PAGES

Saturday, June 11, 2011

Roti Sosej Goreng


Dua tiga hari lepas, beli sepeket sosej ayam, konon2 nak memizza dengan anak2 buah. tapi deme dah balik lebih awal pulak. so cheq sue selongkar la myR (elok pulak x sangkot memane....) cari resepi yang mudah2 memandangkan handmaker yang nak membuat roti ni. tu yang terjumpa resepi yang disumbangkan oleh Mas80 (Mas Duniaku). tengok bahan2 pun ok je...siap boleh frozenkan...buleh bawak balik CH nanti (nan adonye...abes dulu kat umah)...Roti ni cheq sue buat semalam, ada lagi dua ketul buat sarapan.
Jom tengok resepi... mas, cheq sue kopipes ye...

 Adunan yang sedang direhatkan selama 45 minit. Gebu-gebu je nampaknya

dah siap goreng... pasni xde beli roti sosej dah la cheq sue

ROTI SOSEJ GORENG
Sumber : Mas80 MyR ~ Mas Duniaku

Bahan-bahan : 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cwn susu segar + 1/2 cawan air panas +secubit garam + secubit gula (dicampur semua dan jadi susu suam yg di letk gula dan garam) cheq sue guna susu cair je
  • 1 sudu yis kering
  • 10 btg sosej bahagi 2 (20 ketui)

Cara-cara

  1. gaul tepung gandum dan marjerin hingga sebati
  2. masukkan yis kering dan gaul lagi hingga sebati
  3. masukkan susu suam sedikit2 dan uli hingga adunan sebati dan lembut (susu suam tidak habis 1 cawan digunakan,akan ada baki suku) pastikan adunan tidak terlalu lembik cheq sue guna je semua dan tambah gandum lebih kurang 1/4 cwn
  4. #kalau ada mesin pengadun lebih baik,adunan akan lebih licin,gunakan mesin pengadun semasa hendak masukkan susu suam
  5. bahagikan adunan menjadi 20 dan buat bulat,
  6. sosej di belah potong 2,
  7. ambil 1 adunan yg di buat bulat tadi dan diuli memanjang
  8. lilitkan pd sosej dan biarkan adunan naik, lebih kurang 45 minit
  9. goreng dengan api sederhana hingga roti bertukar warna kekuningan

8 comments:

  1. sdak...!

    ado 1 lg care mudah..

    p kedai roti.. bli bnyak2.. balik, makan.. hahah

    ReplyDelete
  2. cikguu,, nak 2 ketul..lapoo ni,hehe

    ReplyDelete
  3. ostat : resepi tu meme mudah sesangat la... tapi seswai utk ore jantam hk x berapa renti buat... (*_*)

    ReplyDelete
  4. Kak izah : kalau nak akak kena mai kelantan sat2 ni jugak la... special 4 u...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    - cheq sue ni meme rajin benar...

    ReplyDelete
  6. kene merajinkan diri al...
    esok dah nak balik CH... kalo x xderk org nak makan le sosej tu...

    ReplyDelete
  7. salam kenal sue's...
    maceh sudi tinggalkan jejak...
    dapat juga mas jejak sue's kat sini lak....
    macam mana dengan roti sosej tu..
    sue's suka ke...
    nampak gebu jerk..
    lama dah mas tak buat roti sosej goreng tu...

    ReplyDelete
  8. Mas...resepi roti sosej ni memang maveless sesangat. nak buat pun senang, lembut je walaupun dah sejuk. insyaAllah nanti nak buat frozen pulak, senang nak bekal pi keje..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]