Saturday, March 31, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 13

 
 
 
 
'Memandang wajahnya terasa tak tentu, mengapa engkau berubah laku? Sudikah kau memaafkanku?'

Dayang Atikah kembali ke sekolah setelah mendapat cuti sakit dua hari. Kedatangannya disambut dengan senyuman dan pelukan Charlotta yang ternyata amat rindu padanya. Gadis itu menjemputnya di stesen bas petang semalam dan terus bercerita itu dan ini kepada Dayang Atikah. Nampaknya banyak juga berita yang telah Dayang Atikah ketinggalan.
Banyak tugasan yang menunggunya. Laporan kursus, penubuhan Kelab Bahasa, aktiviti sukan dan persatuan banyak menagih perhatiannya. Oleh yang demikian, dia tidak sempat untuk duduk-duduk sahaja walaupun tiada kelas. Dia tidak suka menangguhkan kerja atau membawanya balik ke rumah. Segala kerjanya akan disiapkan di bilik guru.
“Dah sihat ke?”
Amjad menghentikan seketika kerja yang sedang Dayang Atikah siapkan.
“Kalau tak sihat saya tak akan berada di sini.”
 “Dayang, ini adalah fail Kelab Bahasa. Segala maklumat ada dalam ni. Mungkin petang Jumaat ni kita akan adakan perjumpaan kedua di Bilik Tun Syed Nasir untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan. Kalau ada apa-apa saya akan maklumkan kepada Dayang semula.”
Mata Dayang Atikah tertumpu pada fail putih yang Amjad hulurkan kepadanya. Kosentrasinya yang terganggu membuatkan dia sedikit panik. Namun baru sahaja dia hendak membuka mulut, Amjad berlalu dari mejanya. Hendak menjerit malu pula rasanya kerana agak ramai guru yang sedang membuat kerja masing-masing dalam bilik itu. Dia merasa pelik dengan kelakuan Amjad. Ke mana hilangnya kata-kata yang selalu dia gunakan untuk mengusiknya dulu? Dayang Atikah tiba-tiba merindui semua itu…
“Dayang, tak nak balik lagi ke?”
Kedengaran suara Charlotta.
Sudah tiba waktu balik ke?
 Sedikit pun Dayang Atikah tidak perasan kerana terlalu asyik menumpukan pada kerjanya dan juga sedikit perhatian pada Amjad. Dia hanya mengangguk sebagai memberikan jawapan kepada Charlotta namun dia menunjukkan isyarat untuk menyiapkan kerjanya lagi 5 minit.
“Aku tahu la kau banyak kerja tapi bukannya ia perlu diselesaikan hari ni juga. Jomlah, aku nak bawa kau ke Pelabuhan ni. Ada sesuatu yang aku nak bincangkan.”
“Ok…ok.”
Dayang Atikah mengangkat bendera putih. Dia selalunya kalah dengan Charlotta walaupun gadis itu lebih muda darinya.
Dalam perjalanan ke Pelabuhan, tidak banyak yang dibualkan. Dayang Atikah masih kepenatan dengan kerja yang dilakukannya manakala Charlotta juga menyepi. Malas rasanya Dayang Atikah untuk memulakan kata. Dia hanya membiarkan suara dari radio memecahkan kesunyian tengah hari itu.
“Aku nak bagitahu kau sesuatu.”
Charlotta membuka bicara setelah mereka keluar dari kereta dan menuju ke pondok di sekitar Pelabuhan.
Dayang Atikah memberikan tumpuan terhadap apa yang Charlotta katakan. Dalam hatinya tertanya-tanya apakah yang temannya itu maksudkan.
“Aku sebenarnya suka tengok kau dan Amjad. Dia lelaki yang baik Dayang walaupun perangainya agak nakal. Kalau boleh aku nak tengok kau berdua bahagia.”
“Apa yang kau maksudkan Chem?”
Dayang Atikah terasa pelik dengan kenyataan yang diberikan oleh Charlotta. Apakah tujuannya?
“Aku nak tanya kau sesuatu dan aku harap kau jawab dengan sejujurnya.”
Dayang Atikah merenung mata Charlotta sebagai memberikan jawapannya.
“Apa perasaan kau terhadap Amjad?”
Soalan yang dikemukakan bagaikan satu kesan renjatan elektrik terhadapnya. Terasa bagaikan darah menyirap ke mukanya. Fikirannya bercelaru untuk memberikan jawapan.
“Entahlah Chem. Aku tak tahu perasaan aku yang sebenarnya terhadap dia.”
“Aku tahu kau benci dengan dia sebab fitnah yang tersebar dulukan. Kau anggap dia yang merancang segala-galanya.”
“Memang dia yang merancang semua tu kan. Kenapa?”
“Inilah yang aku hendak ceritakan. Kalau kau nak tahu, bukan dia yang membawa mulut tentang cerita-cerita kau dengan dia tapi Cikgu Sudin. Cikgu Jamal yang memberitahu segalanya kepada aku. Sebenarnya Cikgu Sudin sukakan kau. Dia takut kau menyukai Amjad, jadi dia reka-reka cerita supaya korang berdua tak serasi.”
Dayang Atikah agak terkejut dengan apa yang Charlotta katakan padanya.
Betulkah? Cikgu Sudin?
Sesungguhnya sukar untuk dia menerima kenyataan ini. Namun agak betul juga kerana Cikgu Sudin beria-ia mahu menghantarnya ke Desaru untuk berkursus dulu.
Patutlah…
“Amjad banyak bercerita kepada aku Dayang. Dia betul-betul sukakan kau tapi respon kau yang langsung tidak sudi memberikan peluang kepadanya membuatkan dia patah hati. Kalaupun kau tak boleh menerima dia dalam hati, terimalah dia sebagai seorang kawan. Dan ada rahsia dalam dirinya. Kau akan tahu nanti. Kisah kau dengan Najhan satu kenangan lama yang patut kau lupakan. ”
“Apa maksud kau kisah aku dan Najhan?”
“Aku minta maaf Dayang. Kad yang ada di atas meja kau menjawab segala persoalan hati aku. Dan kalau kau nak tahu aku kenal tunangannya tu, Sarah. Fikirkanlah secara matang. Berilah peluang kepada diri kau dan dirinya.”
Dayang Atikah kehabisan kata-kata. Dia tidak mampu memberikan alasannya lagi kerana semua itu adalah kenyataan yang harus dia hadapi… Matanya di arahkan ke laut lepas. Mengharapkan ketenangan tapi wajah Amjad jua yang bertandang. Apakah maknanya perasaan ini?



