Sunday, September 27, 2026

Burnt Cheese Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali rasa jugak nak makan cheesecake. Bila dah gitu memang kena buat ya, sebab dia kana fikir benda yang samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aje selagi belum dapat. Saya pernah je buat kek ni, cuma kali ni gigih mencari resepi yang menggunakan sepenuhnya whipping cream sebab taknak membazir dan nak guna sekali habis. Akhirnya jumpa jugak dan teruslah saya buat


Nah! Herlok lawa kejadiannya dalam loyang 6 inci. Bahagian atas pulak taklah terlalu hangit, acah-acah saja. Cuma itulah agak nipis sikit bila dah masak. Rasa dia camana ya, gitu ajelah macam cheesecake yang kita dok makan-makan... cuma bunga kat atas tu usahlah dimakan, tu untuk hiasan semata-mata deh

Thursday, September 24, 2026

Cimory Dairy Land

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Entry terakhir trip Semarang pada 2016! 

Aduhhhhh....maaf ya dah berkurun berlalu baru selesai, kebetulan jumpa gambar-gambar dalam DSLR, saya share jugak untuk kenangan-kenangan kendian hari. Kadang-kadang bila scroll sendiri tempat tempat yang dah dilawati sebelum ni, memang akan senyum sendiri mengenang kembali kenangan yang entah bila akan kembali..


Cimory ni rupa rupanya bukan ada di sini sahaja, ada juga di tempat yang lain beserta dengan theme park. Kalau kat sini macam Farm Fresh la agaknya dengan menjual produk produk tenusu dan sampingannya. Kami masa ni dah nak balik jadi tak menyopping sangat sekadar beli makan minum di situ terus. Yang banyaknya ambil gambar sebab di situ banyak sudut menarik. Layankan aje ya

Tuesday, September 22, 2026

Gedung Lawang Sewu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Gedung Lawang Sewu merupakan sebuah bangunan bekas pejabat yang terletak dan Lawang Sewu tu sendiri maksudnya "Seribu Pintu". Ya....memang banyak sungguh pintunya tau. Namun, sekali tengok, nampak macam muzium, dan menjadi aset Keretapi Indonesia. Ehhh tak pandai jugaklah nak cerita, cuma masuk tu macam tengok-tengok.

Kalau sesiapa yang suka sejarah sesuai sangat masuk sini. Banyak yang dipamerkan berkaitan keretapi, dan ada juga disediakan tayangan beserta demo di dalamnya.


Nah...peta untuk tunjuk arah. Kawasan agak besar jugak, kalau tak kena gaya boleh sesat dalam bangunan ni.

Monday, September 21, 2026

Golden Sunrise Sikunir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Di sini merupakakn satu spot yang sangat baik untuk melihat panorama matahari terbit. Sebenarnya banyak juga tempat matahari terbit dan matahari terbenam di Indonesia kerana muka buminya yang berada di kebanyakan tempat tinggi. Saya sebernarnya masih belum move on dengan panorama matahari terbit di Punthuk Setumbu yang menjadi lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta. Gittewwww..


Kawasan matahari terbit ini terletak di Bukit Sekunir Dieng yang tingginya lebih kurang 2350 meter dari aras laut. Di sini memang menjadi tumpuan pelancong ya, semuanya nak menikmati keindahan bermulanya hari di awal pagi. Dan dah tentulah ada ongkos masuknya. Cuma sekarang ni tak pastilah macam mana dah infrastrukturnya di sana.


Kena mendaki sikit ya untuk ke puncak, jadi pakailah kasut yang sesuai. Masa saya pegi tu malam sebelumnya hujan, jadi jalan agak licin, kena lebih berhati-hati. Pakaian pulak pakailah yang sesuai sebab cuacanya sejuk.

Sunday, September 20, 2026

Eyna Mee Celup D'FAMA, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali rasa jugak malas nak masak, biasanya bila hujung minggu lah. Kalau masak ni menunya itu ajelah, sesekali bertukar selera melayankan nafsu makan. -_- Kedai ni antara yang menjadi pilihan saya. Lokasinya sebelum Econsave Pasir Puteh, bersebelahan dengan Pejabat FAMA dan gerai-gerai seliaan FAMA. Menu utamanya bukanlah semata-mata mee celup, ada banyak lagi yang boleh menggoncang selera. Antara kedai makan yang penuh bila tibanya waktu makan tengah hari. Ni dalam pukul 11 lebih, jadi tak la terlalu pack! Harganya pula tak ta terlalu mencekik jiwa, sedang sedang sepadan dengan kualiti makanan.


Gedebak papan tanda nampak jelas dari jalan besar. Ruangan kedainya besar cuma agak panas sebab kawasannya terbuka dan atapnya pula tanpa siling. Kalau matahari terik memang berpeluh-ppeluh walau ada deretan kipas besar disekelilingnya

Friday, September 18, 2026

Gunung Prau

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Tak terbayang weh nak daki gunung masa ikut trip ni...keje gila wehhh! Dah la bukan calang-calang tingginya, 2565 meter dari aras laut. Kita ni pulak spesies round mall, bukan kaki hiking. Apapun terima jugak cabaran ni. Oleh sebab kawasan di sini agak sejuk, tak berapa kepanasan sangatlah masa mendaki tu. Kami mulai mendaki waktu pagi dan sampai pada petangnya. Maklumlah kenderaan beratttt...


