PAGES

Saturday, June 25, 2011

Bingka Pisang


Selamat petang ya...
Aduhh...dah abes stok dua sikat pisang...mai pulak pisang dari sekolah. Huh jenuh nak memikir nak buat apa. Pisang ni namanya Kelat Jambi...sebab ada rasa2 kelat sikit. Cheq sue pun x tau la mana pisang ni dapat nama @ kat tempat lain nama apa...tanya tuan dia dia cakap gitu. Pisang ni kalau dah masak betul makan gitu pun sedap. Tapi cheq sue nak try buat lain plak. Bila search 'PISANG' di MyR banyaknye resepi yang boleh dicuba tetapi resepi Kak Fida ni jugak yang terberkenan di hatiku.... Cara nak buat pun mudah.
Adunan ni cheq sue bakar dalam acuan bunga pecah 8 (huuuuuu dah berzaman beli baru rasmi arini...). Alhamdulillah bingka yang dibuat ni menjadi je dan lembut pulak tu... Kalau sape yang nak mencuba tu buleh tengok resepi kat bawah tu ye...ataupun klik je kat MyR... Kak Fida, cheq sue kopipes sini lak ye...

BINGKA PISANG
Sumber : Kak Fida Sayang MyR

Bahan-bahan :
- 2 cawan pisang yang dilecek halus
- 1/2 cawan gula merah
- 2 biji telur
- 100 ml santan pekat
- sedikit garam
- sedikit esen vanilla/pisang
- 1 sb majerin/mentega
- 1-11/2 cawan tepung gandum - diayak
- 2 biji pisang-didadu ketika hendak dicampurkan ke dlm adunan

Cara membuatnya :
- Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,majerin dan esen dikacau rata (cheq sue masukkan dalam blender dan grrrrrrrrrrrrr kejap aje siap)
- Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati.
- Masukkan pisang dadu ke dlm adunan dan gaul sebati.
- Loyang/acuan disapu majerin dan dipanaskan sebentar dlm oven,keluarkan dan tuang adunan bingka dan bakar selama 30 min atau hingga garing permukaannya. (cheq sue bakar suhu 180' selama 40 min)
- Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

2 comments:

  1. tok dam nok beli acuan ni mase kelik ari tu...akhirnya... habih jugok al kisah pisangnya...hihih...

    ReplyDelete
  2. he he he... acuan ni beli konon2 nak buat kuih kemboja... @ kuih bakar... tapi dan ke bingka ni dulu
    nuni... jenuh nak ngabih pise nih :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]