PAGES

Wednesday, October 26, 2011

Kek Kelapa Parut

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat malam semua. Mmmmm xde ape nak dibebelkan malam ni. Just nak tayang kek kelapa yang dibuat semalam. Dah licin dah pun. Kebetulan ada kelapa kulit hidup, so guna dalam separuh untuk kek ni. Teksturnya agak padak, tapi lembut. X la berupa kek tapi rasa just nice. Tengok kat laporan di MyR cantik aje kejadian yang hantar laporan. Agaknya cheq sue ni salah step kat mana-mana. Korang nengok2 la ye... Wassalam...

* Mood jauh hati! -_-


KEK KELAPA (LEMON)
Sumber : Alma @ MyR

Bahan-bahan :

  • ½ cwn kelapa parut kering (dessicated) cheq sue guna kelapa parut segar
  • ¾ cwn gula kastor
  • 2 biji telur
  • ½ sdb parutan kulit lemon (boleh ditambah ke 1sdb jika mahu lebihkan rasa lemon)
  • 1 cwn susu segar ganti dengan susu soya
  • 125g butter (dicairkan) - minyak masak
  • *1 ½ cwn tepung naik sendiri (diayak sekali)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 180C. Griskn loyang kek saiz 20cm, dan alaskan dgn kertas baking.
  2. Gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali tepung (*).Dengan mengguna senduk/sudu kayu kacau bhn2 ini hingga sebati kemudian barulah dimasukkn tepung. Gaul rata dan tuang dalam loyang, ratakan permukaan atasnya. Bakar lebih kurang selama 40 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan sebelum dipindahkan ke atas pinggan kek. Boleh dihias dgn icing atau dihidangkan begitu sahaja.

4 comments:

  1. bole saya tahu rasa dia macam mana ek??

    ReplyDelete
  2. sue biasanya kalau guna kelapa asli...sangaikan kejap dlm oven...rajin betul la sue ni masak...:)

    ReplyDelete
  3. saya kat sini selalu kene skip resepi yg guna kelapa parut..pasal penah skali beli kelapa kering (yg kene renjis2 air panas kalu nak guna tu) tp hasilnya tak menjadi..so agak serik nak beli lagi hahaha

    ReplyDelete
  4. rasanya sebab sue guna kelapa segar.. bukan yang kering tu yang lebab kek tu kot.. pepandai je ita ni.. hihihi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]