PAGES

Saturday, July 2, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 24


Firdaus membelokkan keretanya ke kanan. Pintu pagar yang sedia terbuka memudahkannya. GTI itu diparking di tempat biasa. Di pintu kelihatan mama berdiri dengan senyuman yang terukir dibibir.
“Alhamdulillah…dah sampai pun anak mama.”
Firdaus turun menyalami ibunya. Namun sebelum tu dia terlebih dahulu mempersilakan tetamunya masuk ke rumah. Ibu Iman bersalam dengannya manakala bapanya hanya tersenyum. Bila dikenalkan Iman padanya, segera fikirannya teringat kembali apa yang diceritakan oleh Firdaus padanya dulu.
Inilah gadis itu…memang cantik semulajadi. Bersopan santun dan berbudi bahasa. Patutlah Firdaus tak mahu cari yang lain…
Encik Idris merenung ke persekitaran di banglo dua tingkat yang terhias indah itu. Nyaman sekali berada dalam rumah ini. Hiasannya tidak terlalu sarat. Sejuk mata memandang. Walaupun jam baru 10.30 malam, sudah terasa sunyi benar. Barangkali orang-orang perempuan sudah tidur. Hanya dia yang belum dapat melelapkan mata. Sebenarnya dia tidak berapa setuju untuk bermalam di sini tapi memikirkan sudah terlalu banyak dia menyusahkan Firdaus, dia terima saja. Lagipun kalau menginap di hotel, terpaksa pula Firdaus pergi menjemput mereka untuk ke Setiawangsa esok. Sedang dia melayan perasaannya seorang diri, dia terdengar bunyi orang batuk. Agaknya Firdaus yang masih belum tidur. Dia menjenguk ke laman. Memang benar. Dia ternampak Firdaus berdiri hampir dengan keretanya. Dia mengatur langkah ke arah anak muda yang pernah disakiti hatinya satu ketika dulu.
“Tak tidur lagi Firdaus?”
“Eh…pakcik.”
 “Maaf kalau pakcik mengejutkan kamu.”
Firdaus hanya tersenyum membalas kenyataan itu.
“Pakcik sebenarnya ada sesuatu nak dicakapkan dengan kamu.” Dia mengatur ayat.
“Hal apa pakcik?” Berdebar-debar rasanya. Peristiwa lalu tertayang kembali di mindanya.
“Pakcik tahu kamu masih sukakan Iman. Tapi pakcik tak nak kamu terlalu rapat dengan dia. Edahnya masih belum habis, tak manis dipandang orang. Pakcik tak mahu ada yang membuat cerita tentang anak pakcik nanti. Kalau kamu betul-betul nakkan dia, tunggulah bila edahnya dah habis nanti. Kalau Iman setuju pakcik tak kisah bermenantukan kamu.”
Terkedu Firdaus sebentar. Adakah benar apa yang didengarnya ini? Di cubit pahanya, terasa sakit. Sahlah dia berada di alam nyata.
“Pakcik, sebenarnya dari dulu sampai sekarang kasih saya pada Iman tak pernah berubah. Tak pernah berkurang walaupun pakcik menghalang saya. Saya tak salahkan pakcik sebab saya tahu kalau pakcik tak buat macam tu dulu saya tak akan jadi seperti saya sekarang ni. Saya pasrah bila dia dikahwinkan dengan Rezal tapi saya tetap mendoakan kebahagiaannya. Saya pun terfikir perkara yang sama dengan pakcik tapi tunggulah dulu. Saya tak mahu tergesa-gesa. Biarlah Iman tenang sepenuhnya dulu.” Panjang lebar kata-katanya.
“Kamu tengok-tengoklah keadaannya di sini nanti. Pakcik berharap pada kamu.”
“Jangan risau pakcik. Itu sudah menjadi tanggungjawab saya.”
Dua lelaki itu berpelukan. Dihati masing-masing penuh dengan harapan! Harapan terhadap seorang perempuan!
*****
Seminggu di Kuala Lumpur, Firdaus tidak dapat menjenguk Iman dengan kerap kerana terlalu sibuk dengan kerja. Tempahan jubin bilik mandi oleh sebuah syarikat di Melaka banyak menuntutnya menghabiskan masa di pejabat dan di field. Projek besar ini benar-benar menguji kredibilitinya untuk memberikan yang terbaik apa yang diminta oleh pelanggannya. Kadang-kadang bila dia balik dari kerja, teringin juga nak bersembang dengan Iman tapi yang pastinya perempuan itu sudah tidur. Hanya yang termampu dia lakukan ialah menelefon agar Iman tidak terasa terasing di tempat baru. Mama pun sama membantu. Dialah yang meneman bila Iman balik kerja. Lagipun keseorangan di tempat baru pastinya sunyi.
Iman kegeraman.  Sejak dari tadi dia membaiki suis chandeliar namun tidak berjaya sedang keadaan semakin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 malam. Takkan dia hendak bergelap malam ni? Hendak menelefon Firdaus tapi rasa segan bertandang. Sudah terlalu banyak budi yang ditaburkan oleh lelaki itu untuknya. Dia memikirkan alternatif lain. Apa kata jika dia tengok apa yang tak kena dengan mentol chandeliar tu. Pantas matanya mencari sesuatu untuk membolehkan dia melaksana apa yang terlintas di kepalanya. Ha…bangku tu tentu boleh. Dia mengheret bangku ke tempat yang sesuai. Dalam kesamaran dia memanjat bangku tersebut. Berdekatan dengan chandeliar dia dapat melihat mentol yang kehitaman. Agaknya sebab itulah ianya tak mahu menyala. Asyik melihat mentol chandeliar dia tidak sedar kakinya bergerak melampaui begitu banyak ruang hingga ke bahagian tepi bangku. Akibatnya, bangku tersebut tidak dapat mengimbangkan tubuhnya dan begitu pantas tubuhnya melayang jatuh ke lantai.
