PAGES

Monday, September 12, 2011

Huhhhhhh.... Seb Baik!

Assalamualaikum & salam sejahtera


N3 ni adalah berkenaan tentang peristiwa yang berlaku pada petang 10 September di kediaman cheq sue kat kuarters ni. Hari Sabtu tu cheq sue tidak ke mana-mana. Setelah bangun tidur, terlintas di hati untuk menyiapkan salutan coklat almond london yang basih berbaki. Sayang pulau kalau biskut tu lemau... So siapkan coklat dan pepercup...dalam sejam kot alhamdulillah siap. Dapat la dalam 40 - 50 biji jugak.

Tengah tunggu coklat tu sejuk, ternampak pulak jagung kering yang cheq sue beli beberapa bulan lalu. Hajat di hati nak balik buat untuk anak sedara raya baruni tetapi dek peristiwa sedih yang melanda...hasrat tu tertunda dan dibawa semula ke CH. Sebenarnya jagung kering tu dah ada yang dimakan bubuk tapi sayang nak buang so bersihkan secukupnya dan buat pulak persediaan untuk membuat pop corn. Tunggu ye dalam n3 seterusnya.

Tengah2 syok dok mengoreng pop corn, tetibe dengar budak bagi salam. Ingatkan depa pi umah depan, sekali mai umah cheq sue la pulak. Bila bukak pintu aje, terjojol nampak Adik Naim dan kengkawannya seramai 4 orang.

"Cheq sue...ore mari nak raya nih..."
"Hoh...nati nk buko pitu smeta..."
Alamak...budak nak raya la pulak. Tahun2 sebelum ni xde pulak. Naseb baik ada makanan kalau tak cheq sue hidang biskut krim krakes aje la... ha ha ha
"Pah dok wak gapo lua tuh, masuk la nu dok situ..." 
Cepat2 cheq sue tunjuk kat kapet...bukan hape, nak duduk kat kusi penuh ngan 'sampah2'...


Cheq sue pun cepat2 la paip coklat cair kat atas popcorn yang kebetulan dah siap dalam sedulang. Bebudak ni ikut tgk...dapat dalam sepinggan besar jadik rezeki diorang. Cheq sue hidangkan almond london, popcorn dan air sunquick je. Naseb baik la 5 orang, kena 15 orang? Masak den...


Sambil cheq sue goreng popcorn, sambil sembang2... Kebetulan juga 4 orang tu dah biasa dengan cheq sue, cuma yang seorang tu cheq sue baru kenal tetapi mudah pulak mesra, peramah orangnya. Satu yang mengharukan cheq sue apabila budak2 tu meminta izin untuk bersembahyang Zohor, berjemaah pulak tu. Farhan dengan rela menjadi iman, malah begitu sempurna di kalangan kanak2 yang berusia 10 tahun ke bawah.

Dekat2 diorang nak balik, housemate cheq sue turun memhulurkan angpau. Senyum meleret semuanya. Bila diorang nak kuar rumah, cheq sue pulak hulurkan sampul yang masih bersisa...selamba aje budak2 tu cakap...
"Dah dapat..."
"Pah xse ko?"
Ambik jugak rupanyaaaa............ 

Untunggggggggggggggggg datang umah cheq sue nih...dapat angpau...dapat pulak bungkus almond london... (tak perlulah cheq sue makan banyak sangat nak memperabihkannya...) Bila ingat2 balik, patut la cheq sue dok rasa nak membuat kuih...ada orang nak datang rupanya! *_*

Wassalam...

14 comments:

  1. - wahhh...bagusnye...walaupon pergi beraya, solat tidak dilupe...

    ReplyDelete
  2. sejukkk ati mak ayah budak2 ni kan.. tgk gamba mula2 ingatkn anak murid dtg beraya =)

    ReplyDelete
  3. @AI

    tu la al...cheq sue pun tak sangka depa nak smayang dulu...seb baik cukup sejadah

    ReplyDelete
  4. @tun_telani

    ni budak2 sekolah sebelah tun..tapi dok area situ2 jugak...memang kenal la..tapi tak sangka tahun ni sampai pulak kat rumah

    ReplyDelete
  5. bagusnya... suka tgk adik2 ni... solat walaupun baru berumur 10 tahun..

    ReplyDelete
  6. @Juwita Jamaludin

    tak bersuruh pun ita...tau2 mintak kebenaran nal solat...suka cheq sue nengok

    ReplyDelete
  7. seronok nampak bebudak tu datang beraya rumah CheqSu

    ReplyDelete
  8. @IXORAROXI

    seronok dapat makan almond kot kak... saya pn seronok sebab ada juadah nak dihidang kat bebudak ni

    ReplyDelete
  9. popcorn ada lagi tak...

    nak datang beraya umah cheq sue gak lah..hehe (",)

    bagus budak2 tu.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... sejuk jer ati nie tgk bebudak tu... solat x d lupakan walaupun berada d mana jua kan cheq sue..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]