PAGES

Sunday, October 30, 2011

Blended Orange Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera


Kalau saja disebut ‘blended orange cake ~ BOC’ cheq sue percaya rata2 daripada para bloggers @ non bloggers dah pernah cuba membuatnya. Bukan saja dengan oren, malah ada yang mencubanya dengan strawberry, pisang, epal, carrot dan juga nenas. Kalau tengok di laporan MyR, dah 132 orang yang menunjukkan hasil masing-masing. Yang belum tu jangan kira lah…Begitulah penangan BOC ni. Cheq sue sendiri pernah membuatnya beberapa kali, dalam bentuk kek atau cupcake. Satu resepi yang mudah dan InsyaAllah x menghampakan. Rasanya pun sedap dan mewah dengan aroma oren. Terima kasih kepada Kak Fida yang memperkenalkan resepi ni. Selalunya resepi2 yang dimasukkan di MyR memang tidak mengecewakan.



1st time buat kek ni dulu memang agak manis pada tekak cheq sue. Bila dah 2 3 kali buat ni memang akan kurangkan gulanya. Ye lah, tahap kemanisan seseorang tu tak sama. Tambah2 kalau buat guna lima yang agak masam, tentu nak lebih manis sedikit supaya lebih seimbang rasanya.
Untuk  adunan kali ni cheq sue lebihkan sedikit limau kerana saiznya yang agak kecil. Time nak blend tu memang kena amik masa agak lama sebab x dapat adunan yang halus…maklumlah blender pun dah agak using usianya… Tu kot agaknya penyebab kek ni cedera sikit kat bahagian atasnya. Tapi xpelah…takat nak makan2 sendirik no hal punye… (ayat cover!)


Mmmmmm okeylah…Korang jemput2 lah tengok… Kalau rasa2 dah lama tak buat kek boleh buat sekali lagi BOC ni. Cheq sue tengah OTW balik ke CH…ni pun autopublish. Jumpa malam nanti ya… Wassalam…

BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan :

  • 1 bji buah limau cheq sue guna 2 biji, 1 sekali dengan kulit dan 1 lagi isinya shj
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus cheq sue guna 3/4 cawan aje
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • Biji bunga matahari untuk tabur di atasnya

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170'C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. Bakar ni dalam 40 minit aje

8 comments:

  1. cheq sue...jom tukar ngan laksam nak?hihihi

    ReplyDelete
  2. saya pun x berapa gemar makan kek yg manis...

    ReplyDelete
  3. suke sangat aroma kek ni...nak buatnye pon tak cerewet..memang best! kite pon akan kurangkan gulanya tu...

    ReplyDelete
  4. rajinnya baking eikk CheqSu ni..sedap ni pekena dengan teh o kosong

    ReplyDelete
  5. @Liza

    amboi...berlaksam dia pagi tadi...kite makan mihun goreng aje, pastu makan angin

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail

    memula tu memang kita ikut resepi aje kan...dah lama tu pandai la kita ejas

    ReplyDelete
  7. @IXORAROXI

    dok kg xpe kak...ramai tukang makan... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]