PAGES

Friday, October 14, 2011

Talapia Dalam Sos Sambal Bunga Kantan ~ Modified

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malam ni, sekali ni menu berkaitan talapia hitam. Baru yang ke 2, dok fikir nak masak apa lagi sekor tu. Goreng kosong cicah budu aje lah ye... Ikan ni cheq sue bekalkan ke sekolah pagi tadi. 2 Malam sebelum tu jenuh jegak mencari2 resepi sehinggalah ternampak di banglo Kak Nor. Jadi, bila dah jumpa tu balik aje dari sekolah terus mencari bunga kantan, mmmmmm x ada pulak yang merah, nasib baik ada yang kecik2 2 kuntum, baru je putik bunga agaknya. Sebab itulah ghupe sos tu pucat2 aje.

 
Pertamanya nak mintak maaf la pada Along, sebab cheq sue memodified sikit resepi ni. Bukan apa, sebelum tu kan dah buat garlic fish, rasa2 macam keras je sikit isi ikannya. Kalau nak makan terus sedap, masa panas2 tu isi pun masih lembut. Tapi sebab digoreng dulu, takut pulak jadi macam ikan garlic tu. Sebab itulah cheq sue buat sambal tu ala-ala sos, maksudnya ikan dimasak dalam sos tersebut. Kira ok lah. Tapi memang jujurlah, cheq sue memang lagi suka ikan talapia merah. Aduhhhhh nan hado seekor tu camana la nak dihabiskan. Tolonggggg....

Okaylah...kalau sape2 yang nak cuba tu jangan lupa tgk link kat bawah ni ya...cheq sue dah cuba, SEDAP...korang bila lagi? Wassalam....

IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN
Recipe By: Roz@HomeKreation
BAHAN2:
  • 1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat)
  • Tpg Jagung
  • Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak) 
  • 2 biji Cili Merah*
  • 2 biji Cili Hijau*
  • 1/2 biji Bwg Besar*
  • 2 ulas Bwg Putih*
  • 1 btg Serai*
  • 1 btg Bunga Kantan* (* blender) 
  • 1 Tomato - potong2 
  • 1/2 biji Bwg Besar - hiris
  • 1 biji Limau Kasturi
  • Garam
CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (boleh tgk di link Along kat atas tu)
Ratakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.
** cheq sue tak buat langkah2 ni
2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.
Masak sebentar sehingga bwg layu.
**cheq sue tambahkan sedikit air untuk memasakkan ikan
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

14 comments:

  1. assalam kak, sedapnya tgk ikan ni...maunya bertambah nasi ni...hehe

    ReplyDelete
  2. @Nieza

    tadi memang puas makan, tapi sebab pi makan kat kantin, nak sedut2 tulang pun segan, kalau makan kat rumah memang selamat la nieza..

    ReplyDelete
  3. emmmm....harum bau bunga kantan sampai kesini dah...kechurnya...:D

    ReplyDelete
  4. @cik cek

    amboi kak cek...kalau bunga kantan ni memang wangi la baunya kan...yang kenyang jadi lapar

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak makan ikan talapia ni. Biasa makan buat goreng berlada

    ReplyDelete
  6. Salam.sedap ni. kak ros suka ikan talapia merahkalau besar tu tak doh hal makan sorang2.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya talapiaaaa....mmg best kalau buat sambal utk talapia... nyummm...

    ReplyDelete
  8. @Kak Sam

    nanti saya nak cuba jugak la masak sambal tu kak...ada lagi seekor...adui, cane nak abeskan

    ReplyDelete
  9. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

    saya pun sama macam kak ros, lagi suka talapia merah, tapi dah ada ni kena la makan jugak

    ReplyDelete
  10. lapar terus akak tgk ikan tu tau ... sedapnya tgk..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]