Thursday, June 6, 2013

Banda Acheh Day 2 : Pulau Weh (Pulau Sabang)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Acara pada hari kedua adalah perjalanan ke Pulau Weh atau Pulau Sabang. Sejak di Malaysia lagi Kak Nor (rakan saya tu...) dah rancang nak ke Sabang untuk melihat matahari naik / terbenam. Bila dah sampai di Acheh, dengan masa yang padat dan aktiviti yang penuh, trip ke Sabang dah jadi on dan off. Mula2 tak jadi pergi, tapi last2 jadi jugak. Memandangkan kami dah alang2 sampai ke Acheh, jadi Sabang menjadi destinasi seterusnya untuk di kunjungi.


Daripada Lamdingin, kami bertolak Pelabuhan Ulee Lheue (sebutannya Uley Ley) untuk ke Pulau Sabang pada jam 9.30 dan sampai lebih kurang 10.45 dengan menaiki kapal cepat (kapal ekspres [tetibe je saya blur camana nak eja, kalau tak betul halal la ya...]). Tambangnya sebanyak Rp120,000. Rasanya lebih kurang naik feri ke Langkawi aje. Tak sempat nak tengok panorama, badan dah letih, naik je terus tidur bila sedar dah sampai di Pelabuhan Sabang.


Di pelabuhan, saya suka dengan persekitarannya yang bersih dan penuh dengan maklumat. Di sana ada dipaparkan peta Pulau Sabang dan apa speciality di sana. Jadi para pengunjung tak perlu tercari2 apa yang mereka mahukan. Keadaan lautnya juga bersih, tak ada sampah seperti di laut kita. Serius!


Antara yang sempat saya rakamkan. Beberapa kapal menunggu untuk belayar. Di dalam bot ada juga para penjual yang naik sementara menanti bot bergerak. Macam keretapi kita la, kan ada makcik yang naik jual telur puyuh atau kekacang dalam tu. Ingat tak? Jadi dalam gambar atas tu adalah buah salak Sabang yang sempat dibeli. Sekilo dalam Rp10,000. Rasanya manis2 kelas, macam salak yang dibuat jeruk.


Pekan Sabang agak sibuk jugak. Ada banyak kereta dan motorsikal penduduk. Ada juga becak dan labi-labi. Di sini kami berhenti sekejap untuk makan tengah hari dan membeli beberapa keperluan.  Ada juga orang jual air cendol kat sana ^^


Semasa di sini, kami awal2 sudah dipesan supaya membuat penawaran semasa membeli. Sekiranya penjual mendapati kita orang asing, mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi. Begitulah yang berlaku semasa membeli buah di dalam gambar di atas. Mula2 dah dapat harga yang agak murah, tapi bila dia dengar je kami bercakap, terus harga jadi naik. Sampai si Bulek pun dah geram dengan budak penjual tu. Bulek? Nanti saya ceritakan siapa...


Kisah makanan jangan lupa. Sepanjang di Acheh, rombongan kami tak menyempat nak berJJCM atau makan di kedai kerana setiap hari waktu makan, ada sahaja rumah saudara Kak Nor yang mahu menjamu. Macam kita jugaklah. Kalau ada yang datang, semuanya pakat nak raikan. Tetapi pada hari kami di Sabang sempatlah menjamu selera di Rumah Makan Murah Raya. Di sana meghidangkan menu tradisional Indonesia yang dibawakan dalam pinggan kecil. Kalau kata tak mahu makan jangan usik sebab nanti mereka akan kira semuanya. Jadi, yang tak hendak tu awal2 kami dah tolak ke tepi. Saya tak pasti pulak apa ke nama menu yang dibawakan tetapi kelihatannya ada gulai ayam, udang, urap pucuk ubi, sambal dengan tempe, ikan kerapu goreng, udang celup tepung dan beberapa yang saya tak ingat. Harganya pun saya tak pasti sebab lupa nak catat. Yang kelakarnya di atas meja makan tersedia satu jag air kosong, saya ingatkan air masak untuk pelanggan rupa2nya air itu digunakan untuk membasuh tangan.... tertipu Tipah!


Di Sabang, perahu nelayannya cukup unik. Ianya ada dalam pelbagai warna dan saiznya agak besar. Saya andaikan perahu itu digunakan untuk perikanan makan sendiri sahaja. Di sana kami menginap di Pak Har Bungalow dengan kadar sewaan sebanyak Rp300,000 satu malam. Kira ok jugaklah sebab kami sewa 3 rumah yang mana satu rumah boleh muat 4 orang, jadi tak sampai pun Rp100,000. Walau bagai mana pun, ada juga rumah tumpangan atau chalet yang berharga dalam lingkungan Rp100,000 - Rp150,000 cuma kena pandai la cari. Rumahnya pun ok, selesa dan memuaskan. Siap ada aircond lagi. TV pulak memanjang siaran Indonesia. Pak Har tu bermaksud cikgu ya... yang mana tuan punya rumah sewaan kami ni merupakan kepala sekolah (guru besar) di sana.



Semasa di Sabang, tak banyak yang dapat dilakukan. Sebenarnya di sana tu sangat terkenal dengan aktiviti snorkeling kerana pantainya yang landai dan banyak karang yang cantik. Saya tak berkesempatan nak bersnorkeling, tak ada geng sebab semuanya dah penat. Melihat sahaja di gigi air, boleh nampak batu karang, gamat dan landak laut (di sana dipanggil bulu babi). Untuk yang berminat, peralatan snorkeling boleh disewa dengan kadar Rp 40,000 satu set manakala jika disewa satu atau dua dicas sebanyak Rp15,000 per item. Untuk sewa bot ke Pulau Rubiah (hantar dan ambil) bayaran satu bot sebanyak Rp150,000 manakala untuk aktiviti pusing pulak dikenakan bayaran sebanyak Rp300,000.

Hala baliknya kami menaiki kapal lambat @ kapal ferry. Kata pemunya Pak Har Bungalow, kalau datang dengan kapal cepat, baliknya harus dengan kapal lambat supaya dapat merasai pengalaman keduanya. Untung2 dapat lihatin ikan lumba-lumba. *_* Iyalah pak har oii... masyuk jugak layan kapal lambat tu. Harga tiket hanya Rp80,000 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Dalam kapal ni tak sempat nak tidur, bising dan tak ada tempat duduk. Saya melepak je tepi pagar sambil ambil gambar. Dok tunggu dolfin tapi tak ada pulak yang tunjuk muka. Apapun, pengalaman di Sabang adalah sesuatu yang sangat berharga...

Note : Berkaitan dengan aktiviti di Sabang ni, ada dua lagi n3 yang akan saya susulkan kemudian. Ini adalah secara keseluruhannya sahaja.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

4 comments:

  1. terperinci betul info dari akak :)

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  3. Salam

    Nak tanya Chalet Pak Har ni memang depan depan dengan pantai ke? sebab tengok kat gambar yang awak upload nampak macam pantai nelayan je...

    kami cadang nak duduk casa nemo

    ReplyDelete
  4. Macamana nak contact pak har bangalow?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]