PAGES

Tuesday, November 22, 2011

Lala Tamplom @ Lala Ala Thai


Aish aish aish...xdan nak berdangdut kat dapur arini ya..entah apa yang disibukkan tak tahu la cheq sue nih. Pagi tadi ada urusan sikit di sekolah, pastu kelam kabut pulak dompet jatuh ke mana. Bila cari2 nasib baik terjumpa, terjatuh rupanya dalam bilik pengetua. Kalau xjumpa mesti banyak nak kena settlekan, nak report polis la, ic, lesen, segala kad2 bagai. Nasib baik masih ada rezeki.

Okeh, lala masak ala Thai ni cheq sue masak malam tadi. Pertama kali masak lala, ikut pulak resepi ni memang x mengecewakan. Kebetulan abang member ada beli sekilo, pastu x tahu nak masak apa. Cheq sue  pernah nampak Kak Azlita buat ni dulu, terus aje cheq sue skodeng resepinya. Masak lala ni memang senang, tapi memang sedap dan tak jemu. Member siap nak masak lagi camni kalau ada lala. "_"



Selalunya kalau resepi ala Thai ni memang wangi dan harum dengan serai dan daun limau purut. Memang maveless sangat. Untuk lala yang cheq sue buat ni, memang semata2 lala aje, tak ada sebarang sayur pun. Cili boh pun tak berapa banyak sebab ada budak2 yang nak makan. Sos pranem tu pulak cheq sue tak pasti sos apa, tapi cheq sue ganti dengan sos ikan (nampla). Overally, memang two thumbs up untuk resepi ni. Kalau kebetulan ada lala, boleh la cuba resepi ni... Wassalam...


LALA TAMPLOM @ LALA ALA THAI
Resepi : Dicda @ MyR
Sumber : Kak Ita @ Masam Manis

Bahan untuk tumis : bawang besar, bawang putih, halia
Bahan untuk kuah : sos tiram, sos pranem (ganti dengan sos nampla), sos cili, sos tomato dan cili boh
Tomato potong dadu, Karot hiris halus, Cili hijau hiris halus
Sedikit air
Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Daun limau purut Cheq sue tambahkan sedikit serai - ketuk

Cara-cara
Panaskan minyak.tumis bahan tumis sampai naik bau.
Kemudian bahan untuk kuah tadi.masak hingga kuah mendidih cikit.masukkan air sedikit.
Kemudian masukkan tomato, karot, cili hijau dan lala.
Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung dan perasakan garam dan gula.masak hingga mendidih. Tutup api hidang dengan nasi panas...best

11 comments:

  1. assalam cheq sue...lala ni kan kalau makan, sekilo pun tak kenyang...isik cinonet jek!! hirup kuah dia memangf best!

    ReplyDelete
  2. Assalam sue, lala ni masak apa pun sedapkan sue, kalo goreng pedas pun sedap, letak oyster je...ratah gitu pun sedap

    ReplyDelete
  3. Cheq sue ,kak Ros pun suka lala..masak masam manis tapi pedas2 gitu.Ratah aje dah tak nampak nasi dah!

    ReplyDelete
  4. uiskkkkk tlior sengoti dni tengok ni. lamo doh tok makey. skalo duk beli kat tanoh meroh tu...

    ReplyDelete
  5. Cheq sue,ct da juga msk lala, 2 3 ari lpas,tapi wat goreng pedas n lala yg besar tuh,suka semua jns siput2 nih..

    ReplyDelete
  6. suka lala..xpuas mkn..sekilo xrasa apa pun hihiii

    ReplyDelete
  7. tun tumpang tengok je laa.. mmg xpandai betol la mkn famili2 kerang nih.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..wahh sedap nihh..lama tak pekena lala..wangi jaa bau kat sini hihi

    ReplyDelete
  9. cheq sue..mieza ni peminat lala..suka sgt..sama mcm anak yg sulung juga suka lala..dulu murah je 1 kg baru rm5, skg mahal sgt kat TM ni, about rm9 per kg..tapi kalau dah teringin bali juga mahal pun..ada lg tak lala ni..mieza dtg bawa nasi putih nak makan dgn lala yg cheq sue masak ni :)

    ReplyDelete
  10. pengsan jap tgk lala kat sini..seyes terliur akak di buatnya tau..
    ternganga2 je tu cam memanggil2 akak je rasanya..huhu

    ReplyDelete
  11. chq sue..lala..sekarang ni rasanya makin kecik kan..beli sekilo mesti tak cukup..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]