PAGES

Tuesday, May 24, 2011

Berhati-hati

Selamat malam...

Belek-belek album, terjumpa gambar ni...


Memang tak boleh lupa insiden yang berlaku
Walapun dah lepas, dah past tense tapi masih jelas di fikiran
Cheq sue ingat lagi, masa tu bulan disember
kelantan musim banjir, hujan renyai2
sebenarnya balik bercuti hujung tahun
tapi entah di mana silapnya
terlalu terluka + kecewa dengan seseorang
ambik keputusan balik CH walau cuti masih bersisa lebih kurang seminggu
turun dari rumah hujan mengiringi...
entahlah
agaknya memandu dalam keadaan marah...hot...panas...
ekon pun tak rasa
dari satu daerah ke satu daerah
sehinggalah sampai ke jalan gua musang - lojing
cheq sue akui
masa tu bawak kete memang laju...serius laju
tau hujan...
tau licin...
tapi kaki masih tekan minyak kuat-kuat
sampai satu selekoh
cheq sue masuk line bertentangan...senang nak konar...
tetapi
Allah dah tentukan
jalan licin + tayar botak + laju
kereta terbabas
berpusing ke sisi longkang
cheq sue sempat  istighfar
alhamdulillah tak panik
tekan brek dah tak makan
tayar pecah
nasib baik sempat pusing stering
dan akhirnya tersadai di tepi divider jalan satu lagi...
nasib baik terfikir nak tarik handbreak...
baru kereta berhenti
allahuakbar...
allahuakbar...
Allah masih sayangkan cheq sue...


No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]