PAGES

Thursday, September 29, 2011

Bubur Som-Som

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua. Wah...berderet2 kuar juadah minum petang di bliglist cheqsue nih. Amboiiiiii bukan main lagi korang eh...bikin jeles cheq sue la tu. Bubur som-som ni cheq sue dah cuba beberapa hari lepas. Memang tak pernah buat dan tak pernah makan. Beli pun tak pernah. Bila tengok kak Gee buat, bahan2 pun dah ada kat rumah, cara buat pun senang, terus cheq sue nak cuba. Cuma daripada resepi tu cheq sue buat separuh adunan je supaya x pening nak habiskan.


Sekali rasa bubur som-som ni macam 'kepala santan' lompat tikam, cuma yang ni lebih keras sedikit dan agak kenyal. Yang dibuat ni pulak agak terasa ketepungannya sebab mungkin masaknya dengan api besar. Ye lah bila disebut 1st time tu banyak yang kita xleh nak agak2 lagi macam mana. Untuk 2nd time nanti insyaAllah hasilnya akan lebih memuaskan.

Nampak Kak Gee buat cantik aje guna acuan SM...cheq sue pun buat la jugak dalam acuan apam bentuk love tu yang agak susah sikit nak keluarkan. Herot berot bentuknya.


Rupanya bubur som-som ni sedap sangat dimakan tika sejuk @ dingin. Memang terasa ngamnya lemak2 dengan manis air gula tu. Kalau ada sape nak cuba tu bolehlah tengok resepi kat bawah ni ya... Wassalam...

BUBUR SOM-SOM
Sumber : Kak Gee

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara :
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api sehingga mendidih.  Masak hingga pekat dan berkilat hingga adunan meletup-letup. Pastikan dikacau sentiasa supaya adunan tidak berketul.  Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.  Sajikan bersama sirap gula melaka

Sirap gula melaka :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara :  
Masak gula melaka dan air hingga gula larut dan tapis. Sejukkan.

16 comments:

  1. as-salam
    ni lagi sedap kalau mkn sejuk2..

    ReplyDelete
  2. @ady

    w'salam ady...saya pun makan sejuk2 ni memang sedap

    ReplyDelete
  3. Assalam sue, dh lama mkn n buat bubur som som ni, sedapnya mkn sejuk2

    ReplyDelete
  4. usaha tangga kejayaankan..kena cuba buat lagi CheqSu..akak pun suka gak bubur som som ni..nak buat pun senang je kan

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza

    saya ni baru 1st time kak rosa...macam jakun aje

    ReplyDelete
  6. @IXORAROXI

    kak, walaupun buatnya senang, tapi bagi saya yang tak pernah buat ni bila dah buat tu baru boleh tahu macam mana...

    ReplyDelete
  7. Cheq sue,ct pon jakun gak,xpernah mkn@wat,tapi leh agak rasanya camner,mmg kena sgt santan ngan gula melaka kan.

    ReplyDelete
  8. @Zaliedana

    bende2 yang kita tak pernah buat memang jakun sikit ct...bila dah buat baru leh citer kat orang... ")

    ReplyDelete
  9. sue suka la som som .. mak suka buat .. tambah bulan puasa

    ReplyDelete
  10. k'ida suka ngan bubur som2..pernah buat sekali kut sue..bila mkn tak hingat dh..huhuuu lemak2 manis..sedappp

    ReplyDelete
  11. ini pon dah lama gile nak buat....tengok kak nurul buat hari tu terliur, tapi takde tepung beras pulak

    ReplyDelete
  12. @Juwita Jamaludin

    seingat2 cheq sue kan...mak tak pernah buat som-som ni...

    ReplyDelete
  13. kalau kat kampung maklong.. dapat makan bubur som2 ni waktu lepas kenduri kahwin.. macam wajib ada je..
    tapi sejak duk bandar dah tak rasa bubur ni.. nak buat macam M je.. hehe..

    ReplyDelete
  14. @Ida,Japan

    lain kali kan kak ida...kena buat dengan sabar sikit baru dapat tekstur yang betul...yang ni 1st atemp x comey la...rasa pun lari

    ReplyDelete
  15. @nuwairani ismail

    nani, kalau tempat kita panggil kuih apa ni ekk...

    ReplyDelete
  16. @Along Maklong

    ye ke maklong? agaknya saya je yang jakun x pernah jumpa kuih ni kat kelantan...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]