cheq sue letak cheesedale). Semuanya ada 4 lapisan je (dalam 16 keping lasagna digunakan)
    Ulang langkah tu sehingga habis barulah dibakar (180'C - 45 min).

    Senarai Peserta "STRESS" Lucky Draw

    Assalamualaikum & salam sejahtera


    Dengan rasminya "STRESS" Lucky Draw yang cheq sue anjurkan telah pun tamat tepat jam 00:00 tengah malam tadi, 25 September. Ribuan terima kasih pada yang sudi men'stress'kan diri untuk menjoin lucky draw ni. Pertamanya maaf sebab cheq sue tak dapat berkunjung ke semua blog yang turut serta untuk mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya akibat kekangan masa.

    Kat bawah ni ada senarai peserta yang menyertai lucky draw ni. Harap dapat semak ye kot2 ada yang cheq sue tertinggal. Untuk perkembangan seterusnya jangan lupa sentiasa mengupdate "ila_cheqSue" ye... InsyaAllah cabutan akan dibuat hari ini atau esok. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. TQ! Wassalam...
    1. http://kunangkunang3017.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    2. http://ladydianablog.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    3. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    4. http://karimahabdhamid.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    5. http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html 
    6. http://litelitecra2y.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    7. http://afiqah220511.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    8. http://alongnidar.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    9. http://zaiikulim.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    10. http://blogjuniza.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    11. http://mascontestgiveaway.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    12. http://ayesharamlee.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    13. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    14. http://my-khalish.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    15. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    16. http://nieda5515.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    17. http://pinkliciousme.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    18. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    19. http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    20. http://contestdansuzlin.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    21. http://rinisapphiregurlz.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    22. http://atienabila.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    23. http://fiqrakendet.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    24. http://gengggkapak.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    25. http://lieynanilaz.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    26. http://kinderbuenogulz.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    27. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    28. http://intannabilahzaini.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html 
    29. http://jeeha-contest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    30. http://einah-contes.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    31. http://hafizwaniey.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    32. http://zuraida-rahim.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    33. http://thegiveawaystuff.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    34. http://24-7nay.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    35. http://kutukontest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    36. http://fatin-95.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    37. http://ceriagurlz.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    38. http://www.mfirdausmohd.com/stress-lucky-draw
    39. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    40. http://pinkyzladies.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    41. http://shasilencesolace.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    42. http://adeq-yoe.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    43. http://nursyikin.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    44. http://contestandme.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    45. http://belogini-sayapunya.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    46. http://izad-mohd.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    47. http://zachoes.blogspot.com/2011/09/stress-luck-draw.html
    48. http://untukcontestaje.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    49. http://dyladola123.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    50. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    51. http://syu90contest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    52. http://duniafantasicra.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    53. http://goldenrosegacontest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    54. http://fahuna.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    55. http://patheticpetite.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    56. http://oyanazira.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    57. http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    58. http://belogcontestciksyieda.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    59. http://inassyuhaidah-mystory.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    60. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    61. http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    62. http://belogmamatomel.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    63. http://storycikhoneybee.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    64. http://diah83.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    65. http://jaajahatga.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    66. http://melgoodies.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    67. http://pelangichenta-fieda.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    68. http://mimieydala.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    69. http://ainunqalbi.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    70. http://asyrafpunyer.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    71. http://scandalforlife.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    72. http://syahmitembam.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    73. http://dreams2travel.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    74. http://syimanakhadiah.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    75. http://aieynbf.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    76. http://cikembunmutiara.blogspot.com/2011/09/ld-stress-lucky-draw.html
    77. http://mohdnaser.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    78. http://marbleindigo.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    79. http://mynameisfyqa.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    80. http://alvas-87-contest.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    81. http://norazwa50.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    82. http://fiezahkecik.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    83. http://anakenciksalamat.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    84. http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    85. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    86. http://daricahayamataku.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    87. http://mama-atiyyahumairah.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    88. http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    89. http://amar-ga.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    90. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    91. http://tiefazatie.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html
    92. http://asyikin-ga.blogspot.com/2011/09/stress-lucky-draw.html

    Sunday, September 25, 2011

    "STRESS" Lucky Draw


    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Kali ni cheq sue nak cuba buat lucky draw pulak. Saje2 je test market. Pada sape yang berminat 
    nak join tu, cer baca sampai habes..

