PAGES

Wednesday, June 22, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 19


Iman menutup Quran yang baru selesai dibacanya. Ada ketenangan di jiwa. Dalam kehenigan malam itu dia sendirian. Tingkap biliknya dibuka. Terlihat di depannya keindahan bandaraya Pulau Mutiara yang penuh dengan warna warni. Tidak seindah hatinya. Cahayanya sudah hilang dengan pemergian Rezal.
Dibiarkan bayu malam menyapa wajah. Kedinginan membawa ingatannya pada arwah Rezal. Satu keluhan di lepaskan. Dan untuk ke sekian kalinya dia menangis lagi. Dia tidak upaya lagi untuk menipu diri sendiri. Sesungguhnya demi tuhan dia amat merindui arwah suaminya…
Biarlah hanya dia yang tahu…
*****

“Woi! Bangunlah. Dah sampai rumah aku ni.”
Sergahan Syam mengejutkan Firdaus dari tidur.
 Dah sampai? Rasanya baru je tadi aku tidur.
Dia menggeliat. Menghilangkan keletihan di badannya. Dilihat mak lang dan pak langnya berdiri di muka pintu.
Awat la dok dalam kereta lagi? Jom masuk dalam. Masuk Fir, hang jangan dok segan-segan. Mama hang apa habaq?”
“Mama sihat. Dia kirim salam pada mak lang dan pak lang. Dia tak dapat ikut sebab dia pi  Melaka.”
“Waalaikumussalam. Syam, bawak Fir ni masuk.”
Biaq la dia masuk sendiri. Bukannya budak lagi.”
“Mak lang dengan pak lang masuklah dulu. Saya nak ambik angin kat luar ni. Sat lagi saya masuk.”
“Ikut suka hati hang la Firdaus oi..”
Jam baru pukul 8.30 pagi. Agak lambat juga mereka sampai. Apa taknya, berjam-jam berhenti dekat R&R. Penat!
Lain rasanya pemandangan di situ. Maklumlah dah lama tak datang. Kali terakhir dia ke rumah pak lang dan mak langnya adalah selepas selesai SPM berapa tahun yang lalu. Dah banyak yang berubah. Cuma layanan mak lang dan pak lang tetap sama. Tetap first class! Hotel pun kalah.
 Firdaus mengalihkan pandangan bila mendengar pintu pagar rumah sebelah di buka. Agaknya dah nak pergi kerja la ni.
Fewittt...perempuan lah!
Dia terus memandang perempuan itu yang tidak menyedari segala pergerakannya diperhatikan. Pun begitu Firdaus terkejut besar bila mendapati bahawa perempuan itu seiras dengan Iman. Dia menggosok matanya. Bimbang jika tersilap pandang. Namun naluri hatinya tetap menyatakan bahawa itu adalah Iman, gadis yang amat dirinduinya, sepanjang masa!
 Dia terus memandang sehingga gadis itu masuk ke dalam kereta dan hilang dari pandangannya. Panjang lehernya melihat ke arah mana kereta itu pergi.
Takkanlah itu Iman?
Hatinya tidak keruan. Ini tak boleh jadi. Kena menyiasat dengan mak lang ni.
“Woi…apa hang dok menungkan tu. Jom la masuk pekena roti canai.”
Jeritan sepupunya menghilangkan segala yang bermain di fikiran.
Kurang asam si Syam ni. Suka hati dia je nak sergah aku. Kalau macam ni tak sempat kahwin. Asyik terkejut je. Lama-lama boleh mati terkejut ni…

