PAGES

Tuesday, November 1, 2011

Roti UFO..... Haishhhh :(

Assalamualaikum & salam sejahtera


Pagi semalam, berkenan dengan roti UFO yang dibuat Kak Ros. Adik beradik dengan Mexican Bun, cuma yang ni xde inti. Cheq sue terus mark resepi, memang nak cuba, tambahan pulak kuantitinya yang sedikit. Xde la susah sangat nak habiskan nanti. So balik petangnya, cheq sue pun sediakanlah bahan2 dan campak aje dalam BM...

Nak diceritakan, tengah2 BM dok uli tu, ada la sekali dua pi tengok. Mmmm nampak macam tak naik aje dohnya. Agaknya sebab cheq sue bubuh telur sebiji tak? Malas pulak nak timbang. Kalau  guna separuh aje, camana yang separuh lagi tu.... Inilah agaknya sebab derhaka pada resepi, dah jadi vantat roti UFO ku...


Okey...xpelah, abaikan aje roti yang segan x segan nak naik tu. Dah buat, kena la teruskan. Untuk toppingnya tu cheq sue agak2 ajelah, mood pun dah ke laut sebab roti x jadi. Kira2 jadi ke x jadi jalan ajelah...nak buang sayang... Bila dah bakar tu, naik jugak lah setengah kali ganda. Dengan toppingnya yang dah meleleh-leleh sampai ke dulang. Bau sedap sebab cheq sue bubuh nescaffe. Memang semerbak. Bila dah masak tu...tengok2 bahagian bawah pulak terhangit. Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kalau x hangit sedap jugak. Bila makan tang roti dengan toppingnya memang sedap, tapi x sanggup nak gigit bahagian bawahnya. Sakit gigi!

Begitulah resam bila memasak ni, terimalah kenyataan sekiranya apa yang dicuba tidak memuaskan hati. Alhamdulillah bila menjadi. Kat dalam blog ni, jangan nak tunjuk yang elok2 aje...yang tak elok tu tunjuk jugak sebagai pengajaran masa depan. Cheq sue x link kan resepi kat sini, next time cuba baru kita masukkan. Kak Ros, nampaknya pasni kena buat balik roti ni...memang tak puashati betul.....

16 comments:

  1. terlepas pandang pulak roti ufo ni. tak pe la, memang adat kan masak memasak ni. pulak2 penggunaan yis tu. kdg jadi gebu kdg tak naik kadang keras. haishh jugak mcm tajuk tu. nanti cube lagi, tapi bila membayangkan ada bau nescafe kopi tu, sedap tuuu..

    ReplyDelete
  2. oo..xpenah makan roti ni..sedap ke?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cheq sue...
    wah ada roti UFO kat cnie ler... menarik...
    ermm x per cheq sue.. cuba lagi.. jangan putus asa tau.. nie pun dah kira ok dah nie cheq sue.. rajin cheq sue meroti.. yg akak nie mmg jarang meroti.. :D

    ReplyDelete
  4. Roti UFO?????...ayark....mcm2 nama roti ada skrg ni....he he...tak kisahla kan janji sedsp dimakan...:D

    ReplyDelete
  5. cheq sue wehhh, dah kwn ngan org UFO k ni? ekekeke...gatai plak tgn nk uli roti bila tgk roti ni..haishhh!

    ReplyDelete
  6. roti UFO pun ada jugakk.. hehehe.. mcm2 ye.. tun pun sama mcm kak sue, kalau yg x jadi pun tunjuk gak..tp bila rajin amik gmbr la, kalau x jadi terus masuk tong tu, mmg xleh wat ape la ;p

    ReplyDelete
  7. @izahdaut

    agaknya sebab yis jugak jah...tapi mcm2 faktor la ni....

    ReplyDelete
  8. @Diana @ Melley Mey

    memang nak cuba lagi kak...yang ni x puashati sungguh...

    ReplyDelete
  9. @cik cek

    kalau untuk budak2 sesuai la ni kak cek...nama tu kena kreatip sikit nak pancing selera anak-anak

    ReplyDelete
  10. @Jun

    jom kita buat roti ni lagi, boleh ke angkasa sama2 kak jun

    ReplyDelete
  11. @tun_telani

    yang tak jadi ni tunjuk sebagai pengajaran...kalau tayang yang jadi aje kang x belajar apa2 pulak

    ReplyDelete
  12. Salam che sue,kak ros baru free untuk jalan2.tak pe la namanya pun UFO....memang menakutkan..nanti cubala lagi ya..

    ReplyDelete
  13. Cheq sue...terkezut i tau...roti ufo tuuu...hiihi..takuttt

    ReplyDelete
  14. cheqsue..acik memang tak pernah cuba buat roti lagi..bila tengok resipi semua main masukkan dalam BM..acik tak de BM.jadi..ambk resepi buat simpan je..

    ReplyDelete
  15. xtau plak ada roti UFO..nnt nk cuba jgk lah..asyik msk list jee..bila nak bt xtau hihii

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]