PAGES

Friday, July 15, 2011

Sira Labu Mok Ja

Assalamualaikum & salam sejahtera

Amboi....tak masak ke malam ni? Dah bersiap2 nak keluar nampaknya tu.. Makan di luar ye?
Nah....satu lagi juadah untuk menjamu mata pada malam ni. Labu lagi???  Heeeeee sira labu ni pemberian seorang teman baik cheq sue... bukan labu Roslan Mohamad tu ye... labu ni jenis bulat yang berwarna ke'oren-orenan' sikit tu.. memang sesuai sgt kalau dibuat sira ni.
Kalau di Kelantan...memang tersohor labu sira ni dimakan di majlis2 perkahwinan, atau dimakan pada hari2 biasa dengan nasik panas dan ikan kering. cheq sue pun suka... rasa manis2 tu macam kena je kalau makan dengan nasik
Sebenarnya...rasa2 macam tak pernah lagi buat sira labu.. selalu beli ataupun diberi oleh Mok Ja ni... (dia memang tahu kalau sira labu je cheq sue memang suka!) Katanya renyah nak membuat sira ni...silap haribulan lembik jadi koleh satu periuk... Seperti petua membuat pengat tadi... labu untuk membuat sira ni pun wajib direndam dengan air kapur. kulitnya pulak jangan dibuang sebab nanti boleh aje dimakan. Errrrrr bukan ke di kulit tu yang paling banyak zat vitaminnya?
Biasanya untuk sira labu ni turut dimasukkan sedikit bunga cengkih dan daun pandan, dan tidak memerlukan santan atau air...kira2 hanya gula dan sedikit air daripada labu tu sendiri...

Mmmmmm..... ada sape nak tak..

8 comments:

  1. sue ni dari labu yg besar tu ye...jenuh juga nak perabih ni...heheheh...saya tak berapa nak tahan makan labu ni...sat gi angin berpusing...dia hari makan tu tak dek kesan...esoknya tu mula la lemah2 badan...kekekeke...tapi degil tetap jugak nak makan...ni kalau buat donut dgn kuih bom sedap nih....

    ReplyDelete
  2. @quinnie
    Bukan la Q...yang ni labu bulat, member beli kat pasar malam... yang panjang aritu ada lagi sikit... nanti nak cuba buat donat pulak kalau rajin... :)

    ReplyDelete
  3. akak..kalau sye nak bleh dpt tak?heee:))..dulu pernah cuba buat labu sira,tapi hangus!x dpt la nk mkn..huhu

    ReplyDelete
  4. sue..
    comelnya warna labu sira ni.. terliur maklong tengok..
    maklong ni jowo yang yang tersampuk dengan masakkan kelate.. dapat menantu baru mari dari kelate ko.. hehe..

    selalu buat tapi warnanya cokelat.. tapi sedaplah.. sebab maklong memang suka labu..

    ReplyDelete
  5. @Maira Anjami
    Maira... pernah jugak cuba buat sekurang-kurangnya... labu ni susah sikit kalau tak kena gaya...

    ReplyDelete
  6. @Along Maklong
    Lhorrrrr... maklong jhowo rupenye... bila dah dapat menantu kelantan tu kena la belajar makan masakan kelantan yang sedap2 tu...

    ReplyDelete
  7. @Hanis MY
    Labu sira ni memang sedap kan hanis... as a kelantanese, memang makanan kita la ni...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]