PAGES

Wednesday, May 25, 2011

KUIH LAPIS PELANGI

Selamat pagi & assalamualaikum...
pagi ni cheq sue nak kongsi satu resepi yang dibuat malam tadi. Ingat nak tutup dah dapur masak-memasak ni, ye la nak balik kg dah kannn...  tapi bahan mentah dok ada lagi, sayang pulak kalau tak dihabiskan. Untuk resepi kuih lapis ni, dah selalu jugak cheq sue buat berpandukan resepi Kak Hanieliza, tapi kali ni cheq sue selongkar di my resepi pulak Resepi yang disumbangkan oleh Kak Wan (selongkar blog dia di sini - bessssss). Kak Wan tu memang la seorang pakar masakan. Banyak juadah yang disediakan semuanya nampak sedap2 belaka. 
Alkisahnya nak buat lapis pelangi...dapat jugak tujuh warna tapi yang geramnya letak 6 adunan je...
is is is...tidak ke very the careless cheq sue ni?
apapun xpelah...yang penting rasanya sedap, x lemak sangat...ngam2 je rasa. Jemput sarapan semua....










 
KUIH LAPIS PELANGI
Sumber : Kak Wan MyR

Bahan-bahan:

  • 240gm tepung beras
  • 120gm tepung gandum
  • 240gm gula
  • 200ml santan pekat
  • 1 liter air CS guna santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen rose tak masukkan
  • 1 sudu teh minyak jagung
  • perwarna, hijau, kuning, merah, pink, biru, ungu CS guna pink, oren, hijau, keladi, coklat dan biru

Cara-cara

  1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.
  2. Bahagikan aduanan kepada 7 bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.
  3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan di ikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
  4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 

10 comments:

  1. wow...rajinnya melapis...sedap kuih ni...sukaa...^^

    ReplyDelete
  2. make selai-selai dih... mmmmm sedap nyossss

    ReplyDelete
  3. Kak Izan : ni harapkan taruk je selapis2 tu 1 cawan...kalau buat nipis2 ada malas jugak :)

    ReplyDelete
  4. a'a.. make selai2.. pstu tinguk skeliling, kot2 ade org perhati. ahahabitcoi

    ReplyDelete
  5. Saya suka makan kuih lapis tapi malas beno nak membuatnya...

    ReplyDelete
  6. kokser kokdam : tu la istimewa makan kuih lapis ni... kuih lain xleh wak gitu

    ReplyDelete
  7. Hazila : :) saya lak kira ok je buat kuih ni...adun pun senang, bila kukus tinggal je, cukup tima masuk lagi.

    ReplyDelete
  8. cantik sungguh kuih lapis ni....

    ReplyDelete
  9. cantik & sedap tentunya.... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]