Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 1435H / 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nampaknya Ramadhan semakin meninggalkan kita, dan sudah tentunya Syawal pula yang akan menjelma. Sayunya rasa hati, moga2 selepas ini segala kebaikan dan perubahan yang berlaku semasa Ramadhan akan terus dikekalkan. Saya berdoa agar segala amalan baik ini dapat diistiqamahkan sebaiknya.

Bercerita tentang hari raya, saya mendoakan kepada semua agar segalanya baik2 sahaja. Nak balik kampung ni, berhati2lah di jalan raya. Bukan kata pada semua malah  untuk diri sendiri juga. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Dikesempatan ini, saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika ada terkasar tulisan yang mengguris hati dan perasaan semua pembaca CTS. Mana2 n3 yang dikomen, jika saya tidak membalasnya atau tidak membuat kunjungan semula, harap maafkan kekurangan saya itu. Sesungguhnya kadang2 masa sangat mencemburui saya untuk berlama2 di laman maya.Bersempena cuti raya ni juga, CTS akan bercuti seketika, tengoklah berapa hari sebab balik nanti pun tak bawak lappy. Jangan rindu2 pulak ya!

Pada teman2 yang ada di Kelantan, jemputlah ke rumah jika berkesempatan. Mudah sahaja, kampung saya di laluan Jalan Pasir Puteh - Machang. Silalah datang...

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin

Oppssstt : GA CTS masih berjalan, jangan segan2 nak join ya!

Monday, July 21, 2014

Udang Goreng Buttter

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya dah lama sangat nak cuba butter prawn (BP) ni. Tapi yang membantutkannya apabila tak jumpa udang yang bersaiz sesuai. Kat sini biasa beli di pasar malam je, jadi kalau dapat yang saiznya sebesar kelingking memang tak puas la nak makan. Baru2 ni ada la jumpa udang yang bersaiz agak besar, pastu harganya pun besar jugak la RM30 sekilo, tapi beli jugak setengah kilo sebab dah terbayang2 nak buat BP bila tengok udangnya tu... Masa ni dah tak ingat pantang larang penyakit asmara, kalau kata tergatal pepandai la cari ubat lepas tu yerk...

Google resepi, terus je ambil resepi pertama dari carian iaitu yang dikongsikan oleh Kak Azie. Bawa telefon ke dapur, terus je sedia bahan2. Teruja la katakan...

Daripada setengah kilo udang tu, saya buat separuh. Ada la kot dalam 12 ke 13 ekor. Terlebih dulu saya buang dia punya kulit belakang dan kotoran di dalamnya.

Baca seimbas lalu resepi, saya pun buatlah, kali i ikut 100% sebab udang yang saya guna pun lebih kurang sama banyak dengan Kak Azie. Cuma bila buat sarang telur tu, terlepas pandang pulak kena campur minyak dengan butter. Saya ni hanya goreng dalam minyak saja, jadi tak berasa sangat la butternya. Aiseyhmannn, nak kena cuba lagi la lepas ni. Rupa2nya bila goreng telur tu minyaknya jadi membuak2 eh, memang kena kacau tak henti sehinggalah telur tu masak. Mmmmm baru tahu!


Pastu bila nak masak udang pulak baru la perasan resepinya menggunakan susu cair. Aduhhh, memang tak ada stok la di rumah, jadi saya bancuhkan susu tepung dengan air. Mmmm lari sikit rasanya tapi masih boleh diterima. Oleh sebab saya buat ni untuk berbuka, memang tak dapat nak rasa la masa masak tu, jadi untuk memperasakannya memang kena agak2lah ikut kepakaran. Ewahhhh... dan bila makan waktu berbuka tu Alhamdulillah rasanya agak sedap tetapi seperti yang saya bagitahu tadi memang tak berapa ber'butter' gitu. In Sha Allah will try again next time.


TQ Kak Azie atas resepinya.



UDANG GORENG BUTTER / BUTTERED PRAWN 
Oleh : Azie Kitchen
 

Sarang Telur :
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
 

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

Udang :
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
 

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Sunday, July 20, 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalunya kalau puasa memang saya jarang masak kuih muih atau benda2 manis ni. Bukannya tak makan tapi takut tak habis makan. Bila berbuka minum air, makan kurma dan terus makan nasi. Tapi baru2 ni rasa sangat nak makan puding gula hangus. Masa miting di PD, ambil jugak puding tu tapi rasanya tak kick sebab ada dicampur dengan limau. Jadi godek2 resepi saja nak try puding karamel yang tak guna telur sebab sebelum ni memang tak pernah buat lagi. Nak makan punya pasal, saya buat 1/4 daripada resepi ni. Tapi itu pun tak habis jugak...