'Engkau membisu padaku, sampai bilakah akan berlalu, kerana aku sudahpun merindumu…'

Dayang Atikah menyiapkan minit mesyuarat Kelab Bahasa yang akan di adakan selepas waktu sekolah nanti. Setelah meneliti fail kelab tersebut, barulah dia mengetahui banyak agenda yang telah Amjad senaraikan untuk memastikan kelab tersebut berjaya mencapai matlamatnya. Ternyata lelaki itu komited dengan tugas yang diberi dan berjaya memimpin dengan baik.
Seramai 8 orang AJK kelab itu menyertai mesyuarat tersebut. Salah seorang daripadanya adalah Cikgu Sudin. Menyampah betul Dayang Atikah melihat muka Cikgu Sudin yang langsung tidak tahu malu itu. Matanya lebih senang dihalakan ke arah Amjad walaupun lelaki itu berpura-pura tidak memandangnya… bagaikan dia tiada di situ.
Dayang Atikah mengambil tempat di sebelah Amjad. Tugasnya sebagai setiausaha menuntutnya berada di sebelah pengerusi untuk memudahkan pergerakan mesyuarat. Lagipun dia ingin melihat bagaimana reaksi Cikgu Sudin apabila berhadapan dengan situasi itu. Dia ingin melihat sejauh mana dakwaan Charlotta terhadap cikgu yang mengajar Prinsip Akaun itu.
Namun Amjad masih juga sepi. Hanya sekadar menuturkan kata-kata yang perlu dan hal-hal yang berkaitan  sahaja sepanjang mesyuarat. Persoalan di hati Dayang Atikah masih belum terjawab dan dia masih diburu rasa bersalah.
Janganlah kau menghukum aku sebegini Am…
Selepas mesyuarat petang itu, Dayang Atikah terpaksa pulang sendirian kerana Charlotta telah ke Butterworth bagi menghadiri satu kursus di sana. Mesyuarat yang mengambil masa hampir 2 jam itu hangat dengan pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh AJK. Dia tersenyum sendiri mengenangkan gelagat Cikgu Sudin dan Cikgu Maria yang berdebat mengenai penganjuran Pesta Pantun Daerah yang akan diadakan di sekolah itu. Masing-masing mempunyai idea sendiri yang hendak dikemukakan.
Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Malangnya teksi yang ditunggu sejak 10 minit tadi masih belum tiba. Suasana lengang kerana kebanyakan pelajar telah pulang ke rumah. Yang ada hanyalah beberapa pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mengikuti kelas tambahan. Pelajar kelas petang masih belum rehat lagi. Dayang Atikah resah di pondok menunggu bas. Dilihatnya semula ke perkarangan sekolah kalau-kalau masih ada kereta Amjad atau guru-guru yang lain namun dia hampa. Kebanyakannya telah pulang.
Sebentar kemudian barulah ternampak teksi yang melalui jalan itu. Segera dia menahan dan menyatakan destinasinya kepada pemandu teksi tersebut.
“Lambat cikgu balik hari ni?”
“Aah… ada meeting tadi.”
“Anak saudara pakcik pun ada mengajar di sini. Baru aje posting enam bulan lepas. Cikgu dah lama ke mangajar di sini?”
“Saya pun baru aje mengajar di sini pakcik. Hm… siapa nama anak saudara pakcik tu?”
“Hasrul Amjad. Cikgu kenal ke?”
Dayang Atikah tersentak. Dia mengawal perasaannya.
“Apa tidaknya pakcik. Saya bersama-sama dia bermesyuarat tadi.”
“Ooo, begitu. Dia ada bagitahu pakcik yang dia sukakan seorang cikgu di sini. Apa namanya ya? Ha… Dayang Atikah. Cikgu kenal tak? Kalau boleh pakcik teringin juga melihat gadis yang menjadi pujaan Amjad tu. Pakcik selalu juga bawak teksi dekat kawasan ni.” 
Nasib baiklah dia telah membuka tag nama yang biasa dipakainya setiap hari kalau tidak tentu pakcik Amjad akan tahu.
Amjad sukakannya? Kalau tidak takkanlah dia sanggup menceritakan perasaannya kepada semua orang?
“Cikgu?”
Dayang Atikah tersentak buat kali ke dua.
“Dah sampai cikgu.”
Nampaknya dia terlalu leka melayan perasaan. Adakah ini tandanya dia sudah mula menyukai Amjad? Dia tiada jawapan!

