PAGES

Tuesday, December 13, 2011

Hokkaido Milky Loaf - Bun Susu Pekat


 
 
 Semalam cheq sue buat roti ni, manual ko...perah segala tenaga yang ada. Uli pakai tangan dalam 25 minit, pastu hempap-hempuk dan uli lagi. Selalu guna breadmaker leh la cakap besar, kali ni guna handmaker sampai berpeluh kat keti. He he he...nasib baik la hasilnya super duper menjadi. Gebu, sedap dan ringan aje. Baru-baru kuar oven tu memang sedap makan gitu aje.

Dah 2 hari dok buat kek guna whip cream, so ada la lebih sikit. Tu yang cheq sue teringat roti yang dah dilihat di rumah Kak Nor. Ramai jugak yang dah cuba buat roti ni. Semuanya dapat hasil yang memuaskan. Tetapi cheq sue ada la ejas sesikit menggunakan bahan yang ada kat rumah. Oleh sebab xde acuan loaf, maka roti tu dibuat bentuk bun dan ditukar nama. Itu yang pertama. Yang kedua pulak cheq sue gunakan bancuhan air susu pekat, so cheq sue tak masukkan gula. Yang ke tiga tu langkah2 penyediaan, cheq sue buat ikut cara sendiri sebab guna whip cream yang dah kental diputar. Harap2 tuan punya resepi x marah la ye dengan pengubahsuaian ni. Rasa memang sedap, memang berbaloi uli penat-penat. :)

Kalau buat roti ni musim hujan @ mendung, jangan lak risau roti tu tidur, sebab ada beberapa tips yang boleh membantu menaikkan adunan. Selain meletakkannya di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, boleh juga dibuat macam cheq sue. Caranya dengan memasukkan air panas ke dalam besen @ mangkuk besar, kemudian letak mangkuk kecil sikit dalam tu, baru diletakkan dengan mangkuk yang berisi doh roti. Maksudnya kita nak dapatkan wap panas tu aje, kalau terus ke dalam air panas tu kot jadi pau pulak ye... Kemudian balut dengan aluminium foil. InsyaAllah adunan akan mengembang dek kerana haba air panas tu tadi. Cubalah...





 
Kebetulan jugak ada inti kacang merah homemade (insyaAllah diapdate kendian...), separuh cheq sue masukkan inti dan separuh lagi dibuat plain aje, hanya ditabur bijan dan gula di atasnya. Semalam pulak hujan renyai-renyai, bila ada roti ni xdan nak buat teh O ke ape, kejap aje budak2 makan. Tapi untuk sarapan pagi ni ada lagi 2 3 bijik. Dah selamat pon.... Kalau korang ada kelapangan, boleh la cuba roti ni. Kalau guna BM campak-cempak aje. InsyaAllah, kalah roti yang kat kedai tu.... Wassalam...
 
HOKKAIDO MILKY LOAF
Source: Angie's Recipes & Wendy
Makes: One 5X5X13 inch pullman tin, without lid
Source : K.Nor

540 gm Bread flour
60 gm Cake flour ~ cheq sue guna gandum
*10 gm instant yeast
30 gm Milk powder
80 gm Sugar ~ omit
* 9 gm Salt
1 large Egg
* 250 gm Fresh milk ~ ganti dengan bancuhan susu pekat (4 sudu besar + air panas / suam sehingga 250g)
* 150 gm Whipping cream

1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved.
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.
 
Cara Cheq Sue :
Bancuh dulu bahan * sehingga sebati dan naik sedikit, biarkan agak suam
Kemudian masukkan telur dan kacau sebati
Selepas itu masukkan bahan2 tepung (ayak) dan mulakan proses menguli
Bila dah siap bentuk, penaikkan sekali ganda dan bakar suhu 150'C selama 25-30 minit

5 comments:

  1. cHEQ SUE,JELES2..sbb roti nih aritu ct wat xnek2,bila cek rupanya yis dah xaktif,walaupun baru buka pek n duk lam kotak,adeiii mmg geram sungguh2..Igt2 tuh mmg nk wat lagi,coz w/c da lagi lbhan wat ciskek..Gebu gebas nmpk rotimu ittew..

    ReplyDelete
  2. wahhh gebu molek jer roti ni..msti beshh :)

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue...thnx utk tips naikkan roti ms musim2 ujan ni...
    rajin cheq sue meroti yer...

    ReplyDelete
  4. bestnyer roti...dah lama tak buat roti...asyik mengadun donut jer bm tu...

    ReplyDelete
  5. CT > kalau kena yis yang dah sedap tido xmo bangun2 memang tensen kan, cheq sue pernah jugak sekali terkena. Yang ni alhamdulillah jadi..

    Tihara > alhamdulillah, memang menjadi dan cantik aje, bukan tipu tau..

    Liza > cheq sue pun cuba buat tadi, memang kembang mambang sampai nak terkeluar mangkuk adunan, nanti liza cuba ya..

    Kak Noorma > saya lak kalau guna BM x pernah lagi adun donat, selalu roti aje. tapi dok kg ni seksa pulak nak angkut bm tu balik..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]