PAGES

Monday, October 24, 2011

Apam Karamel ~ MMMMMMMMMM Geramnya!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua.... Ni nak jual apam ni ntah ada orang nak beli atau tidak tak tahu. Kemain semangat nak buat apam ni tapi tengoklah rupa kejadiannya. Adushhhhh....ape masalah tak tahu, selalu x bernasib baik baila buat apam ni. Tapi, rupa aje x cantik, rasa tetap mantain walaupun sesekali ada jugak rasa bingka... Bila gigit pun xde la menyebabkan gigi palsu tertanggal..memang lembut aje. He he he... Masih boleh di makan... Jangan risau. Ambik satu2 memang habis jugak akhirnya. Nasib baik adunan ni dapat sikit aje. Kalau dapat banyak kat mane la cheq sue nak pi wellfare kan. Kalau dok CH senang, hantar je kebun belakang rumah.

Pagi tadi nengok Tun tayang apam mentega, adik beradik la tu dengan apam ni. Cheq sue memang nak cuba jugak menggunakan resepi Kak Pia tu tapi nanti balik sana lah. Agaknya silap cheq sue kot masa blend telur untuk adunan ni sekejap sangat. Tu yang adunan segan2 rimau je nak kembang. Padahal ni bukan la kali pertama pembuatan apam yang sebegini. Mmmmm xpelahh....ada la tu silap haribulan kat mana-mana.


Tengok la wajah apam ni...agaknya masa tengah buat tu cheq sue dok geram kot... semuanya jadi berkerepot semacam. macam mak nenek. Sekali pandang nak gelak pun ada. Nasib baik mek tak tanya kenapa jadi camtu. Oleh yang demikian, x perlulah cheq sue masukkan resepi tu kat sini. Walaupun resepi tu tak bersalah, (dah ramai pun yang mencuba dan berjaya) tapi cheq sue xmo lah orang x nak buat guna resepi tu. Kang tak pasal2 sebab apam cheq sue ni hudoh sesangat korang jadi takot lak nak cuba. Nanti kalau dah berjaya baru kita masukkan. Sekali gagal bukan gagal selamanya kan? Haaaa iyo lah tu..Wassalam...

12 comments:

  1. He he...memang kekdg mcm tula kan Cheq sue...selalu buat ok...tetiba jadi tak ok....amat biasa terjadi pada kak cek....nanti leh buat lagi lenkali....kan kan cheq sue....

    ReplyDelete
  2. Haaaa...tu la..klu buat apam tu..jangan buat muka geram..hehehe..cuba lagi..

    ReplyDelete
  3. kene besabor la byk2..hee..

    btw, xpenah try apam mntega ni

    ReplyDelete
  4. wah..mcm best jer,nak cuba buat jugak la nanti

    ReplyDelete
  5. hihih.....lucu la cerita cheqsue ni... kite pernah buat kek jadi berkedut macam ni. katanya, kalau air jatuh ke tas adunan, memang kek berkedut. lagi satu terlebih masa kukus pon boleh menyebabkan adunan berkedut jugak.

    ReplyDelete
  6. kak sue~~~ hihi.. tun penah jd kedut2 cam gini, masa tu malas nk ikat kain kt penutup kukusan. air menitik atas apam.. hihi.. eh, satu lg time tu lupa nk letak baking powder. yg ni lagiii laa.. jd bengkang terus apam tun. haha

    ReplyDelete
  7. rupa paras tak penting cheqsu..yg penting ada rasa :)

    ReplyDelete
  8. agaknya kena air nitik atas apam tu kot sue? tak pe la..boleh buat lagi..hehehe...gula masa masukkan dlm adunan dah sejuk ke belum? dia kena betul2 sejuk baru leh campur dgn tepung semua...

    ReplyDelete
  9. biasa la c.sue..dlm byk2 kejadian ada gak yg tak jadinyer...buat lagi, dan lagi....jgn putus asa..tapi sedapkan

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. mmg geram tgk apam tu tau cheq sue.. comel apa.. ok jer tu akak tgk .. wpun nmpk kedut2 tu tp masih bole d katakan ok tu.. akak lg ler dulu.. buat apam keras.. :D. x per nnt try lg kan cheq sue..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]