Kek Chiffon Strawberry



 
 
Salam hujung minggu buat semua
Pagi ni cheq sue nak share resepi kek yang selalu cheq sue guna bila ada tempahan
Rasanya lebih selesa buat kek sifon dari kek span
Setakat hari ini Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan
Kek inilah yang cheq sue buat untuk birthday Kak Norjanah
Resepi asalnya adalah kek chifon pandan tapi cheq sue tukarkannya dengan strawberry
Cuma resepi yang cheq sue buat ni tak tahu sumbernya dari siapa
(Maklumlah resepinya ditulis tangan dan xde siapa sumbernya)
Ada sedikit perbezaan kuantiti bahan-bahan dengan resepi kat bawah ni
(cheq sue letak dalam tulisan biru ya!)
Tapi cheq sue letakkan jugak sebagai rujukan
Sebab cheq sue tgk ramai yang dah berjaya buat kek tu
Mudah-mudahan memberi idea pada yang nak mencuba
Ok lah, selamat mencuba
Wassalam...


KEK CHIFFON PANDAN

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat cheq sue guna susu segar (santan biasa)
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan cheq sue ganti dengan essen strawberry dan pewarna merah
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (2 cawan)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir (2/3 cawan)
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A) :
Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. (tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
Masukkan tepung (yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B) :
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175'C
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Thursday, March 29, 2012

Blueberry Cheesecake From Japan


 
 
 Untuk CC yang ada base, ini adalah hasil tangan cheq sue yang ke 3
Yang pertama buat base biskut meri tapi jadinya tak sedap (masin)
Yang kedua buat guna base biskut oreo tapi rasa pun tak puas hati, hurmmmmm
Kali yang ke 3 ni rasanya menepati piawaian la
Dengan menggunakan resepi dari Jepun nun
Terbaekkk...
Tengok CC yang As buat aduhhhh cair rasanya
Kebetulan masa turun Ipoh minggu lepas terus cari bahan-bahan
Masa beli tu tak ingat berapa kuantiti bahan-bahan
Jadi beli 1 cup aje yogurt (nak beli banyak kot tak habis sebab cheq sue x berapa makan)
Masa buat tu baru perasan yogurt tak cukup
Memang tawakkal aje campur dengan susu
Nasib baik jadik!
 
Cuma tang base nya tu agak berderai - rasa x cukup butter cair kot
Oleh sebab cheq sue guna loyang biasa saja, memang susah sikit nak keluarkan
Tambah2 pulak dok keluar masuk peti ais
Untuk adunan kejunya pula memang maveless
Cukup rasa lemak, blueberry dan smooth je
Makan 2 3 ketul memang tak rasa apa (*Adehhhhh)




 
Tengok la hasilnya tu, memang tak lawo langsung
Tapi apa nak diheran dengan yang tak lawa tu
Yang penting sedap, dan dah selamat dihadam pun
 
Errrr... memang kena sabar betul la
Makan seslice tu pun rasa bersalahnya sebab xleh nak makan banyak
Tapi jujurnya resepi ni memang sedap la
TQ As shared this
Agak-agak kalau nak dijual berapa RM ya?
Boleh bagi pandangan tak?
He he he
(T___T)

Wassalam...
 


 
BLUEBERRY CHEESECAKE
Resepi : As @ Asmara Life
 
Bahan-bahan :
250g cream cheese
200 ml yogurt (90ml plain yogurt + susu segar = 200ml)
2 sudu lemon juice tak masukkan
3 sudu tepung gandum
2 biji telor
90g gula
Blueberry jem

Base
200g biskut merrie (blend halus)
70g butter (dicairkan).

