PAGES

Monday, December 12, 2011

Fluffy Vanilla Waffle

 
 
 Akhirnya tercapai jugak hasrat di hati hendak memiliki waffle maker. Semalam ada ke kedai baking di Kota Bharu, memang banyak stok waffle maker brand Takada. Terus cheq sue amik satu. Harganya pun xde la mahal sangat dalam RM70. Kalau brand Cosway tu boleh buat 3 bende dan harganya lebih mahal. Tapi bila memikirkan tempoh nak dapat tu malas nak nunggu. Kupon pun tak cukup2 lagi...



 Jangan marah ya...Maya Karin siap jadi model lagi kat Takada kiteeee...

 
Haritu ada nampak CT tayang waffle coklat, so cheq sue cuba la resepi tu tapi diolah sedikit menjadi plain aje dan diletakkan vanilla. Rasanya agak sedap cuma kerangupan tu x berapa nak tahan walaupun dibiarkan seketika di dalam acuannya. Takpelah, pasni boleh cuba dengan resepi lain pulak.
 
Hari ni jugak, bersempena dengan tamatnya tempoh pemerintahan YDP Agong yang akan kembali ke Terengganu, cuaca mendung aje, ingatkan masih pagi rupanya dah dekat pukul 2. Begitulah sinonimnya alam dengan berkat Raja-raja. Semoga Tuanku Mizan & Permaisuri Nur Zahirah akan selamat sampai ke Terengganu.  Wassalam...

FLUFFY VANILLA WAFFLE
Olahan dari resipi : FLUFFY PANCAKE
Sumber : Ct Zaliedana
 
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
2 sudu besar butterscotch essence cheq sue ganti dengan esen vanilla
4 sudu besar butter ~ dicairkan
*Aku add 1sdb serbuk koko utk half adunan yg aku wat
Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati.
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat. Tukar kaedah ni dan masukkan ke dala waffle maker
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. cheq sue makan dengan inti kacang merah

4 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Teringin nak beli WM ni sebab saya suka makan waffle tapi hubby reject. Tension betul. (Saya sorang je suka makan jadi macam tak berbaloi je. Hehehe)

    ReplyDelete
  2. Assalam cheq sue,ct rasa resepi nih sesuai wat pankek jer kut,sbb bila wat waffle kureng rangup kalo dibiar jab jer dah lembik kan..Kalo wat pankek,mmg betoi2 marbeles rasanya..ct igt nk cari resepi lain lak nnti..Akceli ct mmg berkenansgt w/maker brand takada,sbb bentuk cun,tapi merata tesco cari xda,so bli jer yg cosway,rega 129..

    ReplyDelete
  3. salam..


    sungguh mudah la bila dah ada waffle maker..

    * terima kasih...atas ucapan hari lahir saya..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]