PAGES

Wednesday, August 17, 2011

Udang & Ayam Mayonis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam Nuzul Quran pada semua... Buat apa ya dihari cuti ni? Walaupun hanya sehari tapi pasti ramai yang tengah sibuk membuat kuih raya di dapur tu... cheq sue ni entah kat mana serunya tak sampai2 lagi... Tahun ni semuanya ke laut... menjahit...mengukis...membiskut...apa nak jadi la cek mek sorang ni...

Sementara ada masa ni, nak juga menghapdet menu berbuka semalam. Masak simple2 je.. Apa yang cheq sue masak ni dibawa ke rumah kawan dan sama2 makan kat sana, baru la terasa sikit meriahnya.. Resepi ayam mayonis ni telah cheq sue oter sikit dengan mencampurkan udang ke dalamnya. Langkah2 penyediaannya sama sahaja...

Tentunya ramai yang dah mencuba resepi ni kan... kaedahnya ringkas aje... main campak2, goreng kejap dah pun siap. Semalam budak Ali tu sampai meleleh makan nasik dengan lauk ni.... :)


UDANG & AYAM MAYONIS
Resepi : SajiOnline
Sumber: Kak Nor @Secubit Garam


Bahan-bahan:
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm  cheq sue gantikan dengan daun sup
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah cheq sue tak masukkan
capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah


Cara Menyediakan:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi. 

12 comments:

  1. - ari tu dah try udang kung pao...semua suke...nti nok terai hok ni pulak la...

    ReplyDelete
  2. wahh... gabung terus udang n ayam ye.. hihi.. kt sini x cutiiiiiiii (mcm ada beza je cuti ke tak.. hihi.. tapi kalau cuti blh ajak hasben tun kuar beli barang nk wat biskut raya..)

    ReplyDelete
  3. sue pun dah buat ye ayam mayonis nih...kita kiv dulu la nampaknya resepi nih..tunggu lepas raya nanti baru nak cuba...heheeh..byk sgt list yg tak dibuat lagi nih..kekekke

    kita jarang kuar rumah sue...nak kena jaga adik..tu tak free sgt...nanti bila free kita kasi tau..leh kuar ronda2 ipoh ek...:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cheq sue...
    waaah tgk sedaaap ler menu kat atas tu... terliur akak tgk... akak lom buat lg rasanya.. nnt nak try kalu dah abis cuti nie.. :)

    ReplyDelete
  5. @AI
    cheq sue lagi suka kung pao dari yang ni... tapi yang ni pun sedap jugak al...tak rugi kalau cuba

    ReplyDelete
  6. @tun_telani
    gabung tu bukan apa tun...nak abeskan segala bagai bende dalam aisbox... cheq sue hujung minggu ni baru nak pi beli barang2... walaupun mood ke laut sikit banyak kena buat jugak..

    ReplyDelete
  7. @quinnie
    cheq sue pun banyak lagi dok kiv dalam list ni...kalau boleh semua nak cuba...

    Q...kalau ada masa kita hang out eh... :)

    ReplyDelete
  8. @Diana @ Melley Mey
    sedap jugak menu ni kak... lagi dua minggu je akak kena cuti kan....

    ReplyDelete
  9. sedapnye..nak wat gak lah.tp kalau rajin la..he3

    ReplyDelete
  10. Assalam sue...akk pun sama mood kurang, yg ada moodnya nk blk kg je hehe.

    sedapnya ayam tu,

    ReplyDelete
  11. @KuNanGKuNanG
    bila ada 'kalau' tu yang masalah siket gie... heeeeee

    ReplyDelete
  12. @Kak Rosaliza
    entah bila mood tu nak datang... banyak yang nak kena siapkan ni... kalau boleh balik kg sekarang kan masyukkk....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]