Cara-cara :
Untuk base, biskut dan butter disatukan
Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang springform (dibalut dengan aluminum foil bahagian bawah) cheq sue guna acuan biasa, dibawahnya letak baking sheet)
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam (saya masuk dalam peti ais beku 15 minit)
Putar creamcheese dan gula hingga sebati, masukkan telor dan putar lagi. 
Masukkan yogurt, lemon juice dan tepung, putar sebati
Masukkan 2 sudu blueberry jem, sebatikan dalam adunan. 
Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit secara water bath (letak air panas dalam dulang oven)
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang, sapukan blueberry jem dan hidangkan.


Wednesday, March 28, 2012

Happy Birthday Kak Nor



 




 Kek deco pertama di tahun 2012
Buat atas permintaan seorang suami untuk harijadi isterinya
Tengah kering idea, xdan nak skodeng kat tenet
Ingat nak guna warna kegemaran akak tu kuning
Tapi cam kurang seri aje
Untuk deco ni jugak, cheq sue hanya guna nozzle bulat aje

To Kak Norjanah,
Selamat Ulang Tahun ke 47
Semoga panjang umur dan murah rezeki
Bahagia sentiasa bersama keluarga
Wassalam...



Kek chiffon strawberry + blueberry jam & FC filling + FC
1 kg ++


Roti Pita



 
 
Roti pita yang guna resepi ni dah 2 kali cheq sue buat
1st time tu jadi keras dan liat sikit tapi stil ada poketnya
Yang kali ni alhamdulillah menjadi cuma poketnya tu tak jadi sama besar
Ada yang nipis dan tebal
Kalau resepinya buat 8 keping, cheq sue hanya buat 6 saja
Dok rasa macam kecil aje bila buat 8
Saiz untuk 6 ni agak2 ngamlah nak masukkan 1/2 keping daging burger
Fillingnya pulak cheq sue letak daging burger dan daun kobis aje
Pastu tuang sos
Memang ringkas sangat
Tu dok ada lagi 3 4 keping, ingat nak buat inti ayam
Kalau ada sape yang susah nak dapatkan roti pita tu
Boleh la buat resepi ni
Memang puas hati
Wassalam...




 
ROTI PITA
Resepi : Erna @ MyR
 
Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil / minyak masak ~ guna minyak jagung
2.5g dry yeast

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.


Tuesday, March 27, 2012

Muffin Blueberry


 
 
Buat muffin ni minggu lepas lagi untuk makan2 di majlis baca Yasin
Memang senang, mudah dan sedap
Walaupun adunan agak terkeras sikit, tapi hasilnya ringan dan gebu
Sesuai sangat dibuat untuk makan2 atau parti hari jadi
 
Yang ni cheq sue masukkan dalam paper cup saiz kecil
Kira2 sekali ngap aje lah
Makan time panas2 tu aduhhhhh sedapnya
 
Kot ada yang nak buat tu sila-sila la ya
Sibuk sikit ni... nanti citer kendian eh
Wassalam...
 


 
MUFFIN BLUEBERRY
Resepi : Ainnfirr@myr

Bahan-bahan ( 24 biji )
200 g butter
2 biji telur (A)
2 sk esen vanilla
100 g gula castor
220 g tepung gandum
1 sk soda bikabornat
2 sk baking powder
Jem blueberry (atau ape2 jenis jem jer)
Manik2 warna....ikut suka ati

Cara-cara
Pukul butter ngan gula sampai kembang...tambah telur 1 per 1...pukul lagi.
Masuk esen vanila,gaul lagi...masuk tepung sikit demi sikit...pastikan tepung di ayak dulu ngan baking n soda..
Sudukan setengah dalam paper cup,letak ape2 jem....sudukan setengah lagi kasi tutup jem tu.. 
Bakar 150' ,20 menet...

Monday, March 26, 2012

Telur Hancur Bersama Sosej & Kacang Buncis ~ Diet Eh??


 
 
Masakan ni cheq sue buat minggu lepas sebenarnya
Bukan untuk breakfast, tapi untuk dinner
Ngape pelik benar eh...
Bukan apa, seinggu lepas tu kemain malas nak masak nasi
Tambah-tambah pulak lauk basah pun xde
Sosej tu konon2 nak makan dengan scramble egg dan kacang panggang
Tapi dari masa ke masa xde ke kedai
Transfer la jadi scramble egg versi baru
He he he
 
Note : Ayat tak habis!
 


