PAGES

Thursday, May 26, 2011

Pizza Sosej Simple


Serius beb...SEDAPPPP.............
Alhamdulillah... selepas sejam, siap lah sudah pizza sosej yang cheq sue buat semata-mata nk ngabeskan mayonis dan sosej..  Boleh jugak dibekal ke sekolah esok. Cheq sue sebenarnya dah biasa jugak buat pizza, terutama dengan menggunakan resepi dari MyResepi dan ada jugak menggunakan resepi kawan-kawan. Tapi semasa berBW awal-awal dulu, cheq sue ada melihat no knead dough pizza di blog Mokwonik. Fuhhh...tengok punya tengok, tak jadi la nak cuba.  Sebab? Malas nak menguli...untuk step pertama tu. InsyaAllah kalau ada hormon kerajinan yang lebih baru boleh cuba.
So cheq sue buat pizza biasa je lah... Jom kita tgk resepi yang telah cheq sue CnP dari rumah kak Ummi.. mintak ye

Udoh namenye nk ngabes stok...
PIZZA SOSEJ
Sumber doh : Kak Ummi

Bahan (Doh Pizza):-
  • 2 cawan tepung cheq sue guna tepung gandum aje
  • 1 sudu besar yis kering (mauripan) tak cukup, rupe2nye stok yis dah abes...
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar minyak zaitun  i guna minyak jagung
* untuk membuat doh ni, cheq sue campak semua bahan dalam food processor dan tekan suis aje... tak sampai lima minit dah jadik doh. kendian rehatkan selama 30 minit (sebenarnya nak cepat, nak baking kek pulak). bila dah siap rehat, cheq sue penyekkan pulak dalam loyang dan sedia untuk masukkan inti...

Bahan Inti:-
  • sosej ayam (3 batang) - potong2 je
  • bawang Bombay setengah bijik -  hiris halus
  • mayonis
  • sos cili & sos tomato
* untuk inti ni pulak cheq sue sapukan dulu sos tomato dan susunkan sosej yang telah dipotong, kendian tabur bawang yang dihiris, pastu tarukkan mayonis dan sos. Cheq sue rehatkan lagi selama 15 minit
* pastu bolehlah dibakar, menggunakan suhu 180 selama 30 min...

Mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...sedapnya makan panas-panas.. Jemputlah yer... dinner dah ni


4 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]