Jangan lupa lapor dulu ya..

Thursday, September 17, 2026

Sek Kita Corner, Lebuhraya Machang-Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya ni dah hampir 6 tahun balik kerja di Kelantan, tetapi sayang banyak tempat yang masih belum diexplore. Tambah-tambah kalau kedai makan, jangan tanya mana tempat yang sedap yang murah yang wajib kena kunjungi. Sama juga dengan kedai makan ni, alkisahnya jumpa masa pusing-pusing kampung. Nak makan dekat kedai lain tutup, tengok tengok kedai ni buka singgahlah. Rupa-rupanya kedai ni tersohor jugak di kalangan penunggang dan pembonceng motor kerana letaknya betul-betul di tepi Lebuhraya Machang - Terengganu.


Banyak jugak menu yang dijual. Yang tersohor pastinya mi celup dan roti canai. Yang lain-lain masakan panas boleh request

Thursday, September 10, 2026

Danau Dringo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masa pergi sini, jalan masih bertanah merah, mungkin sekarang ni dah berturap helok. Danau Dringo terhasil daripada tinggalan kawah gunung berapi. Ianya merupakan danau yang tertinggi di Jawa Tengah iaitu 2265 meter dari aras laut dan sering juga dikenali sebagai  Ranu Kumbolo-nya Dieng
 

Pemandu pelancong kami yang sangat sporting Dwimenjeng tukang bawa jalan. Maklumlah semuanya perempuan... Di sini jugaklah saya hampir-hampir hilang telefon bimbit, ingatkan dah jatuh kat mana-mana, rupa-rupanya tersorok dalam di celahan seat kereta. Dalam post ni tak banyak cerita sangatlah sebab dok renung tenung ke danau kolam itu ajelah

Monday, September 7, 2026

Kawah Candradimuka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kawah Candradimuka antara kawah aktif yang ada di kawasan Dataran Dieng. Seingat saya ia merupakan satu kawah yang berada di kawasan curam, tetapi mempunyai laluan tangga untuk melihat lebih dekat. Kawah ini sentiasa mengeluarkan asap putih tebal yang berbau seperti telur busuk. 


Laluan ke kawah ini boleh sampai dengan berkenderaan. Di kawasan ini juga ada aktiviti pertanian barangkali kerana tanah yang subur dan cuaca yang sesuai. Penempatan penduduk tak pasti pulak ada ke tidak sekitar sini sebab udara yang tak berapa nak bersih pada pendapat saya..

Sunday, September 6, 2026

Batu Ratapan Angin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menurut Wikipedia,  Batu Ratapan Angin ni mendapat nama dari kewujudan dua batu besar di sebuah puncak bukit. Di kawasan ini jugak ada kedengaran suara angin yang berhembus, sehingga kedengaran seperti suara yang sedang meratap. Tapi sepanjang saya dok situ tak ada la pulak berbunyi apa-apa, kalau kata ada bunyi takdenya saya nak bertenggek melepak di situ. Hahaha... Cumanya di situ memang terasa dingin, mungkin sebab kedudukannya di tempat yang tinggi. Serius cakap, tak boleh lama-lama di situ sebab gayat. 


Seingat saya tak nampak jambatan ni di mana. Saya melalui kebun tanaman sebelum bergerak melalui jalan curam. Nak ke tempat pandang tu tak la semudah ABC ye, kena acah-acah trekking sikit


Saturday, September 5, 2026

Kawah Sikidang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kawah Sikidang ni antara kawah aktif yang ada di Dieng. Dinamakan Sikidang  sempena mengambil bahasa Jawa "kidang" yang bermaksud melompat-lompat. Dalam kawasan ni terdapat satu kawah yang sentiasa mendidih dan mengeluarkan asap putih tebal dengan bau yang kurang menyenangkan. Gitulah kalau saya faham setelah Google pasal kawah ni. Nak cerita pun tak pandai berkait dengan dunia geologi ni. Saya ibarat bila orang bawa ke sini, kita layanlah apa yang ada..


Tengok ke suasananya macam padang jarak padang tekukur. Mungkin keadaan semulajadinya memang begitu. Selain group kami, ada ramai juga pelancong yang ke sini. Untuk melihat keajaiban ciptaan Tuhan barangkali..

Friday, September 4, 2026

Kedai Lina Mee Celup, Jeram Pasu, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kalau rasa malas nak  masak, berhenti ajelah kat kedai mana-mana, order dan terus boleh menjamu selera. Cuma, samada kena atau tak dengan selera.. Saya pun gitulah, cuma kadang-kadang malas nak menyinggah dengan budak kecik tu. Kadang-kadang kena singgah jugak sebab jenuh nak masak untuk 3 mulut di rumah.


Kedai ni letaknya di jalan Jeram Pasu - Padang Pak Amat, sebelum Sekolah Sains Pasir Puteh. Memang laluan saya pergi balik kerja. Kedai dia ni memang menjadi tumpuan, budak-budak sekolah memang sokmo berhenti makan sebelum balik rumah. Selain dari mi celup, banyak jugak menu lain yang ada, termasuklah nasi. Harga pun sederhana tak mahal tak murah