PAGES

Thursday, November 3, 2011

Kuetiau Haufan

 
 
 Memang sedap kuetiau haufan ni dimakan semasa masih hangat @ suam-suam. Dah lama jugak mark resepi ni. Balik dari kg minggu lepas, ada beli kuetiau di Gua Musang. Sampai ke hari ni baru buat, esok dah nak balik kg lagi, terpaksalah habiskan mana2 stok yang ada dalam peti tu. Korang camana, balik tak untuk raya haji? Kalau tak dapat balik bawak2 la bersabar ye... Cheq sue dapat cuti sampai Selasa, dapat la 2 3 hari raya tu. Kalau tak balik tu rasa ralat pulak sebab x jauh mana sangat...

Rasa-rasa cheq sue, kuetiau haufan ni adik beradik la dengan kuetiau ladna...cuma ada sedikit perbezaan dari segi rasa. Cheq sue suka sgt makanan macam ni... memang layan kalau dapat makan. Tambah2 kalau ada seafood lagi la semangat nak habiskan. Kebetulan kat rumah pun masih ada kicap campur segera, so alhamdulillah dapat cheq sue habiskan. Lepas ni nak buat sendiri pulak..



 
Biasanya, kalau masakan macam ni lebih sedap jika ada rasa sedikit pedas sebab ia dapat mengurangkan muak. Cheq sue tadi letak lebih sikit lada sulah sebab cili padi xde....padahal cili segar ade, terlepas pandang bahan-bahan agaknya. Tapi untuk cheq sue yang x berapa suka pedas ni kira2 ngam lah. 
 
Kalau sesape yang sukakan chinese food tu bolehlah cuba masakan ni. InsyaAllah akan menepati citarasa. Cheq sue dah selesai berdinner...korang x terliur ke? He he he.....
Wassalam...

KUETIAU HAUFAN
Resepi : Mas @ Duniaku

Bahan A :
500 gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak untuk menumis
 
Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh
1 pokok sawi - basuh dan potong2 ganti dengan lobak merah
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur 1 biji je
sedikit lada sulah
cheq sue tambah sedikit daging ayam dan daun kucai


Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Cheq sue tumiskan 2 biji bawang putih cincang sebelum masukkan kuetiau dan sedikit kicap manis
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

14 comments:

  1. hari tu Liza ingat nk try buat kuetiaw ni, tp anak2 request nk char kuetiaw pulak...potong stim betul la diaorg ni...hihi

    ReplyDelete
  2. @Liza

    rasa2 dengan char kuetiau lebih kurang je kot.... kalau berbeza tu sikit aje... nanti dah buat kicap campur tu cheq sue nk try buat jugak char kue tu

    ReplyDelete
  3. kak ros tak balik kpg la che sue.Banyak sangat kerja.Lagi pun tahun ni tak buat kurban.Kirim salam la semua org kpg deh.

    ReplyDelete
  4. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

    Raya haji ni ramai yang x dapat balik Kak Ros, cuti pun bukan lama sgt...

    ReplyDelete
  5. @norlieharumaini

    meh la sini kak norlie...kite makan sesame

    ReplyDelete
  6. @Munnafendy

    Ha ah munna...memang sedap kalau masih panas2 tu, kalau dah sejuk rasa macam muak pulak

    ReplyDelete
  7. assalam cheq sue..acik tak pernah buat dan tak pernah makan..biasanya goreng aje..

    ReplyDelete
  8. @Acik Erna

    acik...nanti boleh la cuba ni...memang sedap tau..

    ReplyDelete
  9. mula2 baca ingat taufan...hihi
    sedapppnya...terliur ni

    ReplyDelete
  10. @kasihredha

    he he he...jangan kak, kang lintang pukang jadi kuetiau ni

    ReplyDelete
  11. Sikit lagi jadi taufan.. jgn mare ye.gurau2 pagi jumaat.

    ReplyDelete
  12. sungguh terliur tengok ni! dari hari tu lagi tengok kak q duk tayang2...sampai hari ni belom buat2 lagi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]