 

TELUR HANCUR BERSAMA SOSEJ & KACANG BUNCIS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
3 batang sosej - potong dadu
15 biji kasang buncis - hiris nipis (serong)
2 biji telur
Sedikit minyak (cheq sue guna minyak zaitun)
Sedikit minyak bijan dan garam

Cara-cara :
Panaskan minyak zaitun
Masukkan sosej dan kacang buncis, masak seketika
Masukkan minyak bijan dan garam, kacau sebati
Tambahkan pula 2 biji telur dan kacau hingga agak hancur. Jika agak kering boleh tambahkan minyak supaya telur masak sekata. Masak seketika dan bolehlah diangkat.
Jika suka boleh masukkan cili cincang

Sunday, March 25, 2012

Lai Chi Kang Tak Cukup Bahan


 
 
Sari tak hapdate blog macam ada benda tak siap aje
Kesian korang dok layan aje gambar2 shooting tu ye
Semalam pi jalan2 ke Ipoh
Harini seharian mengadap mesin jahit
Ni baru ada kesempatan nak keluar n3
 
Air lai chi kang ni cheq sue buat malam tadi
Ada lagi pun belennya dalam peti ais
Cheq sue ni memang suka air ni
Memang payah nak dapat kalau bukan bulan puasa
Dah kebetulan pegi TESCO, cari lah sikit bahan-bahannya
Memang dapat banyak pun bila dah campur2 semua
 Tapi dengan banyaknya bahan yang dimasukkan tu ada jugak yang tak ada
Contohnya macam buah kembang semangkuk, cendawan putih, kacang / biji teratai, barli
Tapi xpelah, yang dibuat ni pun dah cukup puas hati diminum

Pada siapa yang nak mencuba versi ringkas ni sila-sila la ya...
Wassalam...

 
LAI CHI KANG
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
Buah longan kering
Halwa kundur
Biji selasih - rendam kembang
Kismis hitam
Cincau - sagat halus
Nisse (gula melaka)
Gula pasir
Air secukupnya

Cara-cara :
Masukkan air ke dalam periuk, tambahkan nisse, longan kering, halwa kundur dan kismis hitam
Bila mendidih, masukkan pula biji selasih, cincau dan gula pasir (ikut kemanisan disukai)
Didihkan seketika supaya semua bahan bercampur
Boleh dihidangkan panas / sejuk

Friday, March 23, 2012

Sekitar Penggambaran SEKOLAHKU HEBAT Oleh ASTRO





Salam Jumaat yang mulia, semoga kita semua mendapat rahmat dan lindunganNya
 
Semalam pihak ASTRO telah membuat penggambaran SEKOLAHKU HEBAT di tempat keje cheq sue
Ini adalah musim kedua dengan pengacaranya Azrul (Raja Lawak)
1st time dapat tengok camana orang tv bekerja
Memang pengalaman baru betul
Sempat la merasa bila ada yang kata 'action' dan 'cut' serta 'one more'
Tetibe perasan tahap retis pulak!
Cerita ni dah pun cheq sue entri kan di blog satu lagi, boleh baca di sini

Tapi cheq sue nak share jugak di sini, dengan lebih banyak gambar untuk dikenang-kenang kemudian hari
Moh le nengok




Kalau la cheq sue sok tempat Azrul tu, memang tak terkata apa-apalah
Tengok deme ni kan macam rilek aje langsung xde malu ke segan ke hape



 Budak2 pun dah termalu rimau, ada jugak yang sporting
 


Masa kena buat shoot untuk promo, jakun giler weh
Tak tahu nak pandang kat mana
Tengok kamera canggih manggih
Perghhh...
Padan la cheq sue nih  jadi cikgu aje










Antara krew penggambaran

Untuk episode ni tak tahu bila akan ditayangkan
Tentunya lah di channel 601
Channel kanak-kanak
Yang bestnya cheq sue tak tahu pun dalam pakej ASTRO kat rumah ada channel tu
Haiii...berat nanang sungguh
Nanti jangan lupa tengok tau


Wassalam...

Thursday, March 22, 2012

Donat Pisang & Roti Pisang ~ 2 in 1



 
 
Akhirnya berasap jugak dapur rumahku!
Sejak balik bercuti seminggu, inilah masakan pertama 
Setiap hari makan kat kantin, bila balik hanya minum air dan makan gitu2 aje
Perghhh...naik lemak betul 
 
Dari kampung, ada bawak pisang yang dah dilecek
Dah buat jemput-jemput tapi masih ada baki
Terfikir nak buat roti pisang, tapi tak terasa nak makan
Teringat pulak dulu ada buat donat pisang dari resepi Kak Fida
Memang sedap la donat tu
So cheq sue buat la setengah adunan
* Sebenarnya boleh jugak buat satu adunan tapi sayang nak habiskan pisang
Nanti nak buat juadah lain pulak
Bukan sokmo ada stok pisang kapas
 





 
Untuk resepi ni cheq sue guna donat cutter saiz besar sebab yang kecik tu tertinggal di kampung
Dapat 6 biji donat dan 3 biji bun tu
Sebiji donat tu cheq sue saja bakar
Habis hilang rupa donatnya
Memang gebu dan lembut
Untuk donat ni jugak cheq sue adun guna BM 
Maklumlah pisang lecek tu keluar dari peti ais, takut pulak bantat bila uli biasa
Sekurangnya kalau guna BM boleh bantu penaikkan
 
Pada siapa yang belum buat tu sila la cuba
TQ ya Kak Fida berkongsi resepi ni
Boleh menambahkan koleksi donat yang ada
Wassalam...
 