Yang kelakarnya bila buat ni, dah masak semua bahan saya masuklah dalam pengukus, konon nak kukus la bagi beku. Dah dua tiga minit baru teringat adunan ni ada agar-agar, laaaaaa acaner nak beku kan? Haruslah saya keluarkan semula dan biar aje sejuk di suhu bilik. Bila ingat2 semula rasa nak sekeh kepala sendiri.


Rupa2nya puding karamel yang tak menggunakan telur pun tak kurang sedapnya tapi tahu sajalah bila gunakan serbuk agar2 ni tak berapa nak lembut macam yang guna telur. Yang ni lebih macam agar2 la sikit. Apapun tak ngapalah, semua dah selamat di makan. Nanti saya cuba pulak puding karamel menggunakan serbuk dari Oman tu. TQ Kak Yati.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber : Kak Yati

Bahannya :-
3 sudu besar gula pasir (gula hangus)
1 Peket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (400ml)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin koktail buah-buahan

Caranya :-
Taburkan gula pasir didalam loyang kemudian, masakan sehingga keperangan, kemudian goyangkan loyang tu supaya gula hangus tu sekata disekeliling loyang. Ketepikan
Kemudian dalam bekas lain susu cair, tepung kastard dan esen dikaucau sehingga tidak berketul.
Lepas tu satukan dalam periuk agar-agar, air, susu pekat manis, gula.
Kacau sehingga bahan-bahan masak mendidih, kemudian tuangkan kedalam loyang gula hangus.
Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
Bila hendak dimakan, hidangkan bersama koktail buah-buah tadi.

Friday, July 18, 2014

Dugaan Ramadhan...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Tak tahu mana nak mula. Tak tahu bagaimana nak tulis. Umumnya semua sudah tahu tentang nahas MH17 yang berlaku awal pagi tadi. Saya menerima sms pukul 1.45 pagi, tengah mamai tidur jadi saya abaikan sahaja sms berkenaan. Bangun bersahur tu saya terus online dan tengok di Awani, nampaknya memang betullah tentang sms yang diterima, yang mana telah disahkan bahawa kapal terbang milik negara MAS telahpun terhempas. Saya tidak dapat memutuskan apa sebabnya dan sangat sukar untuk dihuraikan .

Berita itu sudah tentu menuntun air mata saya tambahan pula bila melihat pasport merah yang mana pemiliknya merupakan saudara segenara kita. Allahuakbar.... Allah Maha Besar.... segala yang berlaku ini adalah rahsiaNya. Siapalah kita yang mahu menentang segala perancanganNya..

Al Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam. Buat keluarga yang terlibat... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga anda semua redho dan menerima ujian Allah ini dengan berlapang dada. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Bila mengenangkan segala musibah ini... marilah kita bersama2 berlapang dada dan berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dengan segala suruhannya.

Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar....

Thursday, July 17, 2014

Asam Pedas Ikan Talapia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Menu ni... saya buat untuk iftar bila ya... tak ingat dah. Ikan talapia ni beli di Temerloh, kirim pada suami Cheq Da tapi dibaginya free aje. Tima kasih *_*... Biasanya kalau ikan dari Temerloh, memang tak rasa hanyir. Kira banyak sikit menu boleh buat. Sebelum masak menu ni, dah dua tiga hari jugak dok terfikir nak makan benda masam-masam. Tu yang terus jadi asam pedas ala sendiri2 ni. Versi saya ni memang jauh lagi la dari versi Melaka atau Johor... al maklumlah versi suka hati aje!!


Ikan talapia ni saiznya boleh tahan besar la jugak, jadi saya hanya buat separuh bahagian kepala. Macam biasalah kan, makan untuk seorang. Dah namanya pun buat dalam bulan puasa, main agak2 sajalah, yang penting yakin, tau2 bila makan rasanya eh sedap jugak!

