PAGES

Wednesday, October 19, 2011

Kek Pisang Kismis

Asalamualaikum & salam sejahtera...


Okeylah...kita tinggalkan seketika episod duka apam polkadot. Terima kasih pada kawan2 yang memberi semangat. Tapi rasanya cukup la setakat itu dulu, kumpul kekuatan semula untuk mencuba.


Cerita tentang kek pisang ni, cheq sue buat petang semalam, sebab ada 2 biji lagi pisang tanduk yang belum habis. Goreng sudah, apam sudah....giliran kek pulak. Banyak jugak resepi kek pisang yang ada dalam koleksi tapi cheq sue sesaje google dan akhirnya berkenan dengan resepi dari rumah Kak CT Delima yang awet muda tu... Bahan2nya simple dan caranya pun senang. Hasil kejadiannya pula sangat memuaskan.


Cheq sue buat kek ni sebanyak dua adunan, iaitu 3 cawan pisang (dalam 1 1/2 biji). Memang dapat banyak jugak, satu loyang 10' dan loaf ni. Memang sengaja guna dua acuan, satu tu potong2 bawa ke sekolah, manakala yang di dalam loaf ni dibahagi dua untuk kawan2 spesel cheq sue. Dalam adunan tu pulak, cheq sue masukkan kismis hitam, kebetulan ada stok. Oleh sebab tu gula dikurangkan, kot2 la manis rupa2nya sedang2 aje. Sedang-sedang yang sedap gitu! Mmmm...ni la kali pertama cheq sue guna kismis dalam kek, dan taburannya sekata, xde yang terkumpul di bawah. Seronok!


Tekstur kek ni memang lembut tetapi agak berderai dan kering sedikit. Tetapi tidak sedikit pun mencacatkan rasanya. Rupa2nya bila menggunakan pisang tanduk, aroma pisangnya tu hampir2 tiada. Kalau tidak kerana esen pisang, memang x kata kek pisang tau. Ada kawan2 yang tanya kek apa...bila cheq sue kata kek pisang, ada yang tak percaya! Wahhhh...gini ghupenye penangan pisang tanduk ye! Ada jugak beberapa orang kawan meminta resepi, tapi cheq sue tertinggal di rumah, esok baru nak bawak ke sekolah. Cheq sue mintak izin dengan Yatie dan Kak CT untuk dipanjang2kan ye...bila resepi mudah ni memang seronok nak share dengan kawan2.

Oklah....jemputla tengok. Kalau nak kena la buat sendiri ya...dah habis ni! Wassalam...

KEK PISANG
Resepi : Yatie'cooking
Sumber : Kak CT Delima 

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (cheq sue guna pisang tanduk, diblend dengan 1/2 cawan susu cair)
  • 1/2 cawan minyak masak (minyak jagung Daisy)
  • sedikit esen pisang
  • 50 gm coklat urai (cheq sue tambah 1/2 cawan kismis hitam)
Cara-cara:
1. Pukul telur & gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang.
3. Masukkan minyak masak / butter cair.
4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat.
5. Bakar / kukus (cheq sue bakar 150'C selama 1 jam atau hingga masak).

19 comments:

  1. xpernah dgr lg org guna pisang tanduk wat kuih. hihi.. kat umah jarang ada pisang tanduk, tp bila dpt pisang tanduk, duk berulang wat goreng pisang je la.. blh wta kuih rupa2nya, kene letak esen pisang ye. ye la, dia xbau pisang sgt kan. tp tun mmg suka sangat2 mkn kek pisang. sedih je sbb hasben tun x suka, jd xleh la wat sokmo, nnti tun kene habiskan semua. huhu

    ReplyDelete
  2. @tun_telani

    tun, kita belasah aje mana yang ada, cheq sue x berapa gemar jugak tapi sebab nak perabih pisang tu hantam saja la labuuuu....

    ReplyDelete
  3. Selamat petang CheqSue...bak mai sepotong kek pisang tu..

    ReplyDelete
  4. tadi n3 sedih je, sian lak akk, ni dh ok tu happy je nampak, mmg pun akk tgk cantik je, akk rasa lah kalo guna pisang emas atau kapas tu mesti keluar urat2 hitam yg mencantikkan lagi kek ini

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza

    xleh nak sedih lama-lama kak...yang sudah tu sudah la... saya ni main taram aje, kalau dapat pisang emas ke pisang kapas memang lagi cantik la kak...ni bau pisang pun kurang. apapun dah habis dah...

    ReplyDelete
  6. @SoLy SoLicious

    sama cam cheq sue la soly ni...kureng sikit kek pisang

    ReplyDelete
  7. hihih...kite pernah makan pisang tanduk org buat kerepek je...memang puas hati la makan kerepek pisang tanduk sebab saiz kepingannya besar! tapi kalau buat kek, sebiji tu boleh dapat berapa cawan la tu agaknya...hihih... cantik la surface kek tu...nampak smooth aje...

    ReplyDelete
  8. @nuwairani ismail

    kalau x masak lagi mmg nak buat kerepek je nani...tapi ni dah lebu, cheq sue pun lebur ajelah buat kek...nasib baik jadik

    ReplyDelete
  9. sedapnya kek pisang.. lama dah tak buat.. nak rasa kek pisang tanduk.. sebab selalunya maklong guna pisang emas..

    ReplyDelete
  10. wahhh ada kek pisang la...bak sikit tuk breakfast besok..hihihi

    ReplyDelete
  11. Cheq sue,nih 1st time ct dengaq guna pisang tanduk wat kek,hihi,dulu ct pernah hentam pisang awak jer wat kek,hihi..Lama xmkn kek pisang,alahai sedapnyer..Pagi tadi da pesan hubby suh beli pisang emas,nak bagi ank2 mkn,dia lupa beli lak..
    Re:-Sebenaqnya cheq lak duk igt cheq sue dah xsudi nak mai singgah blog sekadar dipinggiran cheq tuh,tadi cheq da lausha2 apam cheq sue tuh,tapi segan lak nak tinggai jejak,kut2 org xlayan,hihi..Sekali msg2 dah slp fhm eks..Hihihi..Sorry..

    ReplyDelete
  12. @Along Maklong

    nak ngabiskan stok pisang nye pasal maklong...taram ajelah

    ReplyDelete
  13. @Liza

    amboi...nak bagi gane ni dah abes dah... haishhhh lambat sgt datang

    ReplyDelete
  14. @Zaliedana

    kalau dapat pisang emas lagi cantik la kek tu ct...ni pisang tanduk aje yang ada, nasib baik tak pahit ke ape...
    psssttt : pasni blh skodeng2 kat dapo la ye...

    ReplyDelete
  15. nieza pun tak pernah dgr dan buat lagi buat guna pisang tanduk tu...boleh juga ye..menarik tu..:)

    ReplyDelete
  16. saya suke kek pisang.. pulak2 makan panas suam tu. fuh memang best. dan suke cube resepi yang berlainan.sebab walaupun lebih kurang sama je kek pisng nyer tapi ada keunikan memasing kan..nanti cube bread bread banana. best!!aa satu lagi yang best muffin banana resepi ros. saya pernah buat. sangat gebu n best diintikan pula dlm tu ngan inti coklat. wat to say. kikiki

    ReplyDelete
  17. akak pula suka letak coklat chip dlm kek pisang :))

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]