DONAT PISANG
 Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )
400 g tepung roti
100 g tepung gandum
11 g yis segera (1 peket)
100 g gula halus
1/2 sk garam
1 sk bread improver (opt)
1/2 cawan air
3 biji kuning telur
300 g pisang - lecek
100 g mentega - lembut
minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara
Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
Boleh juga dibakar...

Wednesday, March 21, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 12


 
 


 
'Diri dihimpit kenangan lalu, tanpa kusedar mentari sudahpun berlalu…'

Pada hari ini satu aktiviti luar telah dirancangkan oleh urusetia kursus.  Ianya diadakan di pondok berhampiran pantai. Dari situ dapat dilihat para pengunjung mula membanjiri pantai. Maklumlah suasana sudah menginjak ke petang. Tentulah ramai yang ingin bersantai.
Begitu juga dengan peserta kursus seramai 35 orang itu. Aktiviti diluar sekurang-kurangnya dapat melegakan fikiran yang selama ini asyik dibebankan dengan input di dalam dewan sahaja. Itulah bahasa…banyak memerlukan penumpuan.
Dayang Atikah mengambil tempat bersebelahan Karmilla. Dari tempatnya dia dapat melihat dengan jelas wajah Najhan dan Amjad yang duduk berdekatan. Dalam majlis itu, lelaki dan perempuan dipisahkan. Dayang Atikah cuba pula mencari perempuan yang selalu bersama-sama dengan Najhan tapi tiada. Ada kemusykilan di hatinya!
“Apa program kita hari ni Ika?”
Tengku Zubaidah, peserta dari Terengganu bertanya kepadanya.
“Entahlah Kak Zu. Saya pun tak tahu. Dengar-dengarnya nak buat majlis ‘Penerokaan Puisi’. Entah betul entah tidak. Kita tunggu ajelah nanti.”
Pandangannya dialihkan kembali kepada Najhan. Daripada IB dulu lagi dia menaruh hati kepada lelaki itu tapi hanya dia seorang sahaja yang tahu. Dia malu untuk berterus-terang. Bimbang dikatakan perigi mencari timba. Tiada dayanya untuk memulakan kata. Namun kali ini dia akan cuba melawan perasaannya. Kalau dia tidak mulakan, siapa yang akan menolongnya? Bukan Karmilla…bukan Najhan tetapi dirinya sendiri.
“Ika, Encik Omar panggil tu.”
Teguran Karmilla memutuskan angannya. Dia terkejut. Tak sangkan sejauh itu lamunannya.
“Saya Encik Omar.”
“Nampaknya Cik Dayang kita sedang memikirkan sesuatu. Apa apa-apa yang boleh dikongsikan dengan peserta lain?”
“Tak ada apa-apa Encik Omar. Saya sebenarnya tak sabar nak balik kampung. Maklumlah hari ni last day!”
Dia berseloroh. Cuba menutup rasa malunya. Matanya dapat melihat beberapa orang peserta tergelak kecil. Dayang Atikah melihat Amjad. Tiada respon dari lelaki itu. Mengapa? Nampaknya ada sesuatu…
Sesi pertama telah selesai. Peserta kini sedang rehat untuk menantikan sesi seterusnya. Peluang itu digunakan sebaiknya oleh Dayang Atikah untuk berjumpa dengan Najhan. Dia ingin mengajak lelaki itu makan malam bersamanya nanti.
“Hai Najhan.”
“Eh Dayang. Macam mana kau sekarang?”
“Macam yang kau tengok. Aku sebenarnya nak ajak kau dinner bersama nanti.”
Dinner. Sorrylah Dayang. Aku tak boleh. Lepas kursus ni aku terus nak ke balik ke Perak. Oh ya…aku kenalkan ni bakal isteri aku, Sarah.”
Entah bila perempuan itu datang tidaklah Dayang Atikah sedari. Ada riak terkejut dimukanya tetapi cuba dikawal agar tidak ketara. Memang betullah apa yang orang lain perkatakan sebelum ini. Memang sahlah kbabar angin itu. Kini dia mendengarkannya sendiri dari lelaki yang diimpikannya.
Mereka bersalaman. Dayang Atikah memulakan perhubungan baru itu dengan sekuntum senyuman kecewa. Ternyata Najhan bercitarasa tinggi. Pilihannya memang tepat. Sarah memang seorang yang up to date dan bergaya. Persis seorang model.Tak terlawan olehnya.
“Bila nak langsungnya ni? Diam-diam aje.”
“InsyaAllah tahun depan. Jemputlah.”
“Kau pula bila lagi? Aku nampak Amjad tu sesuai dengan kau. Jangan tunggu lama-lama, nanti takde orang nak.”
“Apa pula ni Najhan. Aku dengan Amjad tu tak ada apa-apa. Kami kan satu sekolah.”
“Mungkin kau tak tahu Dayang. Tapi aku sebagai seorang lelaki dapat rasakan ada getaran cinta dalam matanya setiap kali dia memandang kau. Walaupun dia tak pernah bercerita kepada aku, namun masa tiga hari ini cukup untuk aku memahaminya. Cubalah terima dia. Dia seorang lelaki yang baik. Aku beri jaminan kepada kau.”
Dia dah buat lagi dah…Tergamak kau Amjad. Cukuplah di Pulau Indah aje kau mereka-reka cerita.
Dayang Atikah memandang Amjad yang sedang menikmati makanannya. Perasaan bencinya bercambah kembali.


