PAGES

Thursday, November 10, 2011

Gulai Lemak Siput Belitong

 
 
Ini adalah kali pertama cheq sue masak siput belitong. Makan tu jangan cakap la, pantang nampak. Selalu masak siput sawah aje, kali ni kena 'titik' dan buat sendiri. Xde la susah mana pun sebab dah biasa tapi siput belitong ni nampaknya banyak makan tangan sebab cebisan kulit2nya tu bak pisau pada kulit. Tambah pulak siput ni x sempat nak dipelihara semalaman untuk membersihkan lumpur di dalamnya. Sebab tu la kena ulang basuh berkali-kali.

Alkisahnya dah lama oder siput ni. Kebetulan member balik dari Pantai Remis, banyak jugak yang dibawaknya. Dapatlah cheq sue melepaskan kempunan. Sekilo yang dibeli semuanya sudah selamat digulai. As usual la, masak malam dan pagi ni dibawa ke sekolah. Pernah jugak cheq sue melihat ada yang memasaknya secara goreng pedas, tapi secara jujurnya pada cheq sue, gulai macam ni adalah yang terbaik. Tapi suka cheq sue nyatakan di sini bahawa ini adalah cara cheq sue, mungkin berbeza dengan teman2 mengikut citarasa masing2. Apapun memang membuka selera, ditambah pulak dengan aroma daun kesum yang menusuk hidung. Siput ni pun memang sedap jugak dimasak cili api, tapi sebab cheq sue ni tak suka pedas, dan stok cili pun xde di rumah, maka ini ajelah hasilnya.
 
Satu petua yang cheq sue selalu amalkan bila masak apa2 aje siput, didihkan terlebih dahulu santan dan rempah2nya (kuah) barulah dimasukkan siput untuk mengelakkan daripada penutup mulutnya susah dikeluarkan @ tidak lekang. Maksudnya xde la korang sampai sesak napas time nak menyedut isi siput tu ye.. Dari segi penggunaan daun tu pula, boleh digunakan samada pucuk kadok atau daun kesum. Untuk gulai siput ni cheq sue masukkan sebatang serai sebab takut ada bau hanyir. Kalau selalu tak masukkan pun, cukup dengan aroma daun yang digunakan.
 
Satu lagi petua dalam menyediakan siput ni adalah penggunaan hampas kelapa dan pelepah pisang untuk membersihkannya. Memang agak berkesan dan x mengambil masa yang lama.

 
Mmmmm bila nengok ke gambar2 ni, agak terkesima sedikit rasanya. Bila bergambar di malam hari, memang kualiti gambar tak berapa bagus. Tertonggeng tergolek pun memang x puas hati. Kadang2 naik segan jugak dengan kawan2 yang menampilkan gambar yang cukup memikat. Kalau nak dibandingkan dengan presentation sendiri memang kalah habis. Tapi itulah dunia blog. Cheq sue ni ibarat anak kecil yang ingin menggapai bintang2 di langit. Penuh dengan angan2, harapan dan impian yang entah bila dapat dicapai. Cuma harapnya, kalaupun x dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah untuk memberi senyuman pada diri sendiri.
Eh.... EMO??? *Sekadar luahan perasaan (*_*)
Wassalam...

GULAI LEMAK SIPUT BELITONG
 Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 kg siput belitong yang telah dibersihkan - titik (potong bahagian ekornya)
4 cwn santan sedang2  - dalam 1 biji setengah. Kalau x suka kuah pekat boleh cairkan sedikit
*5 biji bwg merah 
 *1 biji bwg putih  
*1 cm kunyit hidup & lengkuas  
*2 sk ketumbar  
*2 sb cili boh / cili kering  - boleh ganti dengan cili padi
*3 sb serbuk kari  
* 1 batang serai - ketuk
Daun kesum @ pucuk kadok
Gula, garam secukupnya 
 Cili merah (opt) - cheq sue masukkan sekadar nak bagi rasa pedas sikit

Cara-cara :
  Tumbuk lumat bahan *  

Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk dan serai. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak

Seterusnya masukkan siput dan daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan juga cili merah yang telah dihiris. Masak 10 - 15 minit dan bolehlah diangkat.
  

16 comments:

  1. as-salam cheq sue
    npk pun dah tahu sedap.. lauk kegemaran anak2..

    ReplyDelete
  2. Kakak baru tahu siput sedut ini disebut siput belitung. Lama betul tak makan. Teringinlah Cheq Su...

    ReplyDelete
  3. wahhh ada siput sedut, dah lama Liza xmkn...best ni..

    ReplyDelete
  4. @Kakzakie

    saya pun kawan yang bagitau ni kak...kalau tak x tahu jugak

    ReplyDelete
  5. @Liza

    selalu makan siput sawah aje liza kan... yang ni jarang2 dapat makan, nak beli pun susah

    ReplyDelete
  6. suka sedut2 siput ni sue..kekadang ada yg tak kuar isi dier...yg beli heehhee

    ReplyDelete
  7. Assalam sue, bg akk lagi sedap siput belitong ni dari siput sawah tu, yang ni tak ada anak dia, bestnya .

    ReplyDelete
  8. @Ida,Japan

    yang buat sendiri ni pun ada jugak xleh keluar kak ida...kena sedut belakang dulu baru depan... :)

    ReplyDelete
  9. banyak masa yang diperlukan utk menyedut siput tu.. (",)

    jarang dapat makan siput sedut.. kalau dapat makan sekali sekala, lain macam nikmatnya.. (",)

    ReplyDelete
  10. @EmbunRosaliza

    Kalau saya lagi suka siput sawah tu kak...dengan anak2 dia sekali saya sedut... eeeeeeeeeeeee macam kejam aje kan??

    ReplyDelete
  11. @fuad ansari

    kalau kena cara xde la lama sgt fuad...kalau kurang semangat, memang susah sikit

    ReplyDelete
  12. cheq sue..sedapnya sedut siput ni slruppppp! Perghhhhh! mmg sedap bangat! Mieza suka sgt gulai siput mcm ni..

    ReplyDelete
  13. wahh.. siput sedut! tun x pandai makan.. hihi

    ReplyDelete
  14. @Mieza

    rasa2 semalam dan harini kat kuates ni dok berlawan menyedut siput...memasing pun beli...memang sedap sgt

    ReplyDelete
  15. @tun_telani

    rugi la Tun x makan ni...menu eksotik tau...payah nak dapat

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]