PAGES

Monday, October 3, 2011

Cendol Oh Cendol

Assalamualaikum & salam sejahtera

Apa khabar semua hari ni? Apa? Monday Blues? He he he...nampaknya tak cukup ya dua hari bercuti. Takpe, keje 5 hari je pastu kita cuti pulak. Dengar2 orang gomen nak dapat bonus 7 Oktober ni betul ke? Kalau betul segar sikit 'kita-kita' ni....

Berbalik pada cerita cendol ni pulak... Kalau lepas ni terasa nak makan cendol tu xyah dah oder dari kampung, atau berkirim pada sesape yang nak ke Gua Musang. Boleh dapat dari dapur sendiri you! Tak sedar rupa2nya memang teramat mudah proses membuatnya. Sebelum ni memang dah skodeng dah beberapa resepi tapi belum rasa nak cuba. Kebetulan hari Sabtu lepas ada banyak stok pisang, terfikir untuk cuba buat cendol ni, boleh di makan dengan sira pisang.

Memanglah hasil pertama kali ni banyak yang x memenuhi selera. Nama pun 1st time...bila dah buat baru la belajar. Cheq sue menggantikan tepung beras tu dengan tepung jagung. Suke je nak oter resepi orang... :) Memang la ada yagng patah2 sikit, tapi xpelah. Air pulak cheq sue tak guna air pandan sebab macam sayang je nak amek pandan yang baru nak tumbuh belakang rumah tu. Nanti kendian nak guna air pandan pulak...mesti lagi sedap rasanya. Tapi satu yang cheq sue suka pasal resepi ni, hasilnya tu tak dapat banyak sangat, senang nak habiskan. Kalau dapat banyak2 ni mula la pening nak pikir...nak memuding la menalam la nak habiskannya. Jadi kalau sape2 yang nak belajar buat cendol tu bolehlah guna resepi ni ya... Wassalam...


CENDOL
Sumber : Siti Mariam @ MyR

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara :
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk cheq sue guna senduk berlubang aje
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

16 comments:

  1. as-salam
    rajinnyee buat cendol..kalau ady malaslah nak buat benda yg kecil2..selalunye beli aje..

    ReplyDelete
  2. @ady

    kat sini susah nak dapat ady...sambil2 nak cuba, boleh makan sekali

    ReplyDelete
  3. Mat pagi Cheq Sue..
    Rajinnye buat cendol...post la cendol tu kat sini..nak buat air gula melaka...yummy.

    ReplyDelete
  4. @rahel

    amboi...sedapnya minum sama air gula melaka..

    ReplyDelete
  5. Assalam Sue, mcm buat bahagian hijau lopat tikam rupanya, akk dok pk nak buat ni susah nak terap je tak ada acu hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya buat cendol..haritu konon2 bli bhn2 nak wat gakla slps tgk Izah buat tapi tak jugak buat..hehe

    ReplyDelete
  7. @EmbunRosaliza

    ha ah la kak rosa...macam bahagian hijau lompat tikam kan...x terfikir pulak..saya ni pun terap pakai senduk aje...

    ReplyDelete
  8. @Anna Qawina

    cheq sue dah lama nak cuba buat, baru sampai serunya

    ReplyDelete
  9. wahhh..rajinnyer sue buat cendol....kt japan dh nk sejuk cuaca dh..dh tk sesuai nk mkn cendol dh...sue dh tgk erk majalah jelita tu...mekasih ye,kalau la kt m'sia ni, dh lama k'ida beli sue..

    ReplyDelete
  10. baguslah cheqsue ni...bagi idea guna senduk berlubang. yela, nak cari acuan maruku kat mana la di sini...ok jugak resepi ni. nampak mcm senang.

    ReplyDelete
  11. rajinnya..sue buat cendol....kita pernah buat sekali je..guna resepi kakbesah..hehehhe

    ReplyDelete
  12. @Ida,Japan

    dok ch ni kak ida...macam dok japan jugak, banyak bende makan yang susah nak dapat

    ReplyDelete
  13. @nuwairani ismail

    tuan resepi dah cakap jugak nani...tu yang boleh guna senduk

    ReplyDelete
  14. @quinnie

    kite baru nak cuba buat Q...alhamdulillah pasni dah x susah kalau nak makan cendol

    ReplyDelete
  15. wah ada cendol.. lama pending nak buat ni.. bila la nak bat ni sue.. nak jadi rajin macam sue

    ReplyDelete
  16. @Juwita Jamaludin

    cheq sue pun lama jugak memending resepi ni ita... ni baru terbuat

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]