PAGES

Saturday, October 22, 2011

Simple Tapi Sedap...

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua... Apa aktiviti hari ni? Ada ke mana-mana ke? Cheq sue bersantai2 aje, tadi mek baru tanya nak makan durian atau tidak. Ehhhh...mestilah nak kan. Mungkin petang nanti akan ke rumah sepupu di Jertih untuk nengok kalau2 ada...

Dah lunch? Mmmmm dah dekat pukul 3, saje je la kalau belum makan. Cheq sue tadi bersarapan dengan nasi kerabu, masih kenyang lagi. Untuk adik2 kat rumah ni cheq sue masakkan ikan goreng berkuah. Memang wajib la lauk ni. Selalunya stok garam kunyit memang ada dalam peti. Sejak dah xde anak perempuan kat rumah ni, selalu mek siapkan terus ikan garam kunyit, kalau nak makan tinggal goreng aje. Ye la, dah semuanya lelaki. Adik cheq sue yang bongsu tu takat goreng2 bolehla... Kalau abang dia sorang lagi tu bolehla nak masak macam2 sikit..



Ikan goreng ni pulak memang kena masak kuah banjir. Budak2 ni kalau makan ditimbanya segala kuah tu macam makan ikan gulai. Sebab tu la cheq sue ni dah lekat tabiat, kalau masak camni mesti nak berkuah2 gitu. Budak2 laki ni tau aje la kalau makan, kur semangat sampai satu pinggan pun tak rasa apa.. Kalau adik bongsu tu, haaaa siap la ada lauk camni.

Kalau ada sape2 yang nak cuba lauk camni, jemputlah nengok resepi ni ya...Bahan2nya cukup simple, cuma kali ni cheq sue x gunakan halia (xde kat rumah). Kalau ada lagi membangkitkan bau lauk ni. Tapi yang ni pun dah cukup menyelerakan. Jangan lupa ya... Wassalam...

IKAN GORENG BERKUAH
Resepi : Cheq Sue

- ikan goreng (cheq sue guna 3 ekor ikan selayang) - letak sedikit garam kunyit *boleh juga diganti dengan ayam atau telur
- 1/2 biji bawang besar - mayang
- 1 biji bawang putih - tumbuk kasar
- 2 biji bawang merah - tumbuk kasar
- 2 sudu besar cili giling (nak pedas bubuh lebih)
- sedikit kicap, air, garam dan gula
* jika ingin menggunakan halia, tumbuk kasar dan tumis bersama bawang.

Cara-cara :
- goreng ikan yang telah digaram kunyitkan sehingga garing
- panaskan minyak dan tumis cili & bawang yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing
- masukkan bawang besar dan air (bergantung kuah yang dikehendaki)
- bila mendidih, masukkan kicap dan ikan
- kemudian rasakan garam dan gula
- masak seketika sebelum diangkat

14 comments:

  1. Salam Cheq Sue
    sedap lauk cam ni..kasi byk2 kuahnya ye...boleh la bawa timba nanti..hehe..

    ReplyDelete
  2. assalam cheqsue, kadang2 menu simple lagi memikat selera.kalau masak beriya pun tapi tak kena selera anak tekak, xleh jalan gak.Sedap tu..kasi kuah banjir hehehe

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue..

    feveret sy ni.. yum yummm..

    ReplyDelete
  4. Memang simple. Saya pun suka buat yang berkuah2. Senang tak payah nak fikir masak lauk lain plak.

    ReplyDelete
  5. sue..
    lauk2 simpel macam nilah yang maklong suka.. tapi maklong nikan hantu pedas, jadi guna cili api je.. mmm.. meleleh air liur.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. adoi....ikan goreng garing2...memang sedap...kene pulak nasik panas... tapi memang betol la...halia tu membangkitkan lagi bau...suke menu macam ni...

    ReplyDelete
  7. suka jugak lauk camni. mcm ikan sambal berkuah gitukan! ini pun dah bukak selera besar2. hehe..

    ReplyDelete
  8. @rahel

    usahkan timba rahel...dengan sudu pun licin sudah

    ReplyDelete
  9. @lina_pg

    kat kg xleh masak beria sgt kak lina...nanti depa tak makan

    ReplyDelete
  10. @Kak Sam

    memang kena lebih kuahnya tu kak sam... kalau sikit kejap aje licinnya

    ReplyDelete
  11. @Along Maklong

    aiiii kalau pedas2 saya pulak yang x makannya... :)

    ReplyDelete
  12. @nuwairani ismail

    ni la menu org qlate kan nani...simple tp sedap

    ReplyDelete
  13. @Asmara

    betul tu as...ikan bersambal, tapi terlebih kuah...memang membuka selera

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]