Kebetulan ada bendi, jadi saya masukkan sekali. Kalau tengokkan kuahnya memang tak berapa pekat. Saya tak berapa suka yang pekat2 ni sebab terasa lebih bumbunya tu. Pastu yang saya buat ni opkos la tak pedas... Pastu lagi satu, biasa kalau saya buat dalam kuantiti sikit ni saya lebih suka nak campakkan semua sekaligus, lagi la senang.

Resepi ringkasnya ada saya tuliskan semula di bawah ni ya....



ASAM PEDAS IKAN TALAPIA
Resepi : Cheq Sue

Ikan talapia - bersihkan
Bawang merah + cili kering + halia : blend halus
Daun kesum
Bunga Kantan
Asam keping
Limau nipis - perah sedikit jusnya
Belacan
Bendi
Tomato
Gula dan garam
Air
Sedikit minyak

Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend halus bersama daun kesum dan bunga kantan
Setelah agak garing, masukkan semua bahan lain, masak hingga mendidih

Wednesday, July 16, 2014

Pemberian Istimewa Dari Oman ^_^

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lamanya tak update blog. Aduhai... entah ke mana perginya semangat nak menulis. Bukan kata tak cuba tapi sebaris ayat pun tak tertulis. Kadang2 tu bila on lappy, sat kendian terus je off semula. Tak tahulah, banyak sangat perkara kat kepala ni, bila fikir tak terjawab, tu yang tak ada mood nak ngadap lappy. Maaf ya kawan2... tak sempat pun nak BW. Buat pengunjung yang datang ke CTS pun, terima kasih banyak-banyak. Semoga anda mendapat manfaat dari apa yang telah saya kongsi.

Jadi setelah 3 hari, saya upkan satu n3 lah hari ni. Yang gembira, yang membuatkan saya tersenyum suka. Pertamanya terima kasih kepada blogger Mala yang sudi mengirimkan ole-ole dari Oman. Tak pasti pulak Mala ni balik bercuti ataupun balik terus ke Malaysia. Asalnya dulu Mala ada tanya, kalau nak FM dari Oman bolehlah bagi alamat pada beliau. Tak sangka pulak ada benda lain lagi yang dibaginya.


Balik dari mesyuarat di PD, kawan datang bawa kotak kecil, di belakangnya tertulis KURMA. Ewahhhh, kata diorang kurma pun nak beli online. He he he. Kemain excited nak buka bungkusan tu, sekali keluarlah memenda seperti di atas tu. Muscat Duty Free... plastik ni pun kena simpan ni...


Inilah stuff yang didatangkan khas dari sana. Ada kurma, serbuk puding karamel dan jugak tomato paste. Haaaaa amik kau, semuanya dalam bahasa Arab. Pasni nak kena godek blog Mala la pulak nak buat benda2 ni.


Alhamdulillah... ada rezeki jugak nak rasa kurma dari Oman, kurma ori kata kekanda rumah saya. Rasanya agak berkrim dan lembut. Memang manis sangat. Bijinya pun kecil saja. Boleh la kongsi dengan kengkawan. Pastu simpan sikit nak bagi mek dengan cek rasa.


Bahagian belakang. Best Omani Dates. Bila tengok gambar kurma tu teringat kurma di Kota Bharu. Katanya minggu depan nak bagi-bagikan. Harap2 ada rezeki nak rasa.


Ini yang paling saya suka. Yang paling ditunggu2. FM okeh... tambah lagi satu koleksi. Comey je. Bila dapat ni makin semangat rasanya nak beli peti sejuk. He he he...

Buat Mala, terima kasih banyak2... moga Mala sekeluarga berbahagia selalu. Dan juga semoga hubungan Maya kita ini akan berterusan.... 


Saturday, July 12, 2014

Projek Biskut Raya 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kat sidebar tu dah banyak dah blogger yang tayang2 biskut raya.  Maklumlah kan, di penghujung Ramadhan nanti jika ada rezeki berjumpa dengan Syawal pula, jadi banyaklah persiapan yang perlu di lakukan.  Buat biskut raya tu dah pastilah ada dalam senarai ye dak? Saya pun gitulah, tapi belum mula lagi. Mood tak berapa nak ada, sekarang nak setelkan urusan jahit menjahit dulu.

