PAGES

Wednesday, September 14, 2011

Ayam Goreng Nyonya

Assalamualaikum & salam sejahtera

Semenjak dua menjak ni...selalu sangat makan nasi berlaukkan ayam, udah itu aje stok lauk kat rumah. Tapi dek kerana kepelbagaian resepi xde pulak terasa jemu @ cemuih. Kalau kata di masa pesen itu aje mmmmm ada la orang mogok tu nanti. Macam kanak2 la jugak kan...asik2 makan bende sama nye tak lalu jugak deme... apetah lagi orang yang tak berapa kanak2 ni..


Ayam goreng nyonya yang cheq sue masak petang semalam ni memang sedap dan tak menjemukan. Walaupun ada sedikit bahan2 yang di ejas mengikut apa yang ada kat rumah tetapi rasanya tetap world. Bukannya apa pun, kat rumah ni xde sos plum so cheq sue masukkan sunquick untuk kasi rasa masam dan kurma untuk manisnya. Selain tu cheq sue jugak masukkan ubi kentang, memang pantang kalau lauk2 camni, masuk ubi kentang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii terangkat. Cuma masakan ni tak berapa berkuah la...agak2 kering gitu. Dan semestinya lah cheq sue menyediakan satu resepi sayur yang berkuah untuk mengimbangi juadah ni.


Agaknya ayam goreng ni ada macam2 pesen kot...cheq sue tak pernah la makan sebelum ni...bila tgk kawan2 buat agak berbeza bentuknya. Yang cheq sue ni lebih kurang sama dengan Izah buat. Apapun, yang penting sedap! Siapa yang nak mencuba tu bolehlah tgk resepi di bawah ni ya...


Wassalam...


 AYAM GORENG NYONYA
Sumber : Kak Nor @ Secubit Garam

 
Bahan2:-
500g ayam -dipotong sederhana cheq sue potong kecil2 (baru nampak banyak)
8 biji cili padi -diketuk
1 biji bawang besar -dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam cheq sue ganti dengan sunquick dan tambah 2 biji kurma

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam & perasa secukupnya
minyak - untuk menggoreng
** cheq sue juga gunakan sebiji kentang, di potong nipis, gaulkan ke dalam bahan perap dan goreng selepas digoreng ayam

Bahan Perap:-
1 batang serai*
4 ulas bawang merah* ~ k.nor letak 1bj jer
3 ulas bawang putih*
2cm lengkuas*
sedikit halia *
(*dikisar halus)
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnya:-
Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.
Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos toamto. Kacau sebati.

16 comments:

  1. - sedap nye..anak2 mesti suke ni...

    ReplyDelete
  2. @AI

    cuba la cuba al...kot2 jadi menu peberet keluarga

    ReplyDelete
  3. Wow nampak mengkilat ayam gorengnya itew..bolehkah Maria tumpang rasa..hehe..

    ReplyDelete
  4. wah! kreatip cheqsue gantikan sos plum dgn sunquick...hmm..kalau masak memang kene mcm tu la kan? kalau tak, sampai bila2 pon tak belajar...dah lama tak makan ayam ketul2...asik makan ayam hancur je..hihih

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap ayam nyonya ni sue....tak der kuah pun jadi ni...mesti bertambah2 nasi..betul tak

    ReplyDelete
  6. senang nampak resepi CheqSu buat ni, kat rumah akak ada banyak stok ayam dalam freezer, harus cuba...thank you

    ReplyDelete
  7. @nuwairani ismail

    kalau xde satu2 bahan jadi alasan xleh masak, sampai bila pun xleh nani... kena guna je mana2 yang ada...baru tahu camana rasanya

    ReplyDelete
  8. @Ida,Japan

    saya kalau makan nak yang berkuah kak ida...tapi yang ni kalau ratah aje pun sedap

    ReplyDelete
  9. @IXORAROXI

    memang elok kak kalau nak cuba resepi ni... yang saya buat tak berapa pedas...tahap kanak2 aje

    ReplyDelete
  10. berkilat ayam tuh...leh cuba...hehe..

    ReplyDelete
  11. melihatnya sahaja sudah menyelerakan... (",)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]