    Tajuk : 
    "STRESS" Lucky Draw

    Cara :
    - buat satu n3 bertajuk di atas
    - copy header kat dalam n3 ni
    - dalam n3 korang tu cuma tuliskan la ayat ni dan sambungkan sebab2nya secara ringkas
    "Bila stress saya ......................................................."
    - linkkan n3 yang dah dibuat ke dalam komen n3 ni

    Tarikh tutup :
    Midnight, September 25, 2011

    Hadiah :
    - 5 pemenang akan dipilih secara rawak (udah namanya lucky draw). kalau penyertaan bawah 5 orang, x jadik la lucky draw ni... *_^
    - hadiah rahsia, tapi insyaAllah ada

    Okeh, selamat mencuba...

    Wassalam

    Pineapple Panna Cota ~ Silap Susu Daaaaaa...............

    Assalamualaikum & salam sejahtera...


    Dah lama sangat nak buat panna cota ni. Dari satu blog ke satu blog, betapa ramai yang dah cuba. Samada guna mangga, peach, strawberi atau kiwi. Cheq sue pulak mencubanya menggunakan nenas yang dibeli sejak Ramadan lagi. Haritu dah nak buat tapi lupa letak tin tu kat mana.

    Dengan resepi ni, baru kali pertama cheq sue menggunakan 'gelatin' semasa memasak. Sebelum ni x pernah guna pun. Untuk tu cheq sue guna gelatin NONA, insyaAllah halal. Tapi...tersilap bahan la pulak masa membuatnya. Cheq sue dah beli susu (low fat) siap2 tapi tak sangka pulak susu tu perisa strawberi, bukan plain low fat milk. Adoyaiiiii...kan dah silap haribulan. Hummmmmm cheq sue guna ajelah... Jadi, panna cota yang dihasilkan ni ada rasa strawberi dan nenas. Macam pelik jugak kombinasi ni tapi alhamdulillah masih boleh diterima dan dah pun habis semuanya.


    Masa nak buat ni, terlebih air pulak masa membancuh gelatin. Sebab tu la cheq sue kena letak di tempat beku barulah keras sikit. Nenas yang cheq sue guna pulak pakai yang dalam tin aje, kalau guna yang fresh lagi sedap ni. Apapun next time nak cuba buat guna buah lain pulak. Kawan2 lain jangan segan nak cuba ya... Wassalam...

    PINEAPPLE PANNA COTA
    Sumber : Ita@Juwitafariz


    Bahan-bahan :
    -7 gm gelatin
    -3 camca besar air
    -2 1/2 cwn susu segar
    -1/4 cawan gula halus
    -1 camca teh esen nenas
    -sedikit nenas dalam tin di potong dadu dan separuh darinya di blender halus.

    Cara-cara
    1. Bancuh gelatin bersama air hingga larut
    2. masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
    3. Angkat susu dari api dan masukkan esen nanas serta larutan galetin
    4. Tunggu sehingga sejuk sedikit dan tuang dalam gelas lutsinar.
    5. Letakkan kiub nenas dan simpan dalam peti sejuk semalaman. (ita tak letak semalaman ita letak bahagian chilled didalam peti sejuk tu.)
    6. Bila telah keras letakkan puri nenas diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!

    Tengok Dia...Takde Masalah Ape Pown!!

    Assalamualaikum & salam sejahtera


    'Nama saya Ayub. Saya sangat suka bila cheq su ambil gambar saya'

    Itu barangkali kata2 yang ingin diucapkan oleh si kecil ini. Baru siap mengunyah biskut bersulamkan teh O (petang semalam)...kelihatannya sangat gembira dan ceria di saat matanya terpandang kamera dan terus mengukir tawa untuk diabadikan.

    Best kan jadik kanak2 ribena ni. Tak perlu pikir nak masak ape...nak kejar deadline keje...nak carik duit... nak jaga hati orang...haishhhh macam2 la. Hidupnya senang je, bila lapar nanges...dalam apa jua keadaan pun emak dan ayah memang akan memberi sepenuh perhatian terhadapnya. Kite? Tetibe jeles ngan kanak2 ni. Hu ha ha ha...

    Kalau nengok ke kanak2 ni tenang aje rasa. Wajah suci nan ceria, hilang segala masalah dunia. X ada masa nak berduka lara. Moral of the story : cepat2 la kawen & dapat anak! Wassalam...

