PAGES

Friday, June 10, 2011

Buttercream Muffin

Assalamualaikum...
Eh eh eh... dah petang ni jom kita ngeteh pulak...
Dua hari lepas, cheq sue ada bancuh buttercream utk dijadikan aising tetapi keknya tak buat. yelah...asik mengekek je naik lemak badan ni haa.... bila dah dok simpan dalam peti, mek dah tanya bende ape... nak tak nak...kene ejas la buat ape2... kalau nak salut pada kek lambat lagi la jawabnya.... jadi, untuk mengelakkan pembaziran, dengan tawakkal je, cheq sue pun menggodek mane yang patut... tambah telur, susu segar, BP, SB, dan gandum, taruk dalam cup. untuk resepi ni tadi dapat dalam 80 bijik, mek siap packing bagi pada jian2... rezeki bersama..
alhamdulillah muffin tadi menjadi, naiknya elok, gebu dan sedang2 manis je. Cuma agak berminyak sebab buttercream yang dibuat tu adalah campuran mentega dan shortening...apapun sedap cicah dengan teh o.... Jom skodeng resepi main2 campak ni



BUTTERCREAM MUFFIN
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
2 cwn buttercream (campuran mentega + shortening + gula aising)
3 biji telur
1 cwn fresh cream
2 1/2 cwn gandum
BP dan SB

Cara-cara :
- masukkan telur ke dalam buttercream dan pukul sekata
- masukkan susu dan pukul lagi (cheq sue wisk je)
- kemudian tambahkan tepung gandum, BP dan SB yang diayak
- susun papercup dan masuk agak2 penuh
- tabur sedikit choklat chip
- bakar suhu 170 selama 25 min

4 comments:

  1. Salam,

    - wahhh...nak jadi jiran cheq sue la mcm ni...

    ReplyDelete
  2. He he he... jom... cheq sue punbila dah balik CH dah xde jiran...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah kak es...daripada membazir, dapat judak dimakan beramai2...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]