'Apakah ini balasan Tuhan, kupejam mata wajahnya bertandang…'

Dayang Atikah cuba membuka matanya yang terasa berat. Kepalanya masih berdenyut-denyut. Dia tidak sedar apa yang telah berlaku. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Ada Karmilla dan Amjad. Matanya melilau pula ke persekitaran. Ada bau ubat yang menusuk ke hidungnya.
“Mila aku kat mana ni?”
“Di hospital, kau pengsan petang tadi.”
Pengsan?
Dia tidak dapat mengingati apa yang terjadi.
“Aku risau tengok kau tak keluar-keluar. So aku mintak la management hotel bukakan. Tengok kau terbaring berhampiran katil. Amjad yang bawak kau ke sini. Esok kau keluar bolehlah kita balik ke Batu Pahat.”
Karmilla menerangkan setelah dia melihat kekerutan di wajah Dayang Atikah. Menjawab kekeliruan diminda. Amjad hanya diam sejak tadi.
“Apa kata doktor?”
“Doktor kata kau mengalami hypertension. Apa yang kau fikirkan?”
Dayang Atikah hanya diam. Dia tidak ingin memberikan jawapan kepada persoalan yang Karmilla timbulkan. Biarlah hanya dia dan Tuhan yang tahu. Dia memejamkan matanya. Kalau boleh ingin lari dari masalah yang membuatnya jadi begini…Nampaknya dia sudah tidak setabah dulu lagi. Namun setiap kali dia ingin melelapkan mata, wajah Amjad jua yang bertandang ke memorinya. Dia tidak tahu mengapa…


'Di balik bayang aku mencari, adakah wujud perasaan di hati, kerana dia aku masih di sini!'

Puan Khadijah masih lagi berada di bilik Dayang Atikah. Anak gadisnya itu tidur sebaik sahaja menelan ubat yang dibekalkan. Setelah menyelimuti tubuh anaknya itu, Puan Khadijah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Amjad dan Karmilla ada di ruangan itu. Mereka berdua yang membawa Dayang Atikah balik dari Desaru setelah dia dibenarkan keluar.
“Makcik ucapkan berbanyak terima kasihlah kepada Amjad dan Karmilla yang sudi menolong Ika.”
“Kebetulan makcik. Saya tolong dia secara ikhlas. Bukan ada maksud lain. Lagipun dia satu sekolah dengan saya. Kalau saya biarkan aje, tak tahulah apa yang nak dijelaskan kepada pengetua nanti.”
“Ika tu ada masalah ke ibu?”
Antara Karmilla dan Dayang Atikah sudah bagaikan satu keluarga. Oleh yang demikian dia turut memanggil emak Dayang Atikah dengan panggilan ‘ibu’.
“Tak tahulah. Tak ada pula dia bercerita apa-apa pada ibu. Dia tak ada cakap pada Mila?”
Karmilla hanya menggelengkan kepala.
“Agaknya ada masalah di sekolah tak?”
“Saya nampak dia ok aje makcik.”
“Ika ni sebenarnya agak berahsia dalam hal-hal peribadi. Mungkin ada sesuatu yang kita semua tak tahu.”
“Makcik, saya minta diri dululah. Kalau boleh nak sampai ke Klang sebelum malam.”
“Ala..tinggal dulu kat sini. Esokkan cuti lagi.”
“Bukannya tak sudi makcik tapi apa pula orang kata nanti. Sampaikan salam saya pada Dayang bila dia dah sedar nanti. Saya balik dulu.”
“Bawa kereta elok-elok ya Amjad. Sampaikan salam makcik pada keluarga kamu.”
Amjad memandu keretanya keluar dari halaman rumah Dayang Atikah. Berat rasa hatinya ingin meninggalkan gadis itu ketika dalam kesulitan begini tapi apakan daya. Dia percaya bahawa kesemua ini adalah berpunca dari perangainya dan tingkah lakunya.
Andai semuanya salahku…sudilah kiranya kau menerima salam kemaafanku  Dayang…
Puan Khadijah dan Karmilla hanya menghantar Amjad dengan pandangan mata yang penuh pertanyaan. Apakah hubungan dia dengan Dayang Atikah sebenarnya?
“Mila kenal ke Amjad tu?”
“Tak sangat. Kami satu kursus di Desaru baru-baru ni.”
“Memang sebelum ke Desaru tu Ika ada bagitahu ibu yang dia akan ke sana dengan kawannya tapi ibu rasa ragu dengan mereka dua orang ni.”
“Ika kata dia dan Amjad tak ada apa-apa. Dia bagitahu saya.”
“Ibu rasa lain bila memandang dia. Mungkin dia menaruh perasaan tak pada Ika?”
“Mungkin juga ibu. Kalau tak masakan dia sanggup tunggu sewaktu Ika dekat wad semalam. Dia yang jaga Ika sebab Mila balik ke resort untuk mengambil barang-barang. Waktu Ika pengsan dulu pun dia yang bawa ke hospital. Nampaknya dia sayang sungguh pada Ika ibu.”
“Dia yang jaga Ika? Ibu pun berpandangan sama macam kamu Mila.”
Karmilla hanya mengangguk.
“Ibu sukakan Amjad. Dia seorang yang baik dan ibu boleh nampak ketulusan dari sinar matanya.”
Dan di balik daun pintu, tiada siapa yang tahu ada sepasang telinga yang sedang mendengar perbualan itu. Seketika dia terkaku. Amjad yang menjaganya? Amjad bersusah-susah kerananya? Alangkah malunya dia kerana sering berprasangka buruk kepada lelaki itu… Hatinya tiba-tiba diburu rasa bersalah.