    ** n3 ke laut di pagi Ahad

    Kasih Zakiah Ep.7


    "Yah, inilah isteri abang, madu Yah."
    Zakiah memeluk Mastura, yang dinyatakan Azmi sebagai madunya. Perasaan simpati dalam dirinya melimpah ruah melihatkan Mastura terlantar dengan wajah yang kelesuan, pucat dan lemah bagai menanggung derita yang amat berat. Perasaan yang bercampur baur sejak tadi entah ke mana menghilang...

    "Abang boleh tak tinggalkan Yah dengan Kak Mas sekejap?" Pinta zakiah pada Azmi. Dia ingin berbicara hati ke hati dengan Mastura.
    "Kak, saya minta maaf kerana merampas abang Azmi dari akak... saya.. saya tak tahu sebenarnya kak...sungguh...." Belum sempat Zakiah menghabiskan ayat, Mastura meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya.
    "Zakiah, jangan cakap macam tu.. Sebenarnya akak yang izinkan abang Azmi berkahwin lagi.. Demi Allah Yah, akak ucap terima kasih banyak-banyak kerana menjaga abang Azmi dengan baik selama ni. Akak dah tak mampu menunaikan tanggung jawab akak padanya." Kak Mastura bersuara lemah, penuh kepayahan.

    Zakiah, dengan linangan air mata memeluk Mastura seeratnya. Sesungguhnya kuasa Allah tiada siapa yang dapat menafikan. Mastura diserang penyakit misteri selepas melahirkan Ajmal, anak sulung mereka dua tahun lalu. Dan sejak itu, dia hanya terlantar dan mesti dibantu..

    Saturday, September 24, 2011

    Kek Chiffon Oren ~ Nak Tunjuk Jugak Walau Comot

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Sunyi aje hari ni...cheq sue sedap melayan THR Gegar...sambil buat kek kat ruang tamu, kat dapur rebus lasagna, kat luar dapur basuh kain. Adehhhhhh macam ada anak 10 orang... macam lipas kudung rasanya. Sampai rumah pun dah tunggang terbalik. Apa aktiviti petang2 ni weh? Ada lagi ke yang membuat rumah terbuka? Kalau ada boleh makan free la yer...

    Pertamanya cheq sue mintak halal la pada tuan sumber resepi ni iaitu GERT@MKS dan CHE MAT@DTS kerana resepi kek sifon yang superb ni. Cheq sue buat ni memenuhi tempahan kawan untuk besday anaknya. Nampak sedap sgt kek ni tu yang cheq sue cuba buat. Senang dan mudah aje!

    Oleh kerana kek ni nak dijadikan kek prinses, maka agak comot la sikit ye sebab cheq sue takut nak lenser acuan tu, kot2 takleh nak 'memanjat' pulak kek ni. Sudahnya payah pulak nak kuarkan dari acuan. He he he... naseb baik nak dibungkus dengan whip krim, terlindung jugak cacat celanya tu. Cuma kalau nak dibuat minum petang atau makan2 gitu aje baiklah guna acuan untuk kek sifon, alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang ada lubang kat tengah tu la...(macam la kowang tak tahu kannn?????)


    Tengok la kek tu, nampak gebu aje cuma huduh la sikit terkopek semua kulitnya. Konon2 nak buat kek princes, ada base dan dua tingkat aje... Takot pulak kalau tak jadik... Kang budak2 ni bukan leh caya sangat, tetibe je cakap..."Huduhnye kek.." ataupun "eeeeeeeee tak sedap!" hah...camana agak2? Harap2 semua okay lah. 

    Kalau sape2 yang teringin nak cuba bolehlah tgk link kat bawah ni ya. Macam Liza, dia dah cuba kek ni dan hasilnya wallahhh.... Jangan takut tau, insyaAllah jadik. Wassalam...

    KEK CHIFFON OREN
    Sumber : Che Mat @ DTS

    BAHAN A :-)
    1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
    1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
    6 kuning telur gred A
    1/2 cawan gula halus
    1 biji oren, diparut kulitnya
    3/4 cawan jus oren
    1/4 cawan minyak jagung/sayur

    BAHAN B :-)
    6 putih telur gred A
    3/4 cawan gula halus
    1 camca teh cream of tartar

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
    2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
    3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
    4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

    Kasih Zakiah Ep. 6

    Zakiah memegang erat tangan Azmi saat langkah mereka menjejak masuk ke ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Sunyi sepi keadaannya. Hanya kedengaran sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nur Qarim dari ruang atas. Di manakah gerangan madunya? Mana pulak anak yang abang Azmi cakapkan padanya?
    Dari ruang dapur, keluar dua orang wanita yang lebih kurang sebaya dengan ibunya.

