PAGES

Sunday, June 12, 2011

Donut Ball (Resepi II)

Perghhhh.... lawan dengan kopi secawan, agak2 siap menanda ke malam ni??? 
Donat ball tu x cun sangat, lebih tepung kot... tapi masyukk


Selamat malam semua...
Bila dah balik sarang sendiri ni...terase sesangat la sunyi sepinya... Sambil menengok tb, sambil berblog dan sambil terpaksa menanda kertas peperiksaan dua minggu lepas. Orang lain dah siap dah...kite baru nak tanda...Barang2 yang diangkut balik tadi buleh tahan banyak, tapi kiv dululah...kene setelkan paper ni dulu. Pun begitu, tetibe rasa nak makan donat. Aikkkkk tadi dah makan nasik + telur goreng, tak cukup ke? Eeeeeeeee....bukan tak cukup...rasa nak makan. Sementelah pulak cheq sue ada jumpa satu resepi donat yang menggunakan ovelett. Kalau sebelum ni guna ovelett utk buat apam je.. tapi bila Kak Dayang tayang donat tersebut aiiiiii terguda le pulak. Cara-cara membuat pun dah pernah buat sebelum ni. Kalau buat malam ni, dapat bekal ke sekolah esok...kan untung...cheq sue dapat makan, kengkawan pun dapat tumpang.... Kak Dayang, cheq sue kopipes ye resepi ni...

DONUT BALL (RESEPI II)
Sumber : Dapurku Sayang ~ Dayang Jack

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+) cheq sue guna air suam je
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

 isi dalamnya lembut, tak berminyak. tapi nampak ball ni terhangit siket, agaknya sebab cheq sue buat terbesar kot, jadik bahagian dalam x berapa masak, kene goreng lama sikit


ni la....nak kene siapkan cepat2.... terpaksa merajinkan diri... moh moh moh...



4 comments:

  1. assalamualaikum..
    cikgu sue.. ayu tergelak gitu part dok sibuk dgn paper students.. nie eks cikgu yang betul2 bercuti nie.. hehhehe.. gurau


    aduh!! jiwa kacau.. pandang donut resepi kak dayang.... buat perut ayu lapor... cikgu, pesen cikgu nie nampaknya samalah.. gebu.. sure lembut..

    ReplyDelete
  2. he he he.... baru namanya bercuti kak... ni baru dok buat...separuh pun tak siap lagi... tang donat tu, x berapa jadik lagi...tapi dah dimakan pun...sedap jugak

    ReplyDelete
  3. cepat2 habiskan tanda menanda..esok murid2 mesti pot pet tanya markah berapa..

    seyes lawak la che sue dgn donut tu... tapi dalamnya sangat menggebuss kan

    ReplyDelete
  4. Kak es...biasalah, masih dalam mood cuti lagi...asik nak makan je manjang.. kertas exam baru separuh jalan ditanda...atoiii.....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]