PAGES

Tuesday, September 13, 2011

Ikan Pari Masak Hijau

Assalamualaikum & salam sejahtera

Inilah menu berbuka semalam, ikan pari masak hijau yang dimakan bersama sayur campur. Alhamdulillah memang sedap dan kena dengan selera cheq sue. Abes semua dengan daun2 kari pun cheq sue makan. Cuma cili tu je cheq sue biarkan.. Kesian ko cili....

Hari minggu lepas, ke TESCO dan ada beli sekeping ikan pari, dalam RM 1.80 je sebab nak makan sorang, sekali habis. Cheq sue ni nak kata suka tak suka jugak tapi bila terasa nak makan ikan pari memang akan beli lah.


Selalunya kalau ikan pari cheq sue buat asam pedas atau kari tapi sesekali ingin mencuba resepi yang lain pulak. Bila di search di google muncullah nama resepi ni yang telah dibuat oleh beberapa teman blogger. Bila tengok bahan yang simple dan kaedah penyediaan yang mudah, terus je cheq sue jatuh cinta. A bz woman kan...suka sangat yang simple2 ni...


Untuk resepi yang cheq sue buat ni, macam biasalah bahan2nya diubah mengikut keperluan ikan dan kepedasan. Cili tu pulak cheq sue masuk sebiji je dan separuh cili merah yang ditumbuk dan 2 biji dimasukkan gitu aje. Makluhlah kannnnn.... xleh nak makan pedas2 sangat...nnati mudah sgt sakit perut. So sape2 yang teringin nak cuba tu bolehlah tgk resepi yang cheq sue CnP kat bawah ni ya.

Wassalam...

IKAN PARI MASAK HIJAU

Bahan-bahan :
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah) ~ cheq sue tak masukkan


Cara-cara :
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. 
Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. 
Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. 
Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. 
Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . 
Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. 
Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. 
Matikan api. Siap untuk dihidang.

8 comments:

  1. @H.J

    adik beradik...sbb pari lebih besar

    ReplyDelete
  2. bakar pun sedap ikan pari ni cheq sue. tun xpenah wat masak hijau pari nih, ayam penah wat.. mmg sedap!

    ReplyDelete
  3. @tun_telani

    sedap jugak tun pada selera cheq sue ni...memang akan dibuat lagi lah

    ReplyDelete
  4. sukenye pari! selalu wat asam pedas n bakar@panggang, masak kunyit je...tak pernah masak mcm ni..kalau org yg suke pedas mcm sy ni, konfem taruk cili byk2 dah...sedapnya!

    ReplyDelete
  5. @nuwairani ismail

    nani tu well known dah... kalau cheq sue masak tgk resepi byk2 lada ni mesti tingat ke nani

    ReplyDelete
  6. resipi nie mmg sedaaap!!! akak pun suka.... best!!

    ReplyDelete
  7. @Diana @ Melley Mey

    saya pun sukaaaaaaaaa jgk...makan ratah gitu aje pun sedap!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]