PAGES

Friday, June 24, 2011

Puding Keju


Assalamualaikum...
Salam Jumaat..
Hai...semenjak dua menjak ni tekak asik nak makan puding ajer. Asik dok teringat2 adunan yang lembik2 dan nyamannnnn.... Bila ternampak Kak Nor buat puding terus ke bookmark, ni, ingatkan Kak Nor guna cream cheese yang dok buat kek tu...rupa2nya guna cheese crakers je. So balik sekolah tadi terus pi kedai cari bahan-bahan. Cara nak buat pun senang aje... cheq sue ikut apa yang Kak Nor cadangkan. Tak sampai setengah jam dah siap... Sedap sesangat dimakan sejuk-sejuk... Aduhai sayang.. Kak Nor, cheq sue kopipes sini lak yer..senang nak tengok kendian
 

 Takde mould yang cantik2...acuan puteri ayu pun jadik...
 
PUDING KEJU
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
Cuci mata : AlongRoz

BAHAN2:
- 13g Serbuk Agar-Agar
- 1 liter Air
- 120g Gula cheq sue guna dalam 100 g je
- 3 biji Telur
- 120-150g Biskut Cheese - blend halus
- 1 sb Tepung Kastad
- 400ml Susu Cair
- 200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer cheq sue tak letak sebab xde stok
- 50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.Masukkan mentega sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)





4 comments:

  1. ada lagi kat umah ni...jom le nani...kite makan sesame...

    ReplyDelete
  2. - aduhai cheq sue...semlm baru je tiru cheq sue buat dadih...ari ni kuar puding keju lak...

    ReplyDelete
  3. kena tiru puding keju ni la pulak al...sedap tau rasanya... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]