Monday, April 30, 2012

Kobis Pelik? Tak Lah...



 
 
Pernah tengok kobis camni? Cheq sue 1st time nengok kat luar, kalau kat tv tu selalu la jugak nampak chef masak kobis gulung @ kobis lapis. 1 pokok tu memang besar kemain, agaknya 1 2 kilo boleh dapat. Mula2 ingat kobis ni terkena penyakit. Pelik jugak takkan kobis pun kena penyakit virus. Ish ish ish... Yang cheq sue nampak ni masa beramali di MARDI CH. Kalau ada kelapangan tu silalah berkunjung ke sana, boleh nengok bermacam-macam. Wassalam...
 


 
Note : Sila jangan termuntah melihat n3-n3 seterusnya... (^_^)

Allah Maha Adil ~ Jadikanlah Pengajaran


 
 
Wahhh, lamanya tak berblog. Ada ke yang tertanya-tanya ke mana hilangnya cheq sue selama ini? Haish, memang sibuk bebenar kalau dah 5 6 hari takde n3 baru. Bukan apapun, balik aje dari berkursus, sambung pulak ke perkhemahan Pengakap sekolah sebagai AJK Makanan. Tu yang x menyempat nak keluar n3. Terima kasih juga pada pengunjung yang sudi bertandang....

Sebagai permulaan, cheq sue nak kongsikan satu cerita semasa berkursus baru-baru ini. Pada sesiapa yang baca tu jadikanlah pengajaran dan panduan. Ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku di Negeri Terengganu.

Di dalam sebuah sekolah tu, ada sepasang suami isteri. Mereka berdua ni memang agak susah kalau nak keluar dari sekolah contohnya macam bawak budak berkursus ke, berkhemah ke...memang ada saja alasan yang diberi terutamanya alasan berkaitan dengan anak-anak atau dengan bahasa mudahnya "payah anak" (mungkin dari segi nak tinggalkan pengasuh dsb). Nak dijadikan cerita, ada satu masa tu mereka sekeluarga (suami isteri + 4 orang anak) pergi ke satu kawasan perkelahan. Dengan kuasa Allah, ke empat-empat anak mereka telah lemas dan meninggal dunia.

Bila difikirkan semula, Allah telah memakbulkan doa ibu bapa mereka yang sebelum ini selalu memberikan alasan "payah anak" jika ada keperluan di tempat kerja. Jadi Allah telah mengambil kesemua anak-anak daripada mereka.

Berderau bulu roma bila mendengar cerita ini. Walaupun cheq sue ni masih belum ada anak tetapi kadang2 terlepas cakap juga. Jadi untuk kawan-kawan sekalian, ambillah kisah ini sebagai teladan. Moga2 memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam...

Tuesday, April 24, 2012

Kek Karamel Kali Kedua, Resepi II

 
 
Ini adalah n3 terakhir. Eh...saspen aje bunyinya kan. Bukan terakhir apa pun, yang ini je post last yang ada, dalam draf ke luar draf memang dah habis. Kebetulan pulak tuan tanah kedaung ada kursus nun jauh di Cameron Highlands selama seminggu. Bermula petang semalam (23 Mei 2012) sehingga Jumaat 27 Mei 2012. So x de la n3 masak memasak ye, cuti 4 5 hari dari bz2 kat dapur. Ada yang akan rindu ke nanti? Aishhhh....
 
Sebenarnya tak plan pun nak buat kek karamel ni. Kat kepala pk nak rasa kek karamel coklat, tapi tak tahulah yang ini pulak terhasilnya. Ini adalah resepi ke 2 kek karamel  yang diolah oleh Ana Qawinna. Satu masa dulu memang menjadi virus bahaya di kalangan para blogger. Rata riti dah mencubanya. Untuk resepi ni, lapisan pudingnya lebih lebal tapi yang cheq sue ni sebab dibuat dalam loyang agak besar, maka tak ketara sangat lapisan pudingnya tu. 

Teringat dulu 1st time buat kek karamel, memang berdebar sangat, baca resepi satu persatu sampai 2 3 kali khatam. Tapi ada jugak step yang silap. Pastu masa sejukkan tak buang air panasnya tu, dah penyek pulak keknya. Rupa-rupanya kali yang kedua buat ni pun tersilap langkah jugak. Cheq sue dah tersilap masukkan gula dalam adunan puding. Alamakkk.... So kat dalam adunan kek (C) cheq sue tak masukkan gula. Alhamdulillah nasib baik menjadi dan xde la kecewa kat mana-mana. Nanti lain kali la cuba kek karamel coklat tu.

TQ pada penyumbang resepi ni. Memang maveless sangat. Wassalam...


KEK KARAMEL (II)
Sumber : Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak msk
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
 
 D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan. 

Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye.. 

 Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.

Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.

Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)

Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..


masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.

Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.

Monday, April 23, 2012

Aliya 1 Year ~ Happy Birthday Sayang!!



