PAGES

Thursday, June 23, 2011

Kerapu Asam Daun Kari

Assalamualaikum....
Mmmmm dah dekat Maghrib ni nak apdate menu berbuka semalam lah. Bukan apa...semalam kan xleh nak aplod gambar...tu yang bawak ke hari ni. Walaupun dah abes tapi masih terbayang-bayang kemasyukan lauk ni... Sedap...kena dengan selera. Cheq sue suka la sgt menu2 yang simple ni. Maklumlah, makan seorang, bahan pun sikit...buat kejap je lah.. Kisahnya, ikan kerapu sekeping cukup tempohnya seminggu hari ini. Mula-mula fikir nak buat kari tapi malas nak memarut kelapa...so skodeng rumah kak Nor la pulak sebab dah pernah ternampak dia tayang ikan ni haritu.
Dengan rasa pedas2 masam...sesuai sgtlah ikan ni sebagai pembangkit selera. Kepada semua, cheq sue kopipes kat sini pulak ya....



KERAPU ASAM DAUN KARI
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan :
- 4 keping ikan tengiri cheq sue guna sekeping ikan kerapu je
- 1 labu bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- sedikit halia*
- 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
- 1 batang serai(ketuk)
- sedikit daun kari
- garam,perasa,air asam jawa
** untuk bahan2 yang lain tu cheq sue ejas mengikut kesesuai sebab ikan pun seslice je.... :)

Cara membuatnya :
- Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam. Biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]