Arghh…
Satu jeritan keluar dari bibirnya.
Kesakitan yang amat terasa di bahagian perut Iman. Pedih dan perit tak dapat dia bayangkan. Dalam kesakitan itu dia dapat merasakan ada sesuatau yang melekit dan hangat mengalir dari celah kangkangnya.
Tak mungkin…
Tak mungkin…
Dalam kepayahan dia mengensot mencapai telefon bimbitnya. Nombor Firdaus segera dicari dan dia amat berharap lelaki itu dapat menerima panggilannya. Kesakitan masih lagi dirasanya. Bagaikan ada jarum-jarum halus yang menusuk ari-arinya. Hanya air mata yang menjadi saksi kesengsaraannya.
“Abang! Tolong! Sakit…”Antara dengar dengan tidak dia ucapkan kata-kata itu.
“Eh Iman kenapa ni?” Firdaus kaget.
Apa kena dengan Iman?
“Sakit…”
“Iman…Iman…”
Malangnya Iman tidak dapat bercerita lebih lanjut. Dia sudah lemah. Darah terlalu banyak keluar. Doanya pada Yang Satu, segeralah Firdaus datang melihatnya.
Tanpa berfikir panjang, Firdaus terpaksa meninggalkan klien yang sedang berbincang dengannya. Nasib baik kliennya itu boleh dibawa berunding. Mereka pun dah kenal lama. Dia tak kisah kerana Firdaus terpaksa menamatkan perbincangan mereka. Mungkin lelaki itu ada kecemasan.
Dari pejabat, segera dia memandu kereta menghala ke Setiawangsa. Alahai…banyak pulak kenderaan kat jalan raya. Memang waktu macam ni jalan jem. Namun dia cuba juga mencelah, masuk ke line kecemasan.
Hampir 25 minit di jalanan barulah keretanya memasuki perkarangan rumah Iman.  Gelap. Ke mana Iman? Dadanya berdebar. Ditolaknya pintu utama. Tak berkunci. Segera dia melangkah masuk. Suasana yang gelap menyukarkan dia mencari di mana Iman. Cuba memetik suis lampu tapi tak menyala. Matanya melilau liar. Tiba-tiba dia terpandang sekujur tubuh kaku di ruang tengah, di antara sofa, berdekatan dengan meja. Dia meluru ke arah itu.
“Iman…Iman. Bangun. Kenapa ni?”
Senyap. Pertanyaannya tiada balasan. Dia mencempung Iman ke kereta. Dia terperasan ada sesuatu yang basah di lengannya ketika mendudukkan Iman ke seat.
Darah?
Astaghfirullahalazim…
Janganlah ada sesuatu yang buruk berlaku terhadapnya dan bayi itu!
Mama segera dimaklumkan. Dalam perjalanan ke HKL hatinya tidak putus-putus berdoa. Melihat wajah Iman yang pucat tiada darah, hatinya dipukul debar yang hebat. Sampai di HKL Iman dimasukkan ke wad kecemasan. Di bawah cahaya lampu dia dapat melihat dengan lebih jelas wajah Iman yang sangat pucat. Dia tidak tahu bagaimana boleh terjadi semua itu. Mundar-mandir di pintu wad kesemasan, banyak mata yang memandangnya. Handset dalam poket diambil dan dia menelefon rumah Iman di Kota Tinggi. Memaklumkan perkara itu, mereka sekeluarga terkejut besar. Tang-tang ni jugak nak ke KL.
Sebentar kemudian, doktor keluar dari wad tersebut dan Firdaus terus meluru ke arahnya.
“Macam mana dengan dia doc?”
“Dia kehilangan terlalu banyak darah. Kami tak dapat menyelamatkan kandungannya.”
Keguguran?
Terasa mahu terduduk dia mendengar penjelasan itu.
“Kami perlukan bekalan darah untuk menggantikan darahnya yang hilang.”
“Darahnya sama dengan darah saya doc.”
“Jom ikut saya.”
Dia hanya mengikut. Di kepalanya timbul pelbagai persoalan. Sedih…bersalah…pilu…
Bagaimana harus dijelaskan pada Iman?
Terlalu banyak dugaan yang perlu gadis itu hadapi. Mengapa tidak dia saja yang melaluinya?
Ya Allah Engkau tabahkanlah hatinya…

4 comments:

  1. SELAMAT PETANG cikgu......
    tak sangka sue seorang blogger novelog..
    sungguh ayu tak sangka.
    dah part ke 24...
    banyak nak ayu kejar..

    lagilah kalau ayu nie peminat novel cinta..

    agak2 boleh send email ke ayu dari part 1-23?
    umairahayu@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. TQ ayu sebab sodi baca novelog tak seberapa ni... sebenarnya ni cheq sue dah tulis lama...zaman umur dua puluhan gitew... so cheq sue CnP dan ejas sesikit. Ni lebih kepada nak kongsi la dengan kengkawan..Dah tua2 esok nak mengenang kisah lalu mesti suka kan... part 1-23 tu nanti cheq sue usahakan ya... :)

    ReplyDelete
  3. - alaaa...sian kat iman...kalo gugur xde le waris rezal...huhuhu

    ReplyDelete
  4. nak buat camana al...dah tak ada rezeki dia

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]