PAGES

Friday, September 30, 2011

Vanilla Swiss Roll

Assalamualaikum & salam sejahtera



Pagi ni moh le layan swiss roll ni sambil meneguk ayaq teh. Ada ke? Kot2 tengah sibuk bekerja tak sempat nak minum2 dulu. Cheq sue xde pun minum teh, cuma susu + nestum + oat aje.  Teh tu kunun-kunun aje la... Resepi ni semalam cheq sue ternampak di blog Rahel...terus ingat nak cuba sebab nak habiskan aising belen princess cake haritu. Sebenarnya ada jugak koleksi resepi swiss roll yang lain tapi malas pulak nak selongkar. So tawakkal aje guna resepi dari seberang laut ni...

Cheq sue buat ni petang semalam, kurs semangat sampai 2 jenis cheq sue buat. Selalunya buat swiss roll ni tak mengambil masa yang lama. Cuma nak tunggu sejuk @ sedikit suam untuk menggulungnya. Sebelum ni dah ada beberapa kali buat swiss roll. Macam biasa la ada yang jadi ada yang jadi tak jadi.


Sebenarnya hasil swiss roll ni tak berapa menepati piawaian. Teksturnya agak padat sikit. Kalau nengok tu gulungan ada patah2 sikit. Cheq sue memang agak seram sejuk sikit bila buat kek yang melibatkan ovalet ni...jangan sampai kali ke 3 baru dapat hasil terbaik. Tapi xpelah boleh dimakan jugak sebenarnya. Xde masalah langsung..... heeeeeeeee ayat cover tu beb!

Kalau ada sape yang nak cuba tu bolehlah jengah ke blog Rahel, banyak koleksi resepi kek kat sana... memang terrer la dia tau. Okeylah... Wassalam...
 

VANILLA SWISS ROLL
Sumber : Rahel

Bahan:
4 biji telur
75g gula kastor
1 st ovalet
60g tepung superfine/tepung kek
10g susu tepung
1/2 st esen vanila
75g mentega,dicairkan cheq sue ganti dengan 1/8 cawan minyak jagung

Cara:
1.Pukul telur dan ovalet sehingga kembang. dalam langkah ni rahel terlupa kot nak masukkan gula, so cheq sue campurkan sekali dalam langkah 1 ni
2.Tambahkan tepung superfine dan susu tepung sambil diayak & digaul rata.Masukkan esen vanila.Gaul rata.
3.Masukkan mentega cair sedikit2 sambil digaul perlahan hingga rata.
4.Tuang ke dalam loyang 26x26x3cm yang telah digris dan dilapik dgn kertas pembakar.
5.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak pada suhu 170'C.
6.Biarkan sejuk baru beri krim dan gulung kemas.

Bahan Inti:
125g krimwell
75g gula aising,ayak

Cara:
1.Pukul krimwell dan gula aising sehingga berkrim dan mengembang.
2.Sapukan pada permukaan kek,kemudian gulung dengan kemas.

*Panaskan ketuhar 15 minit pd suhu 170'C sebelum bakar kek.

15 comments:

  1. hamboi! pepagi lagi dah menayang swiss roll ni..meriah aisingnya....huhuh...kite pon x berapa berani nak buat kek ovelet ni. sebab pernah ada sejarah bantat. hihih....

    cheqsue, nanti datang amik award ye...

    ReplyDelete
  2. Assalam sue, kalo akk tgk mmg dh jadi swiss roll tu, cantik ngan krim pink tu, naik seri hehe

    ReplyDelete
  3. alalallaa....bila nak ngetest kek cenggini ni yer..

    ReplyDelete
  4. bestnya buat swiss roll sendiri.nk sepotong

    ReplyDelete
  5. Rajin betul sue buat kek. Kalau kakak macam ini dah paling bagus dan cantiklah...

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail

    ni tak berapa jadi lagi nani...silap aribulan kali..

    ReplyDelete
  7. @EmbunRosaliza

    tengok je cantik kak rosa...makannya tak berapa lagi tu

    ReplyDelete
  8. cantik dan nmpk sedap! lama tak buat kek! swiss roll tak pernah cuba lagi, takut patah masa gulung, hehe.. almaklum tangan takde seni. :D

    ReplyDelete
  9. @nonierahman

    alaaa....segannya nak bagi...x jadi lagi ni

    ReplyDelete
  10. @Kakzakie

    yang ni kurang sikit kejadiannya kak...masih banyak kena improve

    ReplyDelete
  11. @Asmara

    ini pun patah jugak masa menggulung tu...tapi kira halal je lah

    ReplyDelete
  12. Hihihi,dah siap kek gulung ek...siap ngan aising kaler pink lg.Terima kasih Kak Cheq krn ingatkan yang cara no.1 tu..memang terlupa la..

    ReplyDelete
  13. @rahel

    nanti nak cuba lagi ni rahel...kurang memuaskan untuk 1st time

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]