PAGES

Tuesday, September 27, 2011

Kacang Botor & Bendi Dengan Sambal

Assalamualaikum & salam sejahtera


Wakpe petang2 ni? mesti tgh dok sibuk sediakan juadah minum petang. cheq sue petang ni ada jamuan mkn2 oleh sekolah rendah berdekatan. Sebelum tu nk share resepi ringkas yg cheq sue buat 2 3 hari lepas. He he he...

Resepi simple ni sesuai sgt kalau dijadikan pembuka selera. Dah ramai yang buat macam ni. Ada yang guna cili padi @ sambal belacan tapi cheq sue ni jenis tak pemedas, tu yang guna cili kering aje, itupun cili kering yang jenis tak pedas... Mengalahkan kanak-kanak kan cheq sue nih...

Kalau ada sape2 yang nak cuba tu boleh la guna resepi kat bawah ni ye... Wassalam...

KACANG BOTOR & BENDI DENGAN SAMBAL
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 3 biji bawang merah, 1 biji bawang putih *
- 1 sb udang kering & ikan bilis *
- 2 biji cili kering *
- 1 biji buah keras *
- 15 biji kacang botor (hiris nipis)
- 5 biji bendi (hiris nipis)
- sedikit minyak untuk menumis
- air secukupnya

Cara-cara :
- celur sebentar kacang botor dan bendi dalam air panas mendidih. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan minyak masak. Ketepikan
- tumbuk lumat bahan *
- panaskan kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing dan naik bau
- masukkan sedikit air dan masak lagi sehingga agak kering.
- bila dah masak bolehlah dituang ke atas kacang botor dan bendi yang telah dicelur tadi
* tak perlu masukkan garam sebab dah ada ikan bilis dan udang kering

12 comments:

  1. Assalam sue, sedapnya krup krak kruk krak mkn tu...mmg best bila guna udang kering atau pun ikn bilis.....akk pun sama suka warna merah tapi xleh pedas2 sangat heheh, berona perut heheh

    ReplyDelete
  2. @Munna

    sesekali tukar menu ke arah yang lebih sikat ok jugak munna

    ReplyDelete
  3. @EmbunRosaliza

    sama la saya kak, perut made in thailand xleh mkn pedas2... :)

    ReplyDelete
  4. @nuwairani ismail

    nani kalau nk buat ni kena pelebih la tang cilinya tuh...kalau x x nyangkot nanti

    ReplyDelete
  5. @<a href="#c869

    cuba lah tihara...baru tahu camana rasanya

    ReplyDelete
  6. emmm dapnye mamam yg cam ni...ada lg ke? lapar pulak tengok..emmm..

    ReplyDelete
  7. - sedap ni...buat pon senang kan...

    ReplyDelete
  8. @AI

    ha la al...cer try tgk mudah ke tak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]