    "Yah, kenalkan ini Mak Mun dan ini Kak Ana."
    "Apa khabar kak?" Zakiah berbasi-basi dengan debaran di dada.
    "Khabar baik. Zakiah macam mana?"
    "Saya alhamdulillah... Nak jumpa Mastura ye? Jom." Mak Mun menggapai tangannya.
    Zakiah memandang ke arah Azmi.
    "Tak apa lah Mak Mun, biar saya je bawa Zakiah ke atas. Mak Mun buat lah kerja Mak Mun." Azmi bagaikan memahami pandangan Zakiah itu dan segera menyatakannya kepada Mak Mun.

    Bagaikan pengantin baru yang akan melalui malam pertama, Zakiah belum habis debarannya saat Azmi membukakan pintu bilik. Betapanya di dalam hati penuh dengan tandatanya, pelbagai persoalan bertandang di benaknya... Dan ketika wajahnya memandang sebujur tubuh kaku di atas katil, dia lesu tiba-tiba tetapi masih dikuatkan kakinya melangkah...

    Friday, September 23, 2011

    Silicon Mould ~ Mini

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Konfius ngan gambar ni, nak tunjuk SM ke nak tunjuk bunga?

    Bila sebut tentang SM @ silicon mould ni memang sangat glemer la di kalangan blogger masak2 ni. Cheq sue memula x tahu pun...bila ke kedai bakery, ada la pernah ternampak mould yang kaler maler macam plastik tapi regenye aduiiiii mahal bebenor. Nengok ajelah kawan2 nayang SM ni. Memang tidak dinafikan penggunaan SM ni lebih baik dari mould biasa. Depa kata nak keluarkan tu senang...takyah nak basah2kan bagai.

    Kat dalam hati ni memang dah lama dok teringin nak beli 1 2 jenis SM ni. Nak la jugak ada dalam koleksi. Jadi masa ke TESCO beberapa bulan lepas, terjumpa lah dengan SM saiz mini...cheq sue amik satu aje...walaupun mini, regenya dalam 5 hengget jugak. Haduiiiii berkira! He he he... Bukan ape..beli dulu 1, tgk cane kalau berkenan beli pulak yang lain... Macam la buleh caye kalau cheq sue tak suka. Acuan ni cheq sue pernah nampak Mas guna untuk puding coklat


    Kalau korang pernah nampak n3 berkaitan SM ni di sini, sini dan sini...korang tengok2 la ye. Cheq sue dah berapa kali dok tahan napas nengok ke SM deme.

     Kalau tgk puding ni, jadik macam n3 Kak Nor yang ni, katanya disebabkan SM tu basah...tapi yang cheq sue ni memang tak basah...kot sebab tekstur puding tu ye dak? 

    Untuk mengetest  SM ni, cheq sue cuba dengan puding yang tak ada resepi. Ha ha ha... dalam n3 ni, cheq sue ada buat bahulu tapi tak jadi. Daripada buang gitu aje sayang wehhhhh, so cheq sue pun oter la sesikit dan alhamdulillah jadi jugak pudingnya (boleh makan la kiranya!). Tambah susu cair, serbuk agar-agar dan air masak, blend dengan bahulu tu...masak hingga mendidih...tada......... cuma sukatannya tu xde la, aci campak aje! (Nasib baik la jadi, kalau tak campak dalam cik tong la jawabnya)

    Wassalam...

    1 GA Cik Najihah ~ Meriah Yaw....

    ** Bila dah xde kejerk...

    Roti Puri

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Pagi2 ni...buat tayangan amal sikit dengan roti puri yang dibuat semalam. Ni kes nak habiskan inti karipap ni tu yang oter sikit jadik kari daging pulak. Pastu dok fikir nak makan dengan apa...teringat kak Rosa ada membuat roti puri ni so cheq sue pun cepat2 buat adunan dalam pukul 8 malam semalam. 


    Sebab dah buat kan beberapa kali sebelum ni, kejap aje nak membuatnya cuma tang menggoreng tu yang lama sikit sebab kita goreng sebijik-sebijik. Rasa roti puri ni lebih kurang sama aje dengan roti arab cuma roti arab tu guna susu cair dan roti puri ni guna air aje. Tu yang cheq sue rasa roti arab tu lagi lembut sikit. Tapi dua-dua pun sedap.