Pagi minggu…
Iman bangun awal hari ni. Dia sudah berjanji dengan rakan serumahnya Dahlia untuk pergi ke kenduri perkahwinan sepupunya tidak jauh dari kawasan perumahan yang disewa mereka. Dia mengambil keputusan untuk membasuh kereta bagi mengisi masa yang terluang sementara menunggu untuk ke sana. Masih pagi benar. Hanya dia yang tidak betah bangun lambat. Kicau burung dan nyaman tiupan bayu pagi mendamaikan jiwanya.
Gadis itu tenang membuat kerjanya tanpa menyedari ada mata yang mengintainya dari balik tingkap bilik rumah sebelah. Tak lain tak bukan ialah Firdaus yang baru sampai semalam.
Dalam ketenangan Iman, Firdaus pula yang dilanda resah. Dari balik langsir biru laut dalam bilik yang didudukinya itu dia dapat melihat dengan jelas seraut wajah dihadapannya kini. Memang tak sah lagi wajah itu adalah milik Iman. Tahi lalat di hujung mata sebelah kiri menguatkan lagi andaiannya. Pun begitu dia masih tidak dapat mengesahkannya. Hari ini dia harap dapat bertanya dengan mak lang siapakah gadis misteri yang mengganggu mimpinya malam tadi.
Namun belum pun dia puas menatapi wajah itu perasaannya dilanda rasa kecewa kerana tiba-tiba gadis itu masuk ke rumahnya…
Ah…
Dia berlalu dari tepi tingkap. Hampir 10 minit dia berdiri di situ. Lenguh kakinya terasa. Hajatnya ingin turun ke dapur mencari mak lang untuk mengorek rahsia. Mana tahu mak lang menyembunyikan sesuatu. Sampai di dapur, dilihat mak lang sedang membancuh kopi. Aromanya semerbak.
“Selamat pagi mak lang. Buat sarapan?” Dia menyapa.
“Selamat pagi. Awai hang bangun. Tak lena tidoq ka?” Tangannya masih ligat mengacau gula dalam teko.
“Tak lah. Saya  ni tak biasa bangun lambat mak lang. Syam belum bangun lagi ka?”
“Syam? Kalau belum pukui 12 tengah hari hang jangan tanya. Memang dia tak bangun lagi.”
Belum bangun? Baguslah macam ni.
“Mak lang…saya ada hal nak tanya.”
“Hal apa pulak. Penting ka?” Mak lang memandangnya.
“Penting tu tak lah.” Malu pulak dia nak cakap…
Mak lang tersenyum memandangnya. Dia dapat mengagak apa yang cuba Firdaus katakan. Pun begitu dia hanya menunggu Firdaus menyuarakannya.
“Mak lang kenal tak sapa perempuan yang berjiran dengan mak lang ni?”
Emm…kan dah cakap! Memang itu yang diduganya…
“Perempuan mana pulak? Mak lang mana ada jiran perempuan.” Saja je dia mainkan Firdaus. Dia ingin menduga anak saudaranya.
Ish mak lang ni, main-main pulak…
“Yang sebelah kanan ni. Takkanlah mak lang tak tahu apa-apa pasal dia.”
“Mak lang memang tahu pasal dia. Awat yang hang ni nak tahu sangat?” Satu pertanyaan yang dia tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.
“Saya tengok dia tu macam kawan lama saya tapi tak pasti pulak.”
“Yang mana satu? Dekat rumah tu ada dua orang perempuan yang menyewa.”
“Ala, yang ada tahi lalat dekat mata tu.”
“Tahi lalat. Ooo…Iman.”
Iman?
Ada debaran di dadanya. Mungkinkah itu gadisnya.
“Apa lagi yang mak lang tahu?”
Mak lang merenung Firdaus dengan satu pandangan yang lain. Dia menarik nafas panjang sebelum bercerita…
Sebenaqnya Iman tu baru saja kematian suaminya dua bulan lepas akibat kemalangan di Kota Tinggi.”
MasyaAllah…
Tiada kata yang dapat digambarkan oleh Firdaus akibat terlalu terkejut.
 “Ketika tu mereka baru saja balik dari berbulan madu di Bali. Sedih betul mak lang dengaq ceritanya. Dalam usia yang begitu muda dia terpaksa menempuhi semua ni.”
Kenapa begitu berat sekali dugaan yang perlu kau hadapi Iman?
Firdaus menundukkan mukanya.
“Tapi Iman adalah seorang yang tabah dan kuat. Dia meneruskan hidup dengan satu semangat yang mak lang tak pernah nampak pada perempuan lain.”
Ada air mata yang mahu mengalir mendengar apa yang diceritakan oleh mak lang. Dia semacam tidak percaya dengan semua itu. Tapi jika semua itu tidak benar, takkanlah mak lang sanggup mereka-reka cerita?
Memandang kejauhan, fikirannya didatangi pelbagai persoalan yang tiada jawapan. Patutlah satu ketika dulu dia didatangi mimpi yang sama. Mimpi yang menunjukkan kematian Rezal. Rupa-rupanya itu adalah satu petunjuk kepada perkara yang berlaku sebenarnya.
Awat hang ni beremosi sangat?” Pening kepala mak lang melihat keadaan Firdaus. Apa hal pulak anak saudaranya ni tiba-tiba aje berubah laku. Wajahnya jelas menunjukkan satu riak kesedihan.
“Terima kasih atas cerita mak lang ni.”
Dia bangun dan segera berlalu dari ruang dapur.
Hang tak mau minum dulu ka?”
Mak lang dihujani perbagai persoalan… 


*** malam ni fail langsung nak aplod gambar masak2 tadi. So layan je lah Firdaus & Iman ni... Boleh tak sesape yang mengikut  novelog 2 ni tinggalkan komen kalau sudi. Teringin nak tengok ada tak yang ikuti citer ni... TQ (T____________T)



2 comments:

  1. - cheq sue...pepagi dah sebak ni bace citer iman ni...
    - moga cheq sue sentiasa punye idea utk sambung citer ni...i like!

    ReplyDelete
  2. pasni bermula episod bahagia pulak al... tunggu ya

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]