Setiap tahun saya memang buat sendiri biskut raya. Yang beli pun ada la jugak sejenis dua. Biasa kalau saya beli macam biskut makmur sebab tak tahu nak buat, pastu memang suka dengan biskut yang akak jual tu. Kendian jajan2 macam kerepek atau rempeyek tu memang saya beli la sebungkus dua, kalau tak buat untuk raya pun boleh makan2 lepas berbuka.

Di sini saya suka nak kongsikan macam mana saya managekan projek biskut raya setiap tahun.


Biasanya saya akan print dulu mana2 resepi yang saya nak cuba. Sekarang ni mudah, godek je Google dan berderet resepi akan keluar. Selain resepi baru, ada dua resepi lama yang akan saya buat jugak. Untungnya bila buat sendiri ni, memang akan dapat lebih banyak. Boleh la kalau nak bagi ke saudara ke, mertua ke menantu ke... Macam saya ni selalu mek yang akan bahagi pada orang tu, pada orang ni.

Macam resepi almond london yang biasa saya dok buat tu, memang dapat banyak. Kalau beli sebekas tu dalam RM25 (atau lebih) tapi bila buat sendiri ni dapat 3 kali ganda, untung kan...Tapi bergantung jugaklah, kalau yang bizi tu memang tak berkesempatan nak buat, better beli aje.



Bila saya dah ada resepi apa yang saya mahu cuba, saya akan senaraikan bahan2nya satu persatu. Bila buat macam ni senang la nanti nak bajet untuk beli bahan2...



Okeh, dah dapat bahan apa yang nak digunakan, saya senaraikan pula berapa agak2 jumlahnya. Ini untuk memastikan saya tak beli bahan tu berlebihan, maksudnya tak la membazir pulak nanti. Pastu saya check pulak bahan2 yang dah ada di rumah. Kalau kata tak cukup, saya akan tambah la.



Dan diakhirnya inilah bahan2 yang akan saya beli untuk projek biskut raya tahun ni. Biasa bajetnya dalam RM100 - RM150 la bahan2 ni. Sekarang tak tahulah dengan segala mak nenek yang dah nai harga ni. Persoalannya, bila nak beli, bila nak buat tu tak tahulah lagi, kena seru semangat rajin dulu untuk datang.

Anda? Bagaimana...

Friday, July 11, 2014

Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini juadah pertama yang saya masak untuk berbuka. Sadis kan, dah berapa hari puasa ni, banyaknya makan di luar berbanding masak di rumah. Kalau masak pun, bila ada lebihan bawa pula ke hari seterusnya, jadi memang agak kurang la sikit kerja2 masak memasak ni. Yang lelain tu kalau masak pun hanya menu biasa2 saja.

Alkisahnya masa balik kampung awal puasa baru ni, saya bawa la sikit pucuk ubi, dari 10 pokok macam tu je. Masa mesyuarat di Ipoh, ada sekali tu disediakan masak lemak tempoyak pucuk ubi, aiiii memang maveless sangatlah. Saya pulak sebelum ni tak pernah makan, bila dah pekena sekali tu baru tahu...
 

Bila balik ke CH, Ramadhan pertama tu saya cuba la masak ni dengan berpandukan resepi Kak Nenie. Saya memang takdok idea nak masak ni sendiri. Selalu pun kalau masak patin tempoyak rasa sedap tak sedap, tu yang saya Google bila nak masak ni. Bahannya tak banyak dan cara menyediakannya pula sangat ringkas. Tapi yang pastinya saya masak dengan ubahan sikitlah berdasarkan bahan2 yang saya ada.

Alhamdulillah walaupun masak dalam bulan puasa, takleh try takleh rasa, kejadiannya agak sedap juga di tekak saya. Err, bagi yang tak tahan pedas kurangkanlah sikit bilangan cilinya. Saya hanya guna sebijik ajer... he he he...

Korang nanti kalau ada stok tempoyak dengan pucuk ubi, apa kata try menu ni nanti...


MASAK LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI
RESEPI : Kak Nennie

BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja saya rebus dulu hingga mendidih dan perahkan airnya
2 sudu besar tempoyak-boleh tambah
1 keping asam keping-saiz sedang-sedang ya
3-4 cawan santan pekat - boleh tambah ya saya guna santan kotak je
Segenggam ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2-3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur .

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula tetapi sebaik-baiknya guna la tempoyak fresh home made baru la sedap menu ni..

