PAGES

Thursday, September 22, 2011

Talapia Bakar Berempah Woku

Assalamualaikum & salam sejahtera

Rempah Woku? Ape tu der? Korang pernah dengar tak? Cheq sue baru baca pagi semalam di n3 Mas. Sekali tgk macam bahasa Jepun. Kalau diperatikan dalam bahan2nya tu xde pulak tertulis perkataan WOKU. Kak Ummi..Mas... cer explain siket... He he he..

Sedap! Memang sedap sangat! Wahhhhh kemain lagi melobi ikan bakar berempah woku ni ye. Cheq sue sejujurnya memang sangat menyukai ikan bakar ni. Memang terasa sangat rempah2nya, segala daun2 yang dihiris menambahkan wangi dan selera untuk memakannya. Ibarat kata Kak Ummi dan Mas, ratah gitu aje tau2 dah habes seekor...

Masa buat ni, ada jugak satu dua bahan yang xde, tapi itu sedikit pun tak mencacatkan rasa ikan ni. Cheq sue agak2 je bahan2 yang nak digunakan tu. Pi pasar malam selepas habis miting di sekolah, beli ikan talapia 2 ekor (RM 2) balik pun dah agak lambat tetapi memang nak rasa jugak ikan ni...kira2 dah siap masak tu makan sekali dengan member yang berpuasa. Dek kerana kepuasan makannya, lauk ini jugaklah yang akan menjadi bekal cheq sue!


Pada sape2 yang xde idea tu, elok sgt la mencuba resepi ni. Kalau tak gemar ikan talapia, boleh cuba dengan ikan laut. Memang tak rugi, dah buat sekali pasti akan buat lagi. Pada Kak Ummi dan Mas thanks a lot ya... 

Wassalam...


TALAPIA BAKAR BEREMPAH WOKU

Resepi Asal : Kak Ummi

Sumber : MasDuniaku



Bahan : 
-2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Cheq sue guna talapia merah
-2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek) cheq sue pom
-1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

-8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus 
-4 helai daun pandan - hiris halus
-2 helai daun kunyit - hiris halus
-3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
-5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni) x masukkan, malas nak ngambik belakang umah
-2 biji tomato merah - potong dadu x masukkan sebab lupa nak beli, ganti dengan sedikit sos tomato
-250 ml air
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu teh gula pasir
-2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur) cheq sue tu tarak
-3 sudu makan minyak masak untuk menumis
 

Bahan Kisar :
-12 biji bawang merah
-7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
-5 biji buah keras - bakar kejap
-3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
-2 cm halia
 

Bahan Pelengkap :
-Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
-1 biji timun - dipotong serong
-4 tangkai selasih
-6 biji cili padi merah hiris untuk tabur



Cara Memasak :
-Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma. 
-Masukkan tomato dan kacau hingga layu. 
-Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih. 
-Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap. 
-Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil. 
-Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan. 
-Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak. cheq sue masak suhu 200'C selama 10 minit sebab nak cepat. Lagipun ikan dah masak sebelum tu. Kalau lama2 tu nanti kering pulak isi ikannya.
-Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris. cheq sue xde pun bende2 pelengkap ni. Tak daya la nak hias2 bagai...
-Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu... (** SETUJU!!!)

28 comments:

  1. Cheq sue,nih mesti kes terliur tahap gaban dah nih,sbb tuh dgn pastasnya dah menerai ikan nih kan..

    ReplyDelete
  2. wahh chq sue pun dh cuba ikan bakar berempah woku...tgk la kalau rajin nak gak buat malam ni..utk berbuka..

    ReplyDelete
  3. - wallawehhhh...nampak sgt sgt sgt menyelerakan...tapi byk sgt la pulak bahan2 nye...

    - ikan talapia tu ade x rase tanah/rumput? camne cheq sue cuci kasi xde bau?

    ReplyDelete
  4. @Zaliedana

    masa ni xde gaban lagi ct...tapi bila tgk tu terus je nak try...tu yang terus pi pasar carik ikan...wallahh

    ReplyDelete
  5. @chikadakbiru

    berbaloi CB buat ni...memang tak pandang kiri kanan dah

    ReplyDelete
  6. cheq sue, mmg sedap kan ikan berempah ni. tappi byk bahan jugak, kdg tu skip aje bahan yg xde. hehe..:D

    ReplyDelete
  7. @AI

    kalau nengok bahannya tu memang nampak banyak...jangan takut ye nak cuba. kalau nak hilangkan bau ikan tu biasanya cheq sue gaul dulu dengan gandum dan perah sikit asam limau

    ReplyDelete
  8. @Asmara

    kalau nak tunggu cukup semua bahan x terbuat la ikan ni kak as...ada yang kita skip pun sedap jugak rasanya

    ReplyDelete
  9. Kalau ikan ni ada kat meja skarang...mesti habis 2 pinggan nasi...

    ReplyDelete
  10. wah menariks nih..main bakar je...senang keje.....hahhahaha

    ReplyDelete
  11. saya telan air liur aje lah nampaknya... (",)

    ReplyDelete
  12. @Maria

    kalau ada...saya pun nak makan lagi!

    ReplyDelete
  13. @quinnie

    kejap sgt je Q nak masak lauk ni...kalau bahan2 tumis tu kita sediakan banyak2 simpan peti ais pun boleh

    ReplyDelete
  14. @fuad ansari

    kalau ada masa boleh la cuba ni fuad...tak susah pun

    ReplyDelete
  15. @Rabiatun Adawyah

    Tu la pasal kak tun, nampak sgt menyelerakan terus nak cuba

    ReplyDelete
  16. singgah follow sini

    jom follow balik kalu sudi

    ^_^

    maceh

    ReplyDelete
  17. @NM02

    tq sudi follow...insyaAllah akan jejak ke sana

    ReplyDelete
  18. wahhhh..menyelerakan betoi tengok talapia cheq sue ni...
    beli ikan kat pasar malam..compom segar bugar kan..

    haaaa....macam mana..sedapp hingga menjilat jari kan..
    lepas ni mesti nak buat lagi..he3
    betul tak...

    maceh cheq sue sudi mencuba...
    sape yg tak try lagi..
    cuba la resepi ikan bakar ni..
    memang terbaikkkkk....

    ReplyDelete
  19. @Mas

    betul tu mas, kalau sape yang tak cuba lagi tu memang kena try dengan kadar segera! masih terbayang2 lagi ni... macam tak cukup je makan 2 ekor..

    ReplyDelete
  20. baru je makan ikan tilapia tadi...tapi bukan sendiri masak. heheh....sedap gak ikan ni...

    ReplyDelete
  21. @nuwairani ismail

    nani kena try buat ni tau...memang nyesal kalau tak buat

    ReplyDelete
  22. sue.. nak buat gak la.. ada talapia tu.. tapi bila la nak buatnya tu menu teringinnya panjang haahhaha.. sedap nampak sue

    ReplyDelete
  23. @Juwita Jamaludin

    sekali pandang tang bahan2nya tu memang menakutkan ita...tapi bahan2 asas je tu...berbaloi membuatnya

    ReplyDelete
  24. waaaah... sedapnya tgk.... terliur dah nie tau.... tgk bahan2 nya tu pun sudah pasti sedaaap... x bole jadi nie... ehheheee... nak jugaaa... ehhehee

    ReplyDelete
  25. @Diana @ Melley Mey

    akak kalau buat apa pun memang akan nampak sedap...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]