PAGES

Thursday, July 14, 2011

Kam Heong Chicken


Assalamualaikum & salam sejahtera

Buat apa kawan-kawan… Agak-agaknya semua dah selamat kembali ke rumah setelah seharian bekerja. Mesti sekarang tengah menjamu selera makan malam bersama keluarga tersayang. Cheq sue Alhamdulillah telah selesai makan malam berlaukkan Ayam Kam Heong. Ehhh…tak tahu la pulak apa maksudnya. Pagi tadi singgah di dapur akak cantik, Kak Diana Sky Blue… fuhhhh terberkenan betul dengan lauk ayamnya. Tambah2 dengan gambar yang menggoda-goda bagaikan memanggil-manggil cheq sue untuk mencuba. Tapi macam biasalah…bahan-bahan hanya untuk rujukan, semuanya dibuat dalam jumlah yang sedikit…udah masaknya pun seketui dua aje…
Bila dah buat barulah oleh tahu camana rasanya. Memang berlainan dari ayam masak biasa (goreng pedas / masak merah)… ayam Kam Cheong ni lagi lembut dan rempahnya lebih berperisa. Tak rugi dicuba...



KAM HEONG CHICKEN

Bahan-bahan :
-500 gm ayam  cheq sue guna dalam 3 ketul + leher
-4 tangkai cili padi hiasan semata
-2 tangkai cili merah xde stok  
-10 biji cili kering cheq sue guna dalam 2 bijik je 
-2 labu bawang besar (hiris)
-1 ulas bawang merah (hiris)
-4 ulas bawang putih (ketuk)
-5 helai daun kari
-Minyak

Bahan perap :
-1/2 tsp serbuk lada putih
-1/2 tsp serbuk lada hitam
-1/2 biji telur
-2 tsp minyak bijan
-1 tbsp tepung jagung
-1 tsp gula
-Garam secukup rasa
**cheq sue hanya gunakan garam + kunyit + serbuk pati ayam + tepung jagung untuk perap dan kemudian digoreng

Bahan A :
-2 sudu makan rempah kari
-2 sudu makan sos cili
-2 sudu makan sos tomato 2 sudu makan kicap
-1/2 sudu makan kicap cair Loon Kee cheq sue tak pernah jumpa lagi kicap ni… 
-2 sudu makan sos tiram
-Gula secukup rasa

Cara-cara :
-Gaulkan ayam bersama bhn²  perap dan biarkan selama 30 minit.
-Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ayam masak tapi jangan garing.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
-Di dalam periuk yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar cincang dan cili kering sehingga naik aromanya.
-Kemudian masukkan bhn² A dan daun kari... Gaul rata.. Biarkan sehingga ianya nampak pekat.
-Masukkan ayam goreng, cili merah , 1 biji bawang besar yang d hiris dan cili padi. Gaul sehingga ayam sebati bersama kuahnya.
-Angkat dan hidang dengan nasi putih.
**cheq sue guna kesemua bahan2 ni dengan kuantiti yang kecil

10 comments:

  1. Salam kak! alaaaaaaa kat sini pun ada ayam nii ya? ingat umah kak diana ajerrr hihihi.... malam2 ni buat apa kak? kita tgh ngumpul baju2 dah membukit nak di gogok hihhi..

    ReplyDelete
  2. @ijayuji
    Sementara ada stok ayam ni...boleh la cuba.. malam2 ni melepak ajelah kejenye... sat lagi nak menanak pulut... :)

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya nampak ayam ni.. wah berselera makan dengan nasi panas..:)

    ReplyDelete
  4. @Juwita Jamaludin
    Ita...memang sedap...tambah2 pulak bila lapar... :)

    ReplyDelete
  5. cheq sue, dia chinese style punya masakan ke ek? suka chinese punya mknn ni, cuma bnyk yg guna bhn2 yg tak tahu mana nk cari@halal. hehe..

    ReplyDelete
  6. @Zack Zachoes
    Rasanya la Zack...namanya pun dah macam chinese... tapi telah dimelayukan pastinya

    ReplyDelete
  7. lucu cheqsue...cili padi hiasan semata...hihih...kalau kite, yg tu dipenyek2 dulu kasi pedas...malatop!!!

    sedapnya dapat makan ayam...kt cni takde jual ayam...sedey kan??

    ReplyDelete
  8. @nuwairani ismail
    Nak buat gane nuni eh...gadis suci kan...sebutir pun nyasa dh pedas... baik buat hiasan jah

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cheq sue..
    dah sampai cnie dah yer ayam nie ... sedapkan cheq sue... akak pun suka makan.. ;)

    ReplyDelete
  10. @Diana @ Melley Mey
    memang sedap akak... lain daripada biasa. makan pun x jemu..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]