Wednesday, July 9, 2014

FIFA World Cup 2014 : Go German Go!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seriously... saya tak layan menda2 bola sepak ni. Kalau tanya saya memang blur la nak jawab. Tapi sempena Piala Dunia ni jenguk la jugak sesikit. Bintang2 negara yang menyertai tu pun saya tak kenal, sorang dua macam Neymar, Messi atau Ronaldo tu tahu la... *_*

Pagi tadi, masa bangun nak bersahur, layan la jugak perlawanan antara Jerman dengan Brazil. Saya memang penyokog Jerman walaupun saya tak tahu apa2 pasal pasukan tu. Standard la kan, kata kawan saya, perempuan kaki bangku apa tahu... Saya sokong Jerman ni bukanlah sebab pasukan tu menang 7-1, tapi sejak jaman Jurgen Klinsmann lagi erkkk.

Mula2 tengok tu, ingatkan masih 0-0 rupanya dah 0-1. Haruslah saya menjerit kesukaan. Kalau tahun lepas Jerman bungkus awal, kali ni tak menyangka la pulak boleh sampai ke final.

Yang paling tak menahan, dalam 6 minit boleh dapat 4 gol, acaner tu peminat Brazil?

Pasni kena tengok pulak antara Argentina dengan Belanda. Siapa yang akan jumpa Jerman nanti.

Haaaa.... sekadar perkongsian nak keluarkan satu n3...

Tuesday, July 8, 2014

Selesa Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Sekali lagi attend meeting di PD, kali ni bersebelahan dengan Regency yang pernah dihadiri dulu. Merasa la bersahur dan berbuka di hotel yang pastinya tidak sama dengan bersahur atau berbuka di rumah. Tak apalah, demi kerja yang nak kena siapkan. Jadi maaflah jika tak ada n3 atau n3nya tenggelam timbul, maklumlah bizi the bodi kan. Terima kasih pada yang sudi bertandang ke CTS... sayang korang ketat-ketat.

Akan berada di sini dari semalam 7 Julai hingga 10 Julai, selepas itu baru leh cerita tentang hal-hal puasa yang seterusnya. 

Salam sayang.... ^_^

Sunday, July 6, 2014

N'dee Fried Chicken, UITM Machang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 JJCM sebelum puasa semasa balik kampung. Biasanya masa balik hari Jumaat, kalau tak makan di Gua Musang, saya akan singgah di Dataran Peladang Kuala Krai. Tapi hari tu nak try satu restoran baru dekat traffic light tapi tutup pulak. Bila dah terlepas payah pulak nak jumpa kedai makan sebab banyak yang tutup pada hari Jumaat. Oleh sebab perut dah keroncong sangat, maka singgah jugaklah di satu kedai makan selepas traffic light UiTM Machang, padahal dah dekat sangat nak sampai ke rumah. He he he...


Kedai ni simple aje, tapi menarik. Open air gitu. Agak airy sikitlah sebab kedudukannya dekat jalan besar. Tempat ni memang tumpuan bebudak UiTM.


Mata melilau dulu di sekitar kedai. Baru je saya duduk, ada dua group bebudak UiTM masuk. Pelaris la katakan... alahai...

T

Saya tetiba je lupa apa kebenda kita panggil ni... Kentang apa ek??? Nasib baik beli dua, saiznya kecik2 nau.


Jus durian belanda. Dok bayangkan datangnya yang warna2 putih gitu, yang diblend dengan ais tapi ghupe2nya macam air manis direndam dengan daun durian belanda. Huk alohhhh, very the spoiled lah.


Nasi goreng pattaya. Kata tuan yang makan rasanya tawar.


Nasi goreng daging merah. Agak sedap jugak walaupun tak berapa banyak. Nasi gorengnya tidak sama denga nasi goreng pattaya tu. Kan ada sesetengah tempat nasi gorengnya sama je, yang ni kira ok lah


Chicken chop. Harga tak sampai RM10. Agak sedap jugak walaupun gravynya agak masin. Sos pun boleh tahan. Saiz pun mengenyangkan.

Kalau agak2 nak try bebuka diluar dengan menu western cuba la singgah di sini.

Order :

Nasi goreng pattaya 2, teh O ais 2, horlick panas 1, jus durian belanda 1, nasi goreng daging merah 1, kentang 2, chicken chop 1 = RM34.00