 
 
Pertama kali mendeco cake ala-ala fruit plan. Eh, betul ke istilah tu... Kek ni dioder oleh Atikah, member sekolah setentang meja dengan cheq sue bersempena ulang tahun anaknya yang pertama. Specialnya kek ni walaupun biasa2 aje, tapi di dalamnya ada 3 layer. Wallahhh...Cuma kek ni agak padat dengan papan kek sebab cheq sue terguna loyang yang besar di bahagian atas, nasib baik ngam-ngam, kalau tak mesti comot.
 
Apapun, satu pengalaman yang sangat menarik untuk di rasai. 

Wassalam...





 
Vanilla sponge cake + FC fruits filling & b'berry jam + FC + fruits topping





 
To Aliya 
 
"Cheq sue ucapkan selamat ulang tahun yang pertama, semoga membesar sihat bagai johan, jadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua orang tua. Semoga beroleh keberkatan segalanya. Mmmmuuuaaaaahhhhh "

Sunday, April 22, 2012

Kangkung Goreng Belacan, Yang Simple-Simple Aje


 

Dah petang baru leh jenguk blg kesayangan ni. Bukan ape, baru balik berjalan-jalan di Ipoh, hajat nak selongkar kedai baking tapi tutup le pulak. Masuk je AEON 18, takat esesais aje nak beli xde apa. Last di TESCO aje beli sikit barang dapur.

Cheq sue memang suka sayur kangkung. Memang  pemakan sayur pun walau kadang2 ada juga jenis2 yang cheq sue tak suka. Kalau dapat kangkung ni memang goreng belacan atau goreng dengan udang. Memang sedap sungguh dengan nasi panas2. 

Rata2 daripada kita ada resepi masing2 dalam masak memasak ni. Selalunya kalau cheq sue, kat dalam peti ais memang ada rempah yang dah diblend bersama. Bukan rempah apa pun, hanya bawang merah + bawang putih + bawang besar sikit + cili kering dan garam. Bila dah blend tu cheq sue masak sekejap dan bila sejuk bolehlah disimpan. Tapi jangan la buat banyak sebab kalau tak habis rosak pulak rempah tu. Kalau kata nak goreng mihun ke, masak ayan ke memang cheq sue guna yang itu lah. Wanita kerjaya la katakan, yang masanya lebih banyak diluar dari di dalam rumah. Ecececceeee..........

Tapi kat sini cheq sue masukkan jugaklah resepinya kot2 ada kanak2 ribena yang baru nak belajar masak, boleh la dijadikan panduan.

Wassalam...




KANGKUNG GORENG BELACAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Seikat kangkung
*3 biji bawang merah
*1 biji bawang putih
*1/3 kiub ayam
*1 sb cili giling
*Belacan (besar ibu jari)
Sedikit minyak masak
Sedikit air & kicap jika suka (cheq sue masukkan)

Cara-cara :
Tumbuk dan sebatikan bahan *
Panaskan minyak dan tumis bahan * tadi hingga garing dan wangi
Masukkan kangkung, air dan kicap. Masak hingga kangkung agak lembut

Saturday, April 21, 2012

Sosej Roll & Sosej Blossom via BBD


 
 
Harini, rata2 kebanyakan blogger macam cheq sue ni kepeningan lalat dengan menu dan layout baru blogger. Agak kacau jugak menu baru ni, kelihatan sangat serabut la bagi cheq sue, tapi rasanya kalau dah lama sikit, bila dah pandai ok la kot. Kena belajar lagi la nampaknya ni...
 
Sesiapa yang belum pernah buat roti menggunakan resepi basic bread dough adalah seorang yang sangat rugi. Bukan ape, sebab roti ni sesangat la sedap, kalah yang kat kedai tu. Dengan menggunakan satu doh tu, dapat buat pelbagai pesen roti, pizza mahupun donat. Memang rugi siapa yang belum cuba. Tapi kalau buat ni kena pastikanlah ahli mesyuarat yang nak makan tu ramai, sebab doh ni agak banyak. 500g tepung, kalau cheq sue makan seorang gerenti berkulat dulu roti tu. Tapi kali ni cheq sue buat ala-ala sosej roll (dah dipotong kecil2 pun) dan sosej blossom. Selain 2 jenis tu, dapat juga 10 biji bun, tapi tak dan nak bergambar. Sebenarnya nak buat guna resepi che mat yang sosej blossom tu, tapi entah di mana letak resepi yang dah diprint tu...



 
Roti ni tak kiralah roti apa pun, memang sedap dimakan panas2 tu. Tapi dengan menggunakan doh ni, silalah percaya yang rotinya masih lembut gebu gaban walaupun dah sejuk. Kat sini cheq sue C&P lagi sekali resepinya ya.... Kalau nak tengok hasil yang dibuat dulu klik je sini

Wassalam...


