PAGES

Monday, June 6, 2011

Bun Pandan Lembut Inti Kacang Merah

Salam sejahtera semua...
Tengah hari tadi cheq sue ada buat bubur kacang. haritu buat setengah kilo x puas makan la...kejap je abes. so kali ni cheq sue buat sekilo pulak. jadi, bila dah ada bubur ni, kena la lawan dengan roti. semenjak dua menjak boleh meroti sendiri ni dah rasa ralat nak beli kat kedai. dengan menggunakan resepi yang diperoleh dari rumah Che Mat Gebu, cheq sue ejas sikit berdasarkan bahan-bahan yang ada kat rumah. kuantiti bahan-bahan tu pulak xde nak tepat sgt, maklumlah main agak2 je...penimbang digital x bawak balik, jadi penimbang manual ni je la yang berfungsi...

 Adunan ni siket je, cuma guna loyang kecik, masa perap tu adunan x naik sgt, x cukup yis rasanya    

 Bila dah siap bakar, alhamdulillah bun ni lembut jugak. kira2 puashati lah walaupun x sama macam kat kedai punye...

BUN PANDAN LEMBUT INTI KACANG MERAH
Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 gram tepung roti (high protein flour)
70 gram gula halus
1/4 camca teh garam
6 gram instat yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 gram susu segar @ santan
1/2 camca teh pes pandan
80 gram water roux
30 gram mentega
Bijan
Inti kacang merah
Kelapa kering secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali kelapa kering, dalam breadmaker. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap. Cheq sue satukan semua bahan dan uli pakai tangan dekat2 20 minit pastu jemur (JEMUR ok....macam jemur kain tu....) untuk kasi dia naik
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagikan kepada 9 bahagian sama besar, kurang lebih 50 gram setiap satu. Bulat2kan dan masukkan inti kacang dan susun dalam tin yang telah disapu mentega
  3. Biar naik sekali ganda, kurang lebih 50 minit. Sapu permukaan doh dengan putih telur dan tabur dengan bijan kelapa kering rata. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 25 minit atau hingga kuning keemasan...Sejukkan sebelum dihidangkan...


    2 comments:

    1. - masa kekecik dulu kan...tgk sorang makcik ni buat roti...

      - AI rase pelik la...eh, roti buat sendiri?

      - hehe...ingatkan roti beli kat kedai je...

      ReplyDelete
    2. he he he... sekarang makcik buat sendirik aje....

      ReplyDelete

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]