PAGES

Monday, June 20, 2011

Puding Sagu Bersantan Gula Merah

Hai semua...
Di petang yang menginjak ke senja ni nampaknya sedang bersantai-santai dengan keluarga.. Agaknya apa menu minum petang kali ini? Cheq sue lihat ramai yang dah tayang juadah tea time yang menyelerakan. Jadi cheq sue pun nak tayang jugaklah satu resepi yang baru je siap di masak...sedang disejukkan dalam esbok. Mmmmmm tak tahu lah kena ke tak tajuk dengan puding yang dihasilkan ni....blur tak tahu nak dinamakan apa.. Cheq sue pasti ramai yang tahu buat puding ni. Alkisahnya dulu-dulu pernah nampak resepi ni di MyResepi dan sudah dilistkan untuk dicuba. Kira agak lama jugak memeram sebelum sampai seru membuatnya. Untuk kali ni cheq sue main agak2 ikut hati je... Mulut sendiri yang nak makan...sedap tak sedap belakang kira... Xleh nak try lagi camana rasanya...belum waktu katakan....

 Dapat la dua tiga bekas lagi... esok boleh sambung makan yer.... Kunun2 nak layer tapi x jadik lak ehh..

PUDING SAGU BERSANTAN GULA MERAH
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 1 peket kecil sagu (rendam semalaman)
- sedikit gula merah
- santan dari setengah biji kelapa
- sesudu tepung beras
- secubit garam

Cara-membuatnya :
- masukkan gura merah ke dalam bekas yang dikehendaki
- masukkan sagu yang telah ditapis dan sedikit air
- kukus sehingga sagu masak
- untuk pati santan, sebatikan santan dan tepung beras kemudian masak atas api kecil sehingga pekat
- bila sagu sudah masak, tuangkan pati santan ke atasnya....

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]