BASIC BREAD DOUGH RECEPI
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami

Bahan2:
Bahan A
500g tepung roti
100g gula
30g susu tepung 
1 sk garam
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional 
4 sk yis

Bahan B
250ml air, 1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- x letak

Cara-cara :

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180'C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau


1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).

2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat. 
 

Roti Jala... Ye La Roti Jala!




 

Wahhhh...harini kerja ye. Selamat mengganti sekolah ye cikgu cikgi semua....

Eh, roti jala... Mmmmm sekarang ni kan, pesen roti jala ni dah ada macam2. Bukan setakat yang dikirai dalam bulatan tu aje, tapi dah ada bentuk tikar, mahupun yang serong2 gitu. Cheq sue baru baru 1st time buat roti jala versi tikar ni, baru ngetes acuan muncung  3 yang dah berzaman dalam simpanan. Memang agak kekok jugak untuk permulaan ni, tapi seronok la guna sebab tak comot macam acuan biasa tu.

Untuk resepi roti jala ni, tak sengaja ternampak di blog yana, macam tergerak aje nak cuba. Tengok bahan2 tu tak banyak. Bila buat tu memang tak dapat banyak, dapat sekali makan. Dan sebab nak makan tu sendiri lah cheq sue tak buat kuah ape pun, cuma cicah aje dengan gula. Aishhh.. Macam sayu aje kan bila makan dengan gula, sampai member pun tanya ngape makan tu aje. Bukan ape pown...mengabiskan gas aje nak mengari. He he he...

Kalau sape yang tak berapa ramai ahli nak makan ni, boleh la cuba resepi ni pulak. Xde la pikir nak habiskan camana. Memang tak mengecewakan la resepi Che mat ni. TQ semuanya

Wassalam...




ROTI JALA
Resepi : Che Mat @ DTS
Sumber : Yana



BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum

3/4 cawan air

1/2 susu segar

2-3 titik pewarna kuning

1 biji telur

3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun) yana guna minyak zaitun 
minyak masak je
Secubit garam

CARA NAK BUAT :

Satukan semua bahan2 di atas. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit. cheq sue whisk dan tapis
Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dgn sedikit minyak zaitun ( lap dgn paper towel bersih yg dicelop sedikit minyak ). Bila panas, paipkan adunan yg telah diisi dalam acuan botol bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ni bertentangan jaluran tadi.

Friday, April 20, 2012

Victoria Sandwich Cake



 
 
Ini pun menu yang tertangguh, dah lupa dah bila buat, minggu lepas agaknya. Terberkenan dengan kek ni sebaik tengok di blog Kak Yatie, macam memanggil2 aje suruh cuba. Cumanya yang cheq sue buat ni tak la segebu Kak Yatie buat, macam padat2 sikit sikit tapi xde la bantat. Agaknya sebab cheq sue ayak sekali aje kot. Kat dalam resepi suruh 3 kali. He he he...
 
Rasanya pulak ngam sangat kalau digandingkan dengan teh O masa minum petang. Ala-ala English style gitu. Tapi cheq sue ni xde la menyempat bak ber'tea' bagai, potong2 bawa ke sekolah aje sambil nak memulangkan bekas member.
 
Kat tengahnya tu cheq sue cheq sue letakkan dengan fresh cream dan jem blueberry. Memang terasa keknya dengan filling tu. Pendek kata, kek yang perfect lah! Tq pada penyumbang2 resepi ni. Pada sape yang ada kesempatan tu boleh la cuba untuk minum petang. InsyaAllah puas hati.

Wassalam...



 
VICTORIA SANDWICH CAKE
Resepi : Kitchen Guardian
Sumber : Kak Yatie @ Yatiememories

Bahan-Bahan:-
250 gm butter
250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
secubit garam*
5 biji telor yg besar
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanila
Jem strawberry utk sapu pd kek - akak guna jem strawberry jenama"Smuckers"
    Cara-Cara:
    Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
    Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
    Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
    Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
    Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
    Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
    Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor.

      Laksa Goreng




       
       
      Camana?
      Rupa2nya laksa goreng ni sedap jugak
      Laksa ni sebenarnya lebihan di n3 ni
      Bila dah ada lebih tu, nak buang sayang
      Nak buat laksa kuah lain malas sebab sikit sangat
      Bila ushar2 cheq sue cuba goreng untuk bekal ke sekolah
      Nak tengok kat tenet lappy tengah xde masa tu

       





       
      Cara nak menggoreng nya tu terpulang la masing2 punya idea
      Yang cheq sue buat ni simple aje
      Agak2 macam masak mee kuning tu
      Cuma bila guna laksa ni rasa dia macam ala-ala kuetiau sikit

      Kalau korang tak percaya sila la cuba sendiri



      Cheq sue bagi idea aje la ye ni
      Layannnn....
      @^@
      Wassalam...

      Thursday, April 19, 2012

      Kenangan Mendeco

       

      Haissshh, patah tangan jugak bila xde lappy ni ye
      Ada banyak jugak resepi tertunggak yang x sempat di upload & publish
      Terima kasih pada yang sudi datang dan meninggalkan komen
      Minggu ni rasanya x menyempat lagi nak BW
      Sibuk benar rasanya

      Cheq sue memang minta dalam bab deco mendeco ni
      Sejak dapat tools, ada sedikit panduan, memang minat utama dah sekarang ni
      Kalau dulu, dengan serba kekurangan, dengan keras tangan, maka ini adalah hasilnya
      Memang kenangan betul, siapa sangka ya!
      Sekali pandang macam nak tergelak guling-guling
      He he he...

      Cheq sue memang banyak gunakan resepi dari MyR sebelum terjebak dalam berblog
      Bila dah ada kawan2 blog ni, maju sikit rasa deconya
      Apapun, ini adalah satu kenangan yang tak mungkin cheq sue lupakan
      T_T

      Wassalam...




       Kek Coklat Kukus Lembap
       Kek ni memang sedap, moist giler
      Tapi masa buat ni lupa nak tutup dengan alum foil masa kukus
      Terpenyek masa siap
       



       Kek Span Pandan
       Kek yang setia diguna hingga ke saat ini
      Masa ni beria-iya nak sponser kek orang nak bertunang
      Tapi aising x sesuai sebab xde gula aising
      Tu yang nampak berketul2 sikit tu
       



      Crazy Chocolate Cake
       Kek ni buat saja nak makan2
      Memang phewwww sungguh
       



        Kek Carrot
       Kek ni pun sedap, tapi buat sikit je separuh adunan
      Masa ni tak berapa suka lagi kek carrot
      *_*
       



       Kek Mentega Pandan
       Kek ni x tau sumber dari mana
      Memang hampeh sungguh, nak gelak je bila ingat balik
      Ha ha ha ha ha ha ha...
       



       Kek Kopi Walnut
       Masa deco kek ni ada ada tools tapi belum reti guna
      Ni guna BC, pun tak jadi lagi
      Tak suka dengan walnut sebenarnya...
       
      Kek Kelapa (update kendian)
       
       




      Kek Coklat Moist Kukus

      Kek yang sangat sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap
      Masa ni buat untuk open house
      Habis, licin
      Nanti nak buat semula
      >_<

      Tuesday, April 17, 2012

      Pink Angry Bird ~ Nur Hawa



       
       
      Ini adalah kek yang ditempah Kak Rini untuk anak daranya NUR HAWA 
      Berusia 6 tahun pada 12 April, memang dok hint uminya tentang harijadinya itu
      Kak Rini tak kisah kek apa
      Tapi cheq sue aje yang gatal nak deco angry bird
      Perghhhh...berpeluh keti jugak mak, nak!
       
      Pertamanya, susah jugak nak dapatkan warna yang sesuai
      Sebab cheq sue hanya guna FC, kalau letak warna banyak2 nanti krim jadi cair
      Mmmmmm...mungkin kawan 2 ada tips untuk dikongsi
      Ye la, kita ni versi orang tak pandai, buat ikut suka...
      Nak kena menuntut lagi ni nampaknya

      "Cheq sue doakan semoga Kak Hawa membesar menjadi anak yang solehah, berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara. Belajar rajin-rajin tau, jangan asyik merajuk aje!"






       
      Untuk kek ni :
      Choc cake + (b'berry filling  + CC filling) + sponge cake + (b'berry jam + FC) + choc cake + FC






       
      Cedera masa nak pack. Haishh...
       
      Update 18 April 2012 - sekali lagi

      Kek Span ~ Sweet4ever (MyR)


       
       
      Maaf pada semua sebab tak dapat nak berbalas BW
      Terima kasih banyak2 ya sebab sudi ke teratak yang tidak sepertinya ni
      Pagi ni cheq sue nak kongsi satu lagi kek span yang sangat bagus dan memang menjadi
      Dah setia dengan resepi ni, mudah dan senang aje
      Cuma pastikan ikut langkah2 yang ditulis insyaAllah kek naik sempurna
      Cheq sue buat ni untuk tiramisu (1/2 biji) dan selebihnya tu cheq sue masukkan untuk tempahan
      Memang sesuai sangat untuk dijadikan kek yang berhias
      Kek ni pulak boleh kita ejas mengikut kesesuaian, nak perisa pandan ke, plain ke, semua boleh
      Selalu cheq sue buat versi plain aje
       Kalau ada yang nak mencuba tu sila-sila kan lah
      Satu adunan tu memang dapat untuk sebiji kek, dalam 1 kg ++ jugak
      Cheq sue kompom sangat kalau buat kek macam ni kat kampung, mesti laku punya
      Orang2 tua memang suka, memang lembut sangat macam kapas giteww
      Cheq sue saje2 jugak masukkan dalam paper cup... cantik aje jadinya
      TQ pada Sweet berkongsi resepi ni



       
      Kat sini juga cheq sue nak kongsi tips la dalam baking membaking ni...
       
      Kalau kita bakar sesuatu kek, bila dah agak lama tapi kek belum masak, kita letak aje aluminium foil kat atas loyang tu, tak tutup pun xpe. Kalau letak tutup periuk yang sepadan pun boleh
       
      Bagi yang guna oven kecil macam cheq sue, kadang2 bila letak di rak tengah, bahagian atas tu mudah sangat hangit. Tambah2 kalau oven tu jenis yang xde kipas (fan). Jadi penyelesaiannya cheq sue letak di rak bawah, dan alaskan jaring tu dengan aluminium juga sebelum diletak loyang. Ini dapat mengelakkan bahagian bawah pula menjadi hangit.

      Untuk kek span atau kek chifon, jangan sesekali lenserkan loyang dengan majerin /  minyak. Pastikan kita hanya alas loyang dengan baking sheet dan tuang adunan. Bila dah masak tu terus aje sisipkan bahagian tepinya dan telangkupkan ke atas redai. InsyaAllah kek tak akan mendap.

      * Ini berdasarkan pengalaman dan penggunaan oven cheq sue la ya, mungkin orang lain x pernah alami masalah camni, jadi sila abaikan tips ni. TQ  
       
       T_T

      Wassalam...
       


       
      KEK SPAN PANDAN
      Resepi : Sweet4ever @ MyR
       
      Bahan-bahan (1 biji kek)
      Tepong super fine - 150 gram (1 ½ cawan)
      Gula kastor - 150 gram  (3/4 – 1 cawan)
      Telor - 5 biji telor A
      Ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
      Air daun pandan - 80 ml
      Minyak / mentega cair -80 ml
      Pes pandan - 5 ml / 1sudu teh
      Serbuk penaik - 5 ml /1 sudu teh
      Sedikit pewarna hijau  (opt)

      Cara-cara
      Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) saya guna no 5
      Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
      Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
      Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180'C api atas bawah
      Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek  mendap

      Monday, April 16, 2012

      Laksa & Laksam ~ Kuah Lemak



       
       
      Laksam & laksa ni saya buat sarapan pagi semalam
      Sambil nak menghabiskan ikan yang dah berganti minggu
      Tak banyak pun buatnya
      Laksam tu guna tepung beras dalam 1 cawan je
      Dapat la makan dua beradik
      Laksa tu pulak cheq sue rebus yang segera
      Tapi bukan laksa yang biasa kita makan tu
      Kat peket dia tulis LAKSA KAMPUNG
      Bila direbus saiz dia tak la besar dan rasanya lain sikit dari yang selalu
      Kira2 memang sesuai la nak pekena dengan kuah lemak ni
      Ye la, kalau guna yang peket biasa tu dia besar sikit kan, pastu licin pulak
       
       Tapi suka diingatkan, apa yang cheq sue kongsi disini adalah versi yang mudah2 aje
      Pastu hasilnya pun tak banyak, ulam2 xde, sambal pun xde
      Mana-mana yang ada ajelah
      Yelah, nak makan pun kita sendiri, malas nak beriya-iya
      Harapnya boleh la menjadi panduan pada yang mahu berjinak2 membuat laksam
      Cheq sue ada tgk Nani dan Kak Amie buat laksam pagi semalam
      Bolehlah tengok kat link tu ya
      Wassalam...





      LAKSA, LAKSAM & KUAH LEMAK
       Resepi : Cheq Sue
       
      Bahan-bahan :
      1 cawan tepung beras
      1 1/2 cawan air
      1 sb minyak masak
       
      Cara-cara :
      Bancuh air dengan tepung beras hingga sebati
      Tapis dan masukkan minyak
      Panaskan kukusan, dan mulalah mengukus laksam
      Pastikan sapu sedikit minyak pada tutup periuk 
      Setiap kepingan lebih kurang 4 5 minit aje, bila buka tutup tu nampak menggelembung dah masak la 
      Siapkan sehingga habis
       
      * Yang cheq sue buat ni dapat 8 keping laksam, guna tudung periuk kecik

      KUAH LEMAK
      Resepi : Cheq Sue

      Bahan-bahan : 
      6 ekor ikan selayang rebus
      2 biji bawang besar
      1 sk lada hitam
      2 cawan santan - sederhana pekat
      1 keping asam gelugur (kecil)
      Gula & garam secukupnya

      Cara-cara :
      Blendkan @ tumbuk halus semua bahan  kecuali santan @ asam gelugur
      Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan campur dengan santan. Masukkan juga asam gelugur
      Masak hingga mendidih, jangan lupa kacau selalu supaya santan tak pecah minyak
      Perasakan dengan gula dan garam

      How to Cook Fresh Pumpkin



       
       
      Quick n3...
      Lappy xde kat rumah, dok dengan adik
      Rasa patah tangan jugak sekejap
      Xpelah, jangan marah tau kalau xdan nak BW
      Ampon ye!
       
      Pagi ni nak kongsikan camana nak masak dan simpan labu
      Memang dendam sangat dengan labu kuning ni
      Dah lama dok nanti, dok tunggu
      Member bagi separuh, so cheq sue masak macam yang dikongsi oleh Tun Telani
      Kat bawah ni ada hasil dan cara-caranya
      Harap2 dapat la disimpan 2 3 hari sebelum keluar hasil
      Roti, donat, bingka, kek....
      Berderet resepi labu dok tunggu
       Alih-alih peram aje lam peti ais tu, camana?
      ..T_T..
      Harap2 pasni dapat la rasa
      TQ Tun share tips & resepi ni
      Berguna sangat
      Wassalam...




       
      HOW TO COOK FRESH PUMPKIN
      Source : Hubpages
      Source : Tun_telani

      Labu di belah dua. korek keluar biji labu.
      Telangkupkan labu atas loyang, dan masukkan sedikit air (anggaran dlm 1/2 inch) <- supaya labu tak kering masa bakar.
      Bakar 200 C selama lbh kurang 45 minit. lepas 40 minit tu cucuk2 kulit labu dan garfu, kalau dh lembut maknanya dh masak.
      Korek keluar isi labu dgn sudu dan lecekkan. tun guna garfu je utk lecek sbb dh lembut sgt, xyah blend segala bagai. cheq sue x lecek pun, skopkan dengan sudu gitu aje sebab labu ni jenis yang lembut punya
      Dh sejuk blh simpan dlm bekas kecik dlm freezer. Nnti senang nk guna wat kuih =)

      Sunday, April 15, 2012

      Lime Tomato Juice


       
       
      Selamat petang semua... 
      Apa aktiviti pepetang ni?
      Belum balik lagi?
      Amboiiiiii...kuat sungguh korang ni keluar bejalan ye...
      Cheq sue jugak yang dok berselebet di rumah aje
      Moh le kita tengok jus yang penuh khasiat ni
      Amacam... ada bran ke
      Cheq sue ah lama nak try minum ni
      Kebetulan pekerja belakang rumah ada bagi sweet tomato
      Kalau tengok kat gambar tu saiz dia memang besar dan rasanya manis
      Memang khas untuk buat juice
      Jus ni memang sesuai sangat la diminum waktu pagi
      Boleh cuci perut sekaligus
      Memang berkesan sungguh
      Rasanya xde la pelik, tapi agak pelik jugaklah bila 1st time minum
      Pastu xde rasa apa dah pun...
      Yang ni cheq sue x sejukkan, minum fresh gitu
      Kalau dok dalam peti ais mesti lagi sedap sentunya
      Sape2 yang berani tu sila la cuba ya...
      Wassalam...



       
      LIME TOMATO JUICE
      Resepi : Cheq Sue
       
      Bahan-bahan :
      2 biji sweet tomato
      1 biji limau nipis - buang kulit, empulur dan biji
      1 sb gula
      1 1/2 cawan air
       
      Cara-cara :
      Blendkan semua bahan sehingga halus
      Tapis sebelum dihidangkan

      Bingka Crackers & Silicon Mould


       
       
      Bila ya buat bingka ni...
      Dua tiga hari lepas kot, lupa dah
      Kira2 versi tertangguh la ni
      Cheq sue sebenarnya lebih kepada nak habiskan santan dan roti tongkat sebenarnya
      Haaaaaaaaaaaaaaaa...
      Roti tongkat?
      Rasa2 orang Kelantan mesti tau kan camana bentuk roti tu
      Roti tongkat tu eceli sejenis roti kering, tapi berbentu memanjang macam tongkat
      Cicah dengan kopi O panas memang kalah la yang lain tu
      Memang sedap sangat, tambah2 bila makan ramai2
      Tapi dah sensorang ni jadi x nak pulak
      Pikir2 baik buat bingka, boleh jgk bagi kawan2 makan
       


       
      Rasa dia ok lah
      Tapi kalau dibandingkan dengan crackers, yang guna roti tongkat ni lagi ringan
      Udah memang roti tu pun ringan ye dak
      Apapun satu lagi koleksi resepi untuk dicuba
      Dan tentunya bingka ni memecah dara acuan SM cheq sue yang terbaru
      Tak kisahlah orang lain guna sampai dah lunyai pun kan
      Kita dok atas bukit ni baru je jumpa kedai yang jual
      InsyaAllah nak tambah koleksi lagi
      Memang syok bila guna
      Senang aje nak keluarkan
      Nak ke Jepun beli benda ni xde rezeki lagi, ke Ipoh aje lerrr...
       Jangan marah ye Nani...
      Oklah, pada kawan2 yang ada lebih2 crackers tu boleh la cuba
      Wassalam...

      BINGKA CRACKERS (ROTI TONGKAT)
      Resepi : KH267tm @ MyR
      Sumber : Kak Yatie 
       
      Bahan-bahan
      140 gm biskut cracker (biskut lemak)
      85 gm tepung gandum
      210 gm gula - Yatie letak 1 cwn
      3 biji telur
      710 ml santan @ susu cair
      1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
      1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
      Secubit garam
      Sedikit bijan utk tabur

      Cara-Cara
      Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
      Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
      Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
      Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
      Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
      Sejukkan dan potong.

      Saturday, April 14, 2012

      Teresek Jantung Pisang


       
       
      Ini adalah masakan kedua yang cheq sue bawak pada potluck semalam
      Kebetulan ada banyak jantung pisang, rezeki kawan2 boleh makan 
      Nak buat teresek ni ada macam2 versi
      Yang cheq sue ni versi suka hati aje
      Cheq sue pernah tgk orang letak budu kat dalamnya
      Kerisik pun boleh masukkan
      Terpulanglah pada citarasa masing-masing
      Mmmmm, xleh nak cakap banyak ni, nak ke hospital nengok anak member
      Nanti balik kita jumpa eh..
      Wassalam...
       


       
      TERESEK JANTUNG PISANG
      Resepi : Cheq Sue
       
      Bahan-bahan :
       
      2 biji jantung pisang 
      * dihiris dan celur sekejap. Masukkan sedikit minyak masak semasa mencelur. Toskan air
      2 ekor rangka ayam @ boleh guna bahagian isi - potong kecil
       Kacang panjang @ buncis - potong serong
      Cili merah @ cili kampung @ lada solok kelantan 4 biji - hiris serong

      5 biji bawang merah
      1 biji bawang putih
      1 sk ketumbar - sangai
      Sehiris lengkuas & kunyit hidup
      5 biji cili kering
      Serbuk kari 
       * tumbuk lumat dan sebatikan

      Santan dari 1 biji kelapa - sederhana pekat (kalau suka berkuah boleh lebihkan)
      Garam, gula, nissan, asam jawa
      Minyak masak
       
       
      Cara-cara :
      Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi dan garing
      Masukkan rangka ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam empuk
      Masukkan jantung pisang yang telah direbus, gaul hingga mesra dengan rempah dan ayam. Tambahkan juga sedikit nissan dan asam jawa
      Setelah berapa ketika, masukkan santan, kacang dan cili
      Perasakan dengan garam dan gula
      Masak hingga mendidih dan pecah minyak
      Bila nampak kuah dah pekat bolehlah diangkat

      Nota :
      Selalunya bila dah sejuk teresek ni akan kurang kuahnya sebab diserap oleh jantung pisang.

      Telur Rebus Berkuah Kismis


       
       
      Semalam, Jumaat (12 April 2012) kami membuat pot luck kat sekolah
      Dah lama jugak tak makan-makan camtu
      Bila ada yang buat cadangan, masing2 bersetuju
      Cheq sue menyediakan 2 jenis masakan iaitu telur rebus berkuah kismis ni dan juga teresek jantung pisang
      Kebetulan ada member sponser telur 10 biji, jantung pisang pun ada
      Memang no problemlah
      Sebab cheq sue masak petang, tak dan nak bergambar lelawa
      Pagi2 dekat sekolah tu cheq sue sempat snap 2 keping, member gelak aje nengoknya
      Ok jugak sesekali makan telur rebus berkuah gini
      Tu yang licin 10 biji telur tu...
      TQ Kak DJ berkongsi resepi ni
      Kawan2 yang xde idea masak tu boleh la cuba yang ni pulak
      Wassalam...
       





       
      TELUR REBUS BERKUAH KISMIS

      Bahan-bahan :
      5 biji telur rebus (dibelah dua)
      3 biji bawang merah (dihiris)
      1 ulas bawang putih (dicincang)
      1 labu bawang besar (dihiris)
      1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok) cheq sue guna rempah kurma
      1 sudu kecil serbuk cili
      1 sudu makan puri tomato cheq sue ganti dengan tomati masak parut
      1 sudu kecil sos tiram
      1 sudu makan sos cili
      sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
      2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh)
      1 batang kulit kayu manis
      sedikit air dan susu cair cheq sue letak santan lebih sikit, supaya berkuah
      sedikit minyak sapi/minyak masak
      garam dan gula secukup rasa

      Cara-cara :
      Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
      Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
      Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
      Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
      Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.

      Friday, April 13, 2012

      Blueberry Cheese Tart


       
       
      Cerita tentang BCT pulak
      Yang ni pun direquest oleh ibu mengandung dan ibu yang tak mengandung
      Cheq sue buat ni sama2 dengan diorang kat rumah
      Ala2 kelas memasak la jugak, belajar cane nak buat base, letak filling dan topping
      Yang paling best bila sampai masa nak corakkan kat atas
      Macam2 pesen
      Sebenarnya ada lagi 2 3 corak hasil pemerhatian kat blog kengkawan
      Tapi xdan nak ambil gambar sebab kamera xde
      Bila dah bungkuskan untuk diorang bawak balik, tinggal yang ini ajelah
      Kalau korang perhatikan, kat sini pun ada orkid, maklumlah photoshoot sekali dengan monkey bread
       
      Selalu kalau buat cheese tart, cheq sue memang setia dengan resepi Haz_amon dari MyR ni
      Kalau nak kelainan sikit, boleh tukar filling blueberry ke strawberry atau kiwi
       Kalau nengok ke gambar tu, kemain banyak letak filling
      Nak makan sendiri la katakan
      Kalau buat jual ni kompom rugi
      Haishh...

      Tq pada penyumbang resepi
      Buat Siti, Shima dan Lini, semoga perkongsian ilmu yang kita buat tu akan menambahkan semangat untuk mencuba. Nanti boleh bagi tester...

      Wassalam... 




       
      BLUEBERRY CHEESE TART
      Resepi : Haz _amon @ MyR

      Bahan untuk Sweet Pastry:-
      125 gm mentega / margerin
      60 gm gula aising
      1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
      240 gm tepung gandum

      Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
      250 gm cream cheese
      50 gm gula aising
      20 gm mentega (lembutkan)
      1/2 sudu besar perahan lemon
      1 biji telur (gred B)
      Blueberry pie filling

      Cara-cara
      Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
      Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
      Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
      Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.


      Monkey Bread ~ Sedaaaaaaaaaaaaaaaap, Tak Seseram Namanya


       
       
      Macam kurang sopan aje kan nama monkey bread tu
      He he he, tak sesuai sungguh
      Entah di mana ke'monkey'an nya tu pun tak tahu
      Tapi xpelah, dah keluar dengan surat beranak nama tu
      Kita ikut aje, i follow
      Mula2 tengok Ika buat roti ni tak berapa nak faham tentang bentuknya
      So cheq sue pun susun aje dalam loyang kek sifon tu
      Bila dah masak bentuknya macam roti biasa
      Bila cheq sue tengok di  blog Pook tu barulah ada idea
      Rupa2nya doh roti yang dah siap di salut dengan walnut dan telur putih tu ditindah-tindankan dalam acuan
      Saiznya pulak cheq sue rasa tak sama besar




       
      MB ni memang sangat lembut tau
      Kalau dibandingkan dengan CPAB, rasanya tak berapa manis
      Dua2 pun sedap, cuma ada la lebih kurang tu masing-masing
      Masa cheq sue buat ni tak dan nak ambil gambar masa baru masak sebab kamera xde
      * Sbb tu gambar macam kelabu asap sikit sebab ambil gambar malam
      Bila dah makan, tinggal dua ni aje yang boleh di evidenskan
      Makan ramai2 time panas2 tu memang aduhhhhh macam makan kapas
      Lembut, ringan dan penuh perisa
      Cheq sue guna BM je untuk uli
       Kerja senang-senang ajelah sebab dah ada kemudahan
      ^_^
      Pada sape yang belum buat tu sila2 la studi resepinya
      Serius tau cakap, rugi kalau tak cuba
      Tq Ika kerana menterjemah ke bahasa yang lebih mudah difahami... he he he
      Wassalam...




       
      MONKEY BREAD
      Source : POOK san DAILYDELICIOUS
      Sumber & Terjemahan : Ika ARAH

      Ingredients :
      (Makes 1 (18cm tube pan) )
      240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
      60g Cake flour (60g Tepung Kek)
      5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)
      20g Granulated sugar (20g Gula)
      4g Salt (4g Garam)
      1 Egg yolk (1 biji kuning telur) cheq sue guna sebiji telur
      175g Water (175g Air)
      20g Butter (20g Mentega)

      40g melted butter (40g Butter di cairkan)
      40g Walnut (40g Kacang Walnut) cheq sue guna kacang pistachio
      70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa)
      1 Egg white (1 biji Telur putih)


      Method : Cara-cara
      Mix together egg yolk and water.  
      (Campurkan bersama kuning telur dan air)
      Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. 
      (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)
      Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry).  
      ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)
      Take the dough out of the bowl and knead 
      (Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
      Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough. 
      (Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
      Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny.
       (Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)
      See how to knead bread, here. 
      (boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
      Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature). 
      (Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)
      Preheat the oven to 150°C.
      ( Panaskan oven dgn suhu 150c)
      Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. 
      (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)
      Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.
      (Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)

      Preheat the oven to 180°C.  
      (Panaskan Oven dgn suhu 180c)
      Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).
      (Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)
      Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)
      Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls.  
      (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)
      Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. 
       (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)
      Then place them in prepared pan. 
      ( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
      Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes 
      (Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
      When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil. 
      (Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
      Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack. 
      (Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
      Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.
      (atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)