PAGES

Thursday, October 13, 2011

Garlic Fish ~ Black Tilapia

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ini adalah lauk bekal cheq sue hari ni. Alhamdulillah dah habis pun. Semalam xsempat nak ke pasar malam, kirim aje dengan member ikan talapia dan udang. Sekali dibelinya ikan talapia hitam, 3 ekor besar2 pulak tu. Nampaknya akan ada 3 n3 la nak habiskan ikan tu. Selalunya cheq sue beli talapia merah tapi member tu x perasa agaknya dibelinya yang hitam. Ni baru 1st time tau makan yang hitam punya. Isinya agak kering berbanding yang merah. Bau ikan ni masa siang agak hanyir, bila dah masak x berapa pulak. Agaknya sebab dah tenggelam dek wangi bawang putih dan rempah2 sosnya.

Malam tadi puas jugak menskodeng sana sini cari resepi nak masak. Antara banyak2 resepi, kebanyakannya menggunakan serai. Kat dapur pulak stok serai dah habes. Cheq sue ni kalau malam2 memang xmo nak keluar rumah... cari punya cari, terjumpalah resepi ni yang x memerlukan serai. Tgk bahan2nya semua ada. So masak la terus tetapi dengan kuah dan ikan berasingan, nak makan rehat tadi baru cheq sue tuang.

Ikan talapia hitam ni isinya agak nipis, masa makan tu 2  3 kali jugak tercucuk tulang. Aagaknya sebab dah digoreng semalaman, jadi liat pulak kulitnya. Apapun resepi ni memang sedap dan berbaloi dibuat. Cuma kalau pedas sikit lagi kick sebab x rasa cemuih sangat dengan rasa bawang putih tu. Pada sape yang nak mencuba tu sila2 la ye nengok resepi di bawah. Mas, cam biasa la ye... Wassalam...

GARLIC FISH

Bahan : 
  • 1 ekor ikan talapia 
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada putih
  • 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara memasak :
  1. Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan. 
  2. Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
  3. Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
  4. Goreng talapia hingga garing dan masak.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Letak dalam pinggan hidangan.

Bahan Sos :
  • 1/4 cawan sos tiram Maggi
  • 3 sudu besar sos plum
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • cili padi - ikut pedas dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar - potong bulat2
  • 1 tangkai daun bawang - potong2
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air panas
Cara memasak :
  1. Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
  2. Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
  3. Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi. 
  4. Sedia dihidang...

6 comments:

  1. Rahel pun nak tumpang sekaki gak makan ikan tilapia..lemak..

    ReplyDelete
  2. Ikan tilapia hitam ni pernah dpt time mancing dulu jer..goreng ringkas2 gitu2 aje..harus garing2 kan sbb dier x macam ikan laut..pastu cuci ngan air limau kasturi dulu..
    lama dah x makan tilapia..kalo tilapia merah byk kat kmpung incik hb..pun dah lama x mkn..
    err..ada lagi x ikan tu?hee

    ReplyDelete
  3. @rahel

    Kita makan talapia masak lain pulak rini rahel ya...

    ReplyDelete
  4. @HaSue

    sue...ni baru 1st time masak talapia hitam, kalau yang merah tu memang selalu dah... janji le makan sudah. hari ni pun lauk talapia lagi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]