PAGES

Sunday, August 21, 2011

Kuih Tiram Untuk Ayahanda


Assalamualaikum & salam sejahtera

Orang dah berkurun nayang beskut raya, kite baru nak nyetat enjin kasi panas2 siket. Eh...ok tak makan kuih ni time raya? Kalau diikutkan hati memang la mood ni ke laut ke angkasa tapi nak taknak memang kena buat jugak...kalau tak banyak pulak barang nak kena angkut balik kg nanti. Kalau siap 3 4 jenis dah oklah kiranya... kat kg boleh wak keje lain pulak... haishhhhh bizi semedang aihh..

Cheq sue buat kuih tiram ni pada malam 20 Ogos...lepas terawih. Adunan ni digandakan sekali dan cheq sue buat dengan mok ja sampai ke pukul 3 pagi. Amboiiiii....tak pernah la sebelum ni sampai ke pagi gitu...harap ada kawan je nak nyembang, kalau buat sorang jangan nak harap laaa... biasa kalau sorang cheq sue buat satu adunan aje...

Kuih tiram ni sebenarnya sangat disukai oleh ayahanda cheq sue...bukan hape, gigi dah xde boleh makan bende yang senang nak gigit aje lah... kalau biskut2 ni memang la dia tak berapa suka... kalau makan kacang pulak, siap diangkutnya lesung, sampai cucu2 pun berderet tunggu disuap...kalau dapat kuih tiram ni memang suka la sangat. satu-satu diangkutnya..

Resepi kuih tiram ni memang dah selalu cheq sue buat...mudah dan senang aje bahan-bahannya. Memula buat dulu tak berapa nak jadi, bila dah buat 2 3 kali baru tahu tekniknya macam mana dan alhamdulillah dah jadik macam yang orang jual kat kedai tu laaa.... (aje...)

KUIH TIRAM

Bahan-bahan :

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara. cheq sue sira dengan gula aising je

10 comments:

  1. assalam sue, sedapnya kuih tiram, ranggup n lebut kut rasa dia, bila kelik kg

    ReplyDelete
  2. Salam sue..Liza mmg xpandai buat kuih tiram ni wpun dulu arwah ma selalu buat...pernah sekali buat xjadi, tu yg frust sampai ari ni tu...hihihi

    ReplyDelete
  3. @Liza

    sebelum pandai buat ni...memang saya pun beli aje...tapi bila dah boleh buat sendiri ni suka sgt2... buat senang aje, dapat hasil memang puas makan

    ReplyDelete
  4. @Kak Rosaliza

    hai akak... kalau kena cara memang lembut dan rangup...tapi yang memula buat dulu x jadi jugak kak... saya ni insyaAllah balik terus jumaat nanti...

    ReplyDelete
  5. sedap kuih ni lama xmakn.kt kg sy panggil ilat sapi...

    ReplyDelete
  6. @KuNanGKuNanG

    ilat sapi? kg mana la tu gie... x pernah dengar lagi nama camtu

    ReplyDelete
  7. oo kuih ni, akak saya yang buat duk jual. jadi tak yah la nak membuatnya tahun ni. ececehh mcm la rajin nak buat kan. hehehe

    cheq sue, tq for birthday wish ye.. terharu mokcik

    ReplyDelete
  8. @izahdaut

    kalau beli sikit benor yang dapatnya Zah...

    ReplyDelete
  9. - ade juga yg panggil 'lidah buaya'...pernah dgr x cheq sue?

    ReplyDelete
  10. @AI

    ada jugak pernah dengar... tapi x pernah lak guna kalau kat umah...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]