PAGES

Monday, May 16, 2011

Sekuntum mawar merah

Mmmmm...sekadar selingan. Pagi tadi dapat sekuntum dari kelab badminton sekolah. Siapa yang tak suka mawar merah ni... Merah sudah tentunya melambangkan cinta yang membara. Ewahhhh................. pikior cinta aje... Pada pandangan CS yang serba kekurangan ni merah itu melambangkan semangat yang tak pernah padam. Sentiasa ingin maju ke hadapan dan mencapai apa yang diimpikan. Simboliknya merah adalah satu tanda pada azam yang tinggi dan usaha yang sentiasa berterusan. Dalam apa jua keadaan si merah tidak gentar dengan segala dugaan mendatang... Ye ke? 
CS sebetulnya sangat menggemari sesuatu yang berwarna merah... Pada mata CS merah melambangkan kesegaran dan keceriaan.  Tetapi itulah...setiap orang punya persepsi berbeza... 
Adiossss.....

4 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]