Feveret Selamanya


 
 
Hari ni seperti yang korang maklum, keputusan SPM keluar kan
Nah...camana dengan kaum kerabat yang ada amik tu?
Adik bongsu cheq sue tu tah camana la pencapaiannya
Balik ni kang la baru tanya
Kalau korang nak tahu pencapaian kat sekolah cheq sue boleh klik sini atau kat sidebar tu
 
Ok...berbalik kat dapur pulak
Mmmmm, cheq sue tak tahu nak namakan ape ikan ni
Kalau kat kampung biasanya cheq sue panggil ikan buruk aje
Ala-ala ikan jeruk la jugak ni
Ikan selayang dibelah belakang dan digaramkan 2 3 hari
Bila digoreng, makan dengan nasi panas adehhhhhhhhhhh memang bertambah
 

Balik kampung aritu suruh mek buat sebab x jadi buat sendiri
Kalau nak buat macam ni better guna garam kasar dan jangan disimpan dalam peti sejuk
Bila dah letak dalam tupperwer tertutup kena check sokmo takut ada lalat
Memang lalat suka sangat la ikan ni...
Kejap aje dah berulat
Tapi yang sebenarnya, walaupun hakikatnya begitu
Masakan inilah yang tak akan mampu untuk cheq sue tolak ke tepi
Korang? Caner...

Oklah... nak balik dulu
Wassalam...

Tuesday, March 20, 2012

Macaron, Kali Ke 5


 
 
Projek macs ketika di kampung
Sudah lima kali buat rupanya tapi masih belum dapat macs yang betul
That sexy one...
Cup... kenapa terus ke 5? Mana kali ke 4?
Sebenarnya dah buat kali ke 4 
* Eh, kalau xde 4, xde 5 kan!
Cumanya yang kali ke 4 tu langsung xde kejadian
Biasanya yang xde kejadian tu masih boleh dinikmati, tapi yang ke 4 tu xleh
Sebab tu la cheq sue tak masukkan



 
Masa dok kg, memang dah plan nak buat macs pun
Dok terbayang terik mentari, sebab dah niat nak jemur panas aje kasi kering
Memula memang panas baek punya, tapi di akhir2 tu agak mendung pulak
Dengan masterchef cilik yang sibuk nak menolong
Dah elok2 telur putih jadi softpeak, dah bertukar jadi hardpeak
Xpe...xpe... asal buleh makan sudah la
Kalau kena buang macam bersalah aje...
 


 
Dah begitulah kejadiannya seperti di dalam gambar dua keping itu
Kata anak sedara cheq sue dari kolumpo tuh
 
'Sedap jugak makcik tak jadi pun.'
 
Adehhh.....


 Sadis sungguh kata-katamu itew Ayuni eh
Tapi memang betul pun, yang ni walaupun xde rupa memang ada rasa
Crunchy, manis ngam-ngam
 
Apapun, insyaAllah akan dibuat lagi
Belum putus asa ni
Moga-moga berjaya
Wassalam...