PAGES

Thursday, May 12, 2011

Makan malam

Alhamdulillah...selesai sudah CS bersantap hidangan malam ini... nasi minyak, acar ikan dan acar buah cukup membuka selera. Nasi minyak tu masak campak2 je...dah tahu bahan asas, buat lah ikut kesesuaian. selalu nasi minyak ni dilawan dengan ayam masak merah @ dalca sayur @ acar-acar... tapi dokek dapo tu banyak barang yang xde...so guna je la ikan sebab nak ngabeskan stok. kebetulan pulak minggu ni nak balik kg...kang jadi ikan kayu lam peti tu....
godek nye godek terjumpa resepi acar ikan kak long dan acar buah kak fida. ye la...jeruk aritu ada lagi tak berusik...kene la buat sesuatu... tu yang timbul idea nak buat nasi minyak. kalau makan ngan nasik gitu aje CS tak minat sgt... kena nasik istimewa baru best...
jom la tgk gambo...
Acar Ikan
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan bawal dibersihkan dan dikelar2 sikit
  • 2-3 sdm lada kisar *
  • 1 sdm ketumbar biji *
  • 1/2 sdt jintan halus *
  • 1/2" halia *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • 1/4 sdt biji sawi
  • 1/2 sdt halba
  • 2 sdm gula , 1 sdt garam
  • 2 sdm cuka (ada yg tk bleh kena cuka..gantikan ngan air asam )
  • 1/2 btg lobak merah potong memanjang
  • 1/2 btg timun potong memanjang
  • 1 biji lada merah & hijau potong memanjang
  • 10 biji bawang merah yg kecil2 (klau besar dipotong 2 )
  • 1 cwn air
Cara-cara
  1. lumurkan ikan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam lalu digoreng hingga kuning..ketepikan.
  2. kisar bahan2 bertanda * dan tumiskan..masukkan biji sawi dan halba..tumis hingga garing dan wangi.
  3. kemudian masukkan air, cuka , garam dan gula..masak hingga mendidih.
  4. setelah itu masukkan lobak, bawang kecil, lada merah dan hijau..masak sebentar...
  5. kemudian masukkan ikan dan timun..kacau sebentar..cukupkan rasa gula dan garam nye..boleh lah diangkat..
 rasa macam pekat je kuah acar ni...lebih gula kot...

Acar Buah™
Bahan-bahan
  • 1/2 ltr. minyak masak
  • 1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
  • 300 g bawang putih* - dihiris
  • 300 g halia *- dihiris sprti btg mancis
  • 1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
  • segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam
  • 3 sb garam
  • 1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
  • 1 cwn kerisik
  • 6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.
  2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu.
  3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.
  5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati.
  6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.
tengok tu....tergoda sungguh...



2 comments:

  1. teringinnyo nk make acar buoh! cheqsue, pos ke sabah 1 bekas. nuni make ratah jah skalo..sedaknyo!! berair mulut doh ni

    ReplyDelete
  2. brehi nyo dio....kito x brehi balah mano goni... tunggu la deh tido male ni sapa la dale mimpi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]