PAGES

Tuesday, August 2, 2011

Daging Masak Hitam

Assalamualaikum & salam sejahtera

Baru hari kedua...tapi rasanya buleh tahan penat jugak ya... bila kena banyak berfikir, menyelesaikan masalah itu dan ini... macam2 tugas nak kena buat... aduii dua tangan dua kaki memang sempottttt....
Apapun masak tetap masak. Malam ni cheq sue nak share satu resepi simple tapi sedap...memang membuka selera terutama tika bersahur. Daging ni kaedah masaknya ala-ala daging kicap jugak. N3 no merupakan n3 autopost...maklumlah tuan tanah ke surau berterawih...xmo ada delay so post ajelah ye!
Menu ni memang menjadi pilihan jika ada stok daging di rumah. Semalam pau dari member dalam setengah kilo...(bercinta jugak nak ngabeskan tu....).. Kalau nak buat sup ke, singgang ke, gulai ke ada perasaan malas pulak. maklumlah mulut yang nak menyuap tu pun sape aje... bagi kawan2 yang nak mencuba cheq sue taruk resepinya kat bawah ni ya..



DAGING MASAK HITAM
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 1 mangkuk daging (hiris nipis) *
- sedikit sos cili & kicap manis *
- sedikit rempah 3 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang)
- sebiji bawang besar mayang
- sedikit halia (mayang halus)
- sebiji bawang putih (ketuk)
- cili merah
- sebiji ubi kentang dadu

Cara-cara :
- perap bahan * 2-3 jam
- tumis rempah 3 sekawan, halia + bawang putih hingga wangi
- masukkan bahan yang telah diperap dan ubi kentang.masak hingga daging dan ubi kentang empuk
- masukkan bawang besar yang dimayang dan cili merah
- rasakan gula dan garam
- masak seketika sehingga mesra
** jika ingin lebih berkuah boleh tambahkan sedikit air

8 comments:

  1. @lina_pg
    btol tu kak lina...kalau sy pun suka mkn ni masa sahur...tp sbb tak x bersahur, mkn masa berbuka la

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cheq sue..
    mmg nampak sedap daging masak hitam tu.. akak paling suka ler kalau daging nie d masak mcm nie.. mmg sedap

    ReplyDelete
  3. salam sue.. ada menu daging.. ita kadang pening juga nak buat masak daging ni.. boleh la masuk list nanti kalau tercari2 menu daging nak masak

    ReplyDelete
  4. @Diana @ Melley Mey
    saya kalau ada daging memang tak miss masak camni... memang kena dengan selera

    ReplyDelete
  5. @Juwita Jamaludin
    sila...sila... same2 kita share...sy pun kadang2 pening jugak. tu jarang beli daging kat umah

    ReplyDelete
  6. - ganti ayam pon boleh kan sbb budak2 kurang sikit makan daging...

    ReplyDelete
  7. @AI
    boleh... boleh... guna ayam pun sedap jugak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]