PAGES

Friday, July 1, 2011

Seedless Watermelon Pudding

Salam sayang kawan-kawan...

Malam ni meh kita makan puding tembikai ni ramai-ramai. Jangan risau jangan takut tembikai ni xde berbijik...budak2 pun boleh makan... He he he...aci tak? Kemain gempak...namanya kemain macam made in London... bukan ape, kalau dimelayukan macam tak berapa masyuk tang seedless tu. Cheq sue ni xde sumber nak dapatkan black sesame ataupun bledo hitam (a.k.a cincau)... so seedless pun seedless lah... Memang boleh je warnakan sedikit adunan tu menjadi hitam dan potong kecik2 sebagai biji tapi bila malas x buat pun...
Cheq sue akui ramai sgt yang dah cuba resepi ni. Semenanjung Malaysia ni jangan cakap la...Sabah, Sarawak, Brunei pun dan ada. Petang tadi Ha-sue tayang tembikai kuning merah (dengan tembikai orinya sekali). Ke Bangkok udah... ke Japan pun udah... ke Finland nun pun sudah. Tapi baru sekarang sampai di CH... maklumlah bergunung ganang kan...payah sikit signalnya nak dapat... Heeeeeeeeeee..............
Tapi, semasa buat ni, baru perasan susu pekat xde lam stok...jadi nak tak nak kena la ubahsuai sikit. Bila dah rasa alhamdulillah tak keras tak lembik, manis pun sedang2 je...
Resepi ni cheq sue bookmark dari Bangkok ye... rumah Ika - arah dan izinkan pulak cheq sue menempeknya di sini untuk rujukan akan datang...
** Kepada kengkawan yang dah buat tu tapi cheq sue tak senaraikan di sini, mintak maaf banyak2 ye...

 Kalau nengok ke tembikai ni...tak laku nak jual kat pasar ni... kulitnya tebal, isinya nipis...terlebih lapisan hijau... dok bajet lebih dah lapisan kuning


PUDING TEMBIKAI
Sumber : Ika 
Cuci mata : Kak YatiememoriesJuwita, Nieza,  Sue-Hasue,  K.Nor

Bahan-bahan :
-1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm)
-2 keping roti gardenia * cheq sue tukar kepada 8 keping krim krakers
-6 cawan air (4cwn air)
-1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
-1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
-1 cawan susu cair (sy tambah) *
-2 sudu besar mentega
-1 sudu kecil esen vanila
-cincau dipotong kecil > yg ni gantikan bijan hitam udoh namenyer seedless....xdek biji la yerr... 
(**lenkali mesti carik gak bende bijan hitam tuh...)
-sedikit pewarna hijau /merah kite guna hijau & kuning aje.. jadik .tembikai kedah

Cara-Cara:
-Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
-Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus
-Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
-Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
-Pastu sedikit lagi warna asal (dalam 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.
-Simpan ke dalam peti sejuk.

12 comments:

  1. mahal tembikai ni kan..takde biji tu yg mahal..hihi

    ReplyDelete
  2. anna...jarang nak dapat tau yellow seedless ni... tu yang mahal tu... he he he... (cover...cover...)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. mmg hebat aa nama pudding cheq sue nih. susah nk dapat nii.. hihi.. tun xbuat lagi ni, naik keta lembu. kui kui

    ReplyDelete
  4. tun, kasi nama biar gempak sket... udoh kite payoh bebenor nak mendapatkan bijiknye tu....
    he he he... jenuh nak memikir jugak tadi

    ReplyDelete
  5. sue..
    mula2 ayu dok pikir sangat yang sue nak tayang tembikai betul..
    sekali..
    bila masuk part bijik..
    dah pikir nie sure puding yang kak yatie, mas, izah pernah buat..

    scroll lagi..
    sah..tekaanku tepat..
    hehehe

    nak sepiring?
    ada lagikan?

    ReplyDelete
  6. he he he...
    dari jauh nampak dah macam tembikai betul...

    ReplyDelete
  7. cantik kejadian puding tembikai ni..sy pun wat yg seedless..malas nak godek2 kaler itam tuh

    ReplyDelete
  8. hehehee... walaupun diana kat malaysia.. diana pun lom buat2 lagi tau... heeheee..

    wah cantik n menarik puding tu... seedless plak tu... mmg sedap nie kalau d makan sejuk2 kan... suka makan tp x perna buat.. perna makan jer org yg buat... :D

    ReplyDelete
  9. kak lina... kalau ada bijan hitam atau cincau tu boleh buat bijinya...tapi malas punya pasal kan...seedless ni la hasilnya

    ReplyDelete
  10. kak diana... opsssttttt, ada yang tertinggal rupanya... he he he... buat seedless je kak, senang. takpun tembikai takde kulit... :)

    ReplyDelete
  11. tembikai takde biji ni senang sikit nk telan..takyah pikir2 nk buang bijinya lagi. heheh

    ReplyDelete
  12. he he he...betul betul betul!!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]