    Ada jugak  roti yang naik jerawat...



    Kalau mengikut resepi katanya dapat dalam 12 bijik, tapi cheq sue ni agaknya buat saiz kecik dapat dekat 30 bijik jugak. Bawa ke sekolah pagi ni dan selebihnya malam tadi dah bagi pada kawan2. Kalau nengok ke ghupenye tu, ada yang kembang, ada yang tak mau naik, agaknya masa goreng tu x dituang minyak dengan sempurna.

    Kalau ada sape yang nak cuba tu bolehlah semak resepi kat bawah ni ya... Wassalam...

    ROTI PURI
    Resipi asal : yatiezaini@myresipi
    Sumber :  Kak Rosaliza

    Bahan-bahan :
    -2 cawan tepung gandum
    -1 sudu kecil yis mauripan
    -1/2 sudu kecil garam *
    -3 sudu makan minyak masak *
    -2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
    -175ml air panas *
    -40-50ml air
    -Minyak utk mengoreng
     
    Cara-cara :
    1. satukan bahan bertanda (*) dan panaskan .. kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
    2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
    3. no.1 dimasukkan kedalam no.2 , dan digaul dgn menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja
    4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
    5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
    6. perap doh 30min .. pastu bolehler dibahagikn doh pd 12 bahagian bulat yg kecil
    7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen cheq sue guna cutter no 3
    8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ... 

    TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembongmasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ...

    Thursday, September 22, 2011

    Karipap Daging

    Assalamualaikum & salam sejahtera

    Petang tadi, tanah subur Cameron Highlands disirami hujan untuk ke sekian kali. Kebetulan ada jamuan makan raya kuarters, nasib baik hujannya sekejap aje... Seronok dapat makan bersama-sama. Dengan hiruk pikuk kanak-kanak dan riuh rendah suara tertawa hilang segala masalah di kepala. Cheq sue cuma bawak puding dan karipap aje, masa agak terhad untuk membuat juadah lain. Lagipun dah ada nasi dagang dan sate...alhamdulillah..


    Kalau nak cerita tentang karipap ni, ramai yang dah tahu camana nak membuatnya. Cheq sue dah pernah jugak beberapa kali membuat karipap ni. Macam biasalah...ada yang jadi ada yang tak jadi. Tapi kali ni alhamdulillah elok aje kejadiannya. Dengan inti dan kulitnya, macam yang dibeli dah rasanya! Ha ha ha....naik lif tekan sendirik nih..

    Sejujurnya kalau karipap ni cheq sue suka inti sardin. Kebetulan kat rumah ada daging kisar, konon2 nak buat lasagna tapi x jadi2 lagi...sebab tu la buat inti daging risau pulak kot rosak dagingnya tu...

    Terima kasih jugak kepada Q kerana berkongsi beberapa tips untuk menghasilkan karipap yang sempurna. Tipsnya tu banyak membantu. Tu yang nampak elok aje... Kalau ada sape2 yang nak cuba tu jangan takut nengok ke bahan2 dan cara2nya, baca dan fahami dulu then u will know! Selamat mencuba. Wassalam...

    KARIPAP DAGING
    Sumber : Q@Qasehququinnie

    Bahan2 inti
    • 300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging
    • 8 biji kentang saiz besar - potong dadu
    • 1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
    • 4 sudu besar udang kering *
    • 1 bawang besar*
    • 2 bawang putih*
    • 6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
    • 7 tangkai daun kari
    • 2 sudu kecil garam
    • 3 sudu besar gula
    • 5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
    • 1/2 cawan santan pekat
    • air secukupnya

    Bahan2 doh
    • 750gm tepung gandum
    • 300gm planta
    • 1/3 cawan minyak sayur/ masak
    • 2 sudu kecil garam
    • 2 cawan air dari peti ais
    Cara2

    1. mula2 masak inti....panaskan skit minyak dlm kuali...kemudian masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis gak kering airnya....kemudian  masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. air hendanglah dimasukkan sampai  hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur. isi jugak santan dan gula.....masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam....kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de....tutup api dan sejukkan. untuk membuat intinya ni cheq sue buat suka hati je, tak la ikut seratus peratus cara ni, disesuaikan dengan bahan2 yang ada kat dapur dan citarasa sendiri

    2. bila inti dah sejuk...baru buat doh....mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...

    3. lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....

    4. bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama....saya kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan.  masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..

    5. cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....

    ( nota Q : kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong)