PAGES

Wednesday, April 30, 2014

Laksa Johor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini kes terliur tengok Tun Telani buat. Haish bahaya betul berblog ni kan, tengok orang buat kita pun rasa nak buat jugak. Bukan apa, kebetulan bahan-bahan memang ada kat rumah. Walaupun tak la sempurna sangat, tapi oklah untuk makan sendiri dan melepaskan kempunan... Kalau ikutkan saya tak berapa suka laksa Johor, tapi buat jugaklah kerana terliur.


Saya gunakan sepenuhnya ikan kembung rebus. Kalau tengok kuah tu memang pekat abes sebab ikan memang banyak. Saya malas nak ulang makan, ini saya buat makan sekali je. Nak kata sedap macam laksa Johor ori tu tidaklah, tapi rasanya tu ada. In case kalau nak ngelakkan mulut berair lepas laaaa.....

Cuma peliknya bila laksa Johor ni dimakan dengan spagetti. Kenapa ya? Ada tak yang tahu apa asal-usulnya? Kalau biasa guna laksa putih tu... tapi tak ngapalah, budaya tiap negeri kan berbeza, jadi layannnn. Saya dah copy resepinya kalau nak buat lain kali...



LAKSA JOHOR
Resepi: Chahaya Sheila
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home, tun_telani

Bahan:-
500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri) - tun pemalas guna Sardin Adabi
200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
3 batang serai - dititik
50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
2 sudu besar kerisek
1 - 2 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
beberapa kuntum bunga kantan
daun kesum secukupnya
1 paket spaghetti

Bahan hiasan:-
daun pudina - akak x letak
sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
bawang besar - dipotong nipis bulat
timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila) - tun sagat je
cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan

Cara Memasak:-
Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.

SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.

HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi
 

Tuesday, April 29, 2014

Blooming Onion

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila ya saya buat blooming onion ni, macam tak ingat dah. Rasa-rasa tak lama lepas tengok Kak Lina buat, terus saya pun cuba. Kebetulan nak buat ayam goreng, dah ada lebih-lebih tepung tu saya buatlah sebiji. Teringin jugak nak tahu apa rasanya. Masa tu agak ramai jugak blogger yang tayang blooming onion ni.


Saya gunakan bawang warna purple tu, sebenarnya nak guna bawang Bombay tapi tak ada pulak kat rumah. Rupa-rupanya bawang yang saya guna tu jenis yang nipis-nipis kelopaknya, jadi bila dimasukkan dengan tepung, tak jelas sangat kerana lapisannya yang nipis antara satu sama lain.


Untuk menggoreng bawang ni, saya gunakan periuk kecil dan minyak penuh sampai tenggelam bawangnya. Kalau kata guna kuali memang tak dapat minyak penuh nanti kelopak bawang tu tak terbentuk pulak. Apapun tengoklah kesesuian masing-masing.

Kalau sapa yang belum buat memang payah nak cerita bagaimana rasanya. Rasa manis bawang tu dengan tepung rangup dan pedas sos pada saya memang sedap. Kiranya boleh telan la.. Cuma kalau banyak agak muak jugak, maklumlah, dah namanya pun bawang kan...


Yang ini versi ayam. Dok kempunan nak makan kepci tak dapat-dapat, goreng je sendiri terus makan tak henti... Kalau sapa yang nak cuba saya copy semula resepinya di bawah... Yang saya buat ni guna tepung segera, hanya tambah serbuk cili dan lada hitam..

RESEPI BLOOMING ONION 
By : LiNa Pg
Sumber Cuci Mata : Alongroz

Bahan-Bahan: (Version LiNa Pg)
1 labu bawang besar
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit ajishio
Sedikit lada hitam (freshly crash)
Sebijik telur (dikocok)
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam,ajishio, lada hitam.Gaul sebati.Ketepikan
Bawang besar dikupas kulit, cuci bersih dan dipotong membentuk 16 kelopak.
Pisah-pisahkan kelopak bawang, taburkan campuran tepung meliputi semua kelopak bawang.
Celupkan ke dalam telur yg telah dikocok.
Gaulkan ke dalam tepung sekali lagi..Double coating...
Kemudian goreng secara deep fry.Pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu.Goreng bahagian kelopak menghadap ke bawah dahulu hingga garing kemudian terbalikkan untuk menggoreng sebelah lagi.
Apabila kedua2 bahagian telah garing.Angkat dan toskan minyak.
Sedia dihidang bersama sos cili dan mayonis.

Nota LiNa Pg
Boleh juga gunakan tepung KFC atau tepung yg sedia terjual di pasaraya

Monday, April 28, 2014

Hadiah Istimewa Dari Rakan Blogger...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Suka tak bila dapat hadiah? 

Eh, mau tak suka. Tambah-tambah bila dah tetua ni ada dapat bungkusan rasa berbunga-bunga dalam hati ibarat dapat SMS cinta pandang pertama... Apa kisah sebenarnya ni Cheq Sue? Cer habaq mai...

Bukan apa...ada Jumaat lepas, masa nak balik sekolah, ada satu bungkusan untuk saya, dup dap dup dap, dengan rakusnya bukak, terus nampak benda ni...

V
V
V


FM London weh. Terkejut sat... Belek-belek alamat di sampul rupa-rupanya datang dari Kak Yati. Rupa-rupanya ni hadia GA yang beliau anjurkan dulu. Saya pun dah tak ingat sebenarnya. Rasa macam tak cukup syarat penyertaan tapi Alhamdulillah ada rezeki.


Bersama-sama dengan FM London ni ada jugak FM dari Pangkor yang sangat unik, tak tahulah bentuk apa binatang ni, nak kata kuda laut macam bukan.

Pada hari yang sama jugak, satu lagi kejutan diterima. Tengah dok belek-belek surat, ternampak nama saya di satu sampul. Kali ni saiznya agak besar, dan debarannya pun agak besar juga. Haish... Bila dah nampak isi di dalam... hadiah dari Kak Amie rupanya!


Banyak betul pemberian dari Kak Amie. Pandai betul dia, memang terkejut abes. Memang saya tahu Kak Amie ada buat GA tapi tak layak lak saya nak join, rupa-rupanya memang dia dah niat nak bagi pada saya. Muaaahhhh, sayang Kak Amie ketat-ketat! Jom tengok apa bendanya dari Sabah ni..


Kain sarung batik halus dengan  ilham corak pua kumbu. Cantik sangat kainnya. Boleh tambah koleksi kain sarung saya, selalunya hanya pau dengan mek kat rumah.


Selain tu ada juga keychain dan FM Sabah Borneo. Dengan bertambahnya koleksi FM ni rasa makin tak sabar nak beli peti sejuk. Eh, bukanlah beli semata-mata nak tempekkan FM, tapi sebagai aset. Duit ni kadang habisnya tak sedar, jadi baiklah berhabis beli barangan. Nanti kendian dah tak payah beli, kan? Yang dalam sampul surat tu tau tak apa?


Gelang mutiara rupanya! Bila tengok mutiara ni terus ingat mutiara masa di Beijing. Terharu sangat dengan segala kiriman ni Kak Amie.

Buat Kak Yati dan Kak Amie, terima kasih banyak-banyak atas kiriman ni. Rasanya tak terluah dengan perkataan cuma doa saya semoga kalian akan sentiasa berbahagia dan terus dalam lindungan Rahmat Allah adanya. Semoga jua ukhuwwah maya ini akan berpanjangan.

** Bila sembang-sembang dekat pejabat, pengetua dengan pantasnya menyampuk, tak acilah sebab dia tak dapat. Saya pulak dengan suka hatinya balas balik...

'Puan, saya kan blogger!'

Sunday, April 27, 2014

Tambah Koleksi FM Lagi...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila musim cuti sekolah, memang ambil kesematan untuk mengirim FM pada kengkawan yang bercuti. Selain saya sendiri yang ke Beijing, memang tak lupa la beli buah tangan. Meskipun dah pau dulu kawan yang ke sana, kali ni beli design yang lain pulak. Yang kelakarnya, ada terjumpa FM MACAU, beli aje lah kan... aci tak?


Antara koleksi yang saya tambah dari Beijing. Termasuklah FM Macau yang saya citer tadi. 


Buah tangan pemberian rakan serumah yang ke Korea. Saya tak adalah memesan ke apa, tak menyuruh pun tapi since dia dah bagi saya terima dengan hati terbuka seluas langit. Agaknya sebab dia rasa bersalah kerana ke Korea dan meninggalkan saya. Ha ha ha... Takpe.... takpe... tahun ni, tahun depan Korea dah masuk dalam list travel saya!


FM Jakarta ni memang saya kirim dengan Kak Nor, rakan sekolah saya yang tak jemu-jemu ke Indonesia. Kiranya Indon tu dah macam kampung halaman dia. Kita asal cuti je nak balik Kelantan, dia ke Indon.

Apapun...terima kasih pada yang sudi memberi..

Saturday, April 26, 2014

C@AC 31 : Nasi Minyak & The Gang [TAMAT]


 

‘Siapa sangka kan, dalam sibuk-sibuk aku nak bertunang dengan Mail, engkau yang berkahwin dulu.’
Fiza berkata, dalam nada membebel ketika sama membantu Aloyah menyediakan goodies perkahwinan dalam paperbag. Dia turut sama berada di Raub untuk majlis besar Aloyah, membantu apa yang perlu. Dengan pertolongan emak, Kak Muna, Fiza dan Nur Fathihah yang sudah seminggu sampai di tanah air, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Aloyah langsung tak merasa tertekan atau keletihan membuat itu dan ini. Segala persiapa dapat dibuat dengan sempurna. Cuma biasalah, perasaan berdebar dan gementar kerap menghambatnya saban waktu.
‘Nak buat macam mana Fiza, jodoh dah sampai, dah takdirnya aku yang kahwin dulu.’
Ye lah, kita hanya mampu merancang. Tapi sebaik-baik perancangan tentulah dari Allah Yang Maha Esa. Jadi Aloyah menerima dengan rela.
‘Kak Fiza, kakak nak kahwin dengan jiran sebelah rumah ya?’
‘Bukan akak aje tau, tu tuan empunya badan tu pun sama.’
‘Wah, macam bagus je ni. Nanti balik Rusia adik pun nak skodeng jugak la siapa jiran adik kot-kot boleh buat calon suami.’
‘Jangan kau skodeng mat saleh pulak Fathihah, biru mata hitam mak nanti.’
‘Mat saleh tak apa jugak Fiza oi, kalau dapat awang hitam, baru pengsan mak kita tu.’




‘Kakak tak tidur lagi?’
Emak tiba-tiba muncul dari balik pintu. Aloyah yang ketika itu sedang menyusun barang-barang hantaran berpaling.
‘Emak pun tak tidur lagi?’
‘Emak baru siapkan bahan-bahan di dapur. Esok tak ada la kelam kabut nak buat persiapan. Macam mana, dah sedia?’
‘Kakak takut la mak...semua ni macam cepat sangat je berlaku.’
Hanya 2 bulan 15 hari dari majlis merisiknya, dan 3 bulan selepas mereka menyulam cinta. Terlalu cepat rasanya.
‘InsyaAllah, semuanya akan selamat. Kakak jangan fikir yang bukan-bukan. Emak doakan segalanya berjalan lancar.’
‘Kakak minta maaf ya mak, kalau kakak ada sakitkan hati mak. Lepas ni kakak dah ada tanggungjawab lain, kakak dah ada hidup kakak sendiri. Kakak harap mak restuilah kehidupan kami ya.’
‘Mak sentiasa doakan anak-anak emak. InsyaAllah Fareez akan membahagiakan kakak.’
Mereka berpelukan. Selama 26 tahun Aloyah ditatang bagai minyak yang penuh, dijaga penuh kasih sayang oleh kedua orang tuanya, tetapi akhirnya akan memulakan hidup dengan orang lain pula. Sedih, memang sangat sedih... Emak cuba menyembunyikan air matanya...

Ruang tamu sudah bertukar wajah. Dengan majlis akad nikah yang akan di adakan di situ, telah disediakan satu pelamin kecil buat pengantin perempuan dan di satu sudut lain pula ada tempat untuk pengantin lelaki dan Tok Kadi. Aloyah di dalam bilik kelihatan jelita di dalam persalinan serba putih. Wajahnya dirias nipis oleh Nur Fathihah, bakal doktor yang gemar bersolek. Fiza turut sama menemani.
Menurut perancangan, majlis itu  di buat secara ringkas sahaja. Apabila siap akad nikah dan membatalkan air sembahyang, kedua pihak akan bertukar barang hantaran, menjamu selera dan meramah mesra dengan tetamu. Untuk sesi penggambaran pula, hanya sanak saudara yang terlibat, dibuat di dalam bilik yang telah dirias indah.
Tepat jam 11 pagi, rombongan pihak lelaki akhirnya sampai. Ahmad Fareez yang mengenakan persalinan sepadan bersila di tempat yang dikhaskan. Di kiri kanannya ada abah, Ahmad Faqihi, Mail dan beberapa orang yang tidak dikenali. Mama dan saudara perempuannya pula berada di belakang. Berhadapan dengan Tok Kadi, bakal keluarga baru dan insan-insan yang tidak dikenali, sesungguhnya saat ini memang genting. Dia sebolehnya mengawal perasaan. Berkali-kali lafaz zikir dan selawat di baca di dalam hati. 10 minit kemudian, Aloyah dibawa keluar bertemankan emak, Fiza dan Nur Fathihah menuju ke pelamin khasnya. Aloyah perasan ada banyak mata yang memandang. Dia menenangkan diri, tidak mahu terikut dengan emosi. Ahmad Fareez pula sekadar merenung ke genggaman tangannya sendiri.

Tok kadi bertanyakan persetujuan dan meminta tanda tangannya. Dan apabila akad nikah mahu dimulakan, suasana menjadi senyap sunyi. Tak ada sesiapapun yang bersuara.

Bismillahirrahmanirrahim... Tok kadi memandang kedua-dua belah pihak dan menganggukkan kepala.

‘Ahmad Fareez bin Fauzi, aku nikahkan engkau dengan Nur Aliya bt Wahab dengan maskahwin sebanyak dua puluh dua ringgit tunai...’

Ahmad Fareez menarik nafas sedalam-dalamnya.

‘Aku terima nikahnyah Nur Aloyah.... eh...’

Senyap. Lafaz akad Ahmad Fareez terhenti.

Nur Aloyah? Nur Aliya? Aloyah? Aliyah? Aishhhh...

Mail menolong mengesat peluh yang tiba-tiba bermanik di dahi. Encik Fauzi menghulurkan gelas berisi air masak kepadanya. Tangannya mengusap belakang Ahmad Fareez. Berdebar sangat ni, sampai nama pun silap sebut. Itulah masalahnya, selalu Aloyah... Aloyah... saja.

‘Ahmad Fareez, bawa bertenang ya. Banyakkan selawat. Bila awak dah sedia baru kita teruskan.’
Kata Tok kadi, dia menenangkan Ahmad Fareez, dia dah selalu melalui keadaan begini ketika mahu menikahkan pasangan. Yang lebih teruk dari ini pun dia pernah jumpa.

Aloyah mendongakkan muka. Kasihan Fareez, merona merah wajahnya. Dia yang sebenarnya turut cemas berusaha sedaya upaya mempamerkan riak biasa.

Hampir beberapa ketika, Tok Kadi menyambung akad nikah yang tegendala. Jangan gopoh, jawab perlahan-lahan insyaAllah... pesannya.

‘Ahmad Fareez bin Fauzi, aku nikahkan engkau dengan Nur Aliya bt Wahab dengan maskahwin sebanyak dua puluh dua ringgit tunai...’

Ahmad Fareez mengambil masa...

‘Aku terima nikahnyah Nur Aloyah bt Wahab.........’

MasyaAllah, apa sudah jadi ni? Kali ini Ahmad Fareez tersilap lagi. Aloyah, Aloyah, Aloyah...

Majlis ditangguhkan sebentar. Ahmad Fareez dibawa masuk ke dalam bilik tamu rumah. Tok kadi pula sempat minum kopi. Bertenang, mintanya kepada semua tetamu. Aloyah tidak keruan, bagaimana dia boleh membantu? Emak, Kak Muna, Nur Fathihah dan Fiza semua membantunya bertenang. Kerapkali emak membisikkan selawat ke telinganya. Pegangan tangannya tidak sesekali dilepaskan. Ayah dan Encik Fauzi bercakap sesuatu dengan Ahmad Fareez. Sebentar kemudian kelihatan dia menunaikan solat sunat..memohon diberikan kesenangan oleh yang Esa untuk memudahkan perjalanan majlisnya.

‘Macam mana? Jadi kahwin ke tak ni?’
Usik Tok Kadi bila saja Ahmad Fareez melabuhkan duduk didepannya. Masing-masing tertawa. Ahmad Fareez tersenyum lebar. Eh tok kadi ni, nak tanya lagi. Hilang gementarnya mendengar lawak. Ingatkan pandai nikahkan orang aje.
‘Boleh, boleh, insyaAllah.’
‘InsyaAllah...’

Ahmad Fareez memandang Aloyah di pelamin indah. Awak jangan risau ya, kali ni confirm awak jadi milik saya...

‘Ahmad Fareez bin Fauzi, aku nikahkan engkau dengan NUR ALIYA BT WAHAB dengan maskahwin sebanyak dua puluh dua ringgit tunai...’

Tang nama Nur Aliya bt Wahab tu tok kadi tekankan sikit biar lebih jelas. Masing-masing  berdoa agar Ahmad Fareez tidak lagi tersalah kata. Semuanya mahu akad nikah ini sampai kepada penamatnya.

‘Aku terima nikahnya... Nur Aliya bt Wahab dengan maskahwin sebanyak dua puluh dua ringgit tunai...’

Sah? Sah....
Sah? Sah....
Sah? Sah....

Alhamdulillah.

Syukur pada tuhan akhirnya akad itu sudah sempurna dilafazkan. Tok kadi membacakan doa, memanjatkan kesyukuran kerana sebuah masjid telah terbina. Selesai Ahmad Fareez membaca taklik, cincin dan rantai tangan sebagai simbolik membatalkan air sembahyang disarungkan. Aloyah bersalaman, mencium tangan Ahmad Fareez buat pertama kali, yang sudah halal menjadi miliknya, suaminya abadi. Saat Ahmad Fareez mengucup dahinya, perbagai perasaan datang bertandang. Yang pasti ada air mata bergenang.
‘Jangan menangis, tak cantik. Simpan air mata awak tu untuk saat-saat bahagia bersama saya dalam kehidupan kita yang baru bermula.’
Bisik Ahmad Fareez di telinganya.
Akhirnya setelah 5 bulan 15 hari, mereka di satukan sebagai suami esteri. Kuasa Allah...
Emak dan ayah datang dan memeluk mereka suami isteri. Mama pula menghadiahkan cincin sebentuk sebagai tanda menerima anak perempuan pertama. Abah juga turut sama, datang bertemu mata dengan ahli keluarga baru secara rasminya. Masing-masing menghela nafas lega apabila urusan berakhir sudah. Dengan tiga kali lafaz, cipta sejarah jugak dia. Abang Syukri tak habis-habis menyakat. Katanya, abang dulu sekali jalan aje!

Sanak saudara yang lain turut mengucapkan tahniah. Teman-teman rapat, rakan sepejabat tidak melepas peluang untuk mengucap sesuatu. Fiza apatah lagi, tersangatlah gembira sehingga mengalir air mata. Dia kehilangan seorang lagi rakan serumahnya selepas ini.
‘Lepas ni rombongan kita ke Kelantan pulak ya.’
Kata emak yang sudah maklum akan hubungannya dengan Mail.

Ø  Dh selamat ke? Sori x dpt dtg majlis kau, Aisyah alahan teruk, tak dpt ke mana2. Smg berbahagia hgga ke akhir hayat.

Sms dari Mustaza di terima.

Setelah selesai majlis bergambar, pengantin di rai pula di khemah sebelum menuju ke meja beradab. Berselera sungguh Ahmad Fareez menjamu selera dengan nasi pengantin, disediakan khas oleh mak usunya. Direquest bakal anak saudara. Katanya nak makan nasi dengan opor daging seperti yang pernah dimasak Aloyah dulu. Katanya itulah menu yang membuatkan dia jatuh cinta.

Aloyah mengamimkan doa yang dibaca Ahmad Fareez. Maghrib itu mereka berjemaah bersama buat pertama kali. Lain rasanya apabila ada yang membimbing solatnya. Selama ini bersolat sendiri, berdoa sendiri, kali ini ianya dikongsi. Sungguh menakjubkan perasaan itu, indah menusuk ke sanubari. Itulah nikmat yang Allah beri saat bergelar suami isteri. Sakinah, mawaddah, warahmah.

Ahmad Fareez berpusing menghadap Aloyah. Tangannya bersatu dengan jemari Aloyah.
‘Terima kasih sebab menerima kehadiran saya dalam hidup awak.’
‘Sama-sama.’
‘Kalau saya ada kelemahan atau kekurangan, awak kena bagitahu saya.’
‘Awak yang kena bimbing saya Fareez. Awaklah Syurga saya sekarang. Saya ingn mencapai redha Allah bersama dengan redha awak.’
‘InsyaAllah...kita akan bersama mencari redhaNya.’
Ahmad Fareez mencium kedua kelopak mata Aloyah, dan mengucup dahinya. Lama. Dia berjanji akan menjadi suami yang terbaik buat isterinya itu, di dunia dan juga di Syurga...

‘Kenapa ya semua panggil awak Aloyah?’
Ahmad Fareez bertanya ketika mereka sedang berbaring di katil. Bercinta sekejap sangat, tak sempat nak tanya.
‘Kenapa?’
‘Ye la, nasib baik saya tak terus menyebut Nur Aloyah, kalau tak, tak kahwin la kita.’
‘J risau betul saya masa tu.’
‘Saya yang nak mengakadnya, langsung terkedu. Agaknya kecil-kecil dulu awak ni kuat nangis tak?’
‘Mana ada...saya budak baik tau.’
‘Habis tu macam mana awak dapat nama tu? Bukan ke nama Nur Aliya tu pun sedap juga. Kenapa tak panggil Nur ke, Aliya ke...’
‘Ayah kata arwah atok yang mula-mula panggil Aloyah, terus kekal sampai sekarang.’
‘Saya tak nak la panggil awak Aloyah lagi, langsung tak special. Tak ada makna.’
‘Dah tu, awak nak panggil saya apa?’
‘Mmmmm, Nur.’
‘Nur?’
‘Ha ah.. Nur, Cahaya yang akan menerangi hidup kita selamanya....’

 [TAMAT]

6